8 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
8 Februari merupakan hari ke-39 dalam kalendar Gregory. Tinggal 326 hari (atau 327 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Prešeren di Slovenia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 421 - Constantius III menjadi Maharaja Bersama Empayar Rom Barat.
- 1575 - Universiti Leiden diasaskan, dan diberi cogan kata "Praesidium Libertatis" (Tonggak Kebebasan).
- 1587 - Mary I, Ratu Scotland (gambar) dihukum mati di istana kota Fotheringhay kerana disyaki terlibat dalam Komplot Babington untuk membunuh sepupunya, Ratu Elizabeth I dari England.
- 1622 - Raja James I dari England membubarkan Parlimen Inggeris.
- 1849 - Republik Rom Baru diisytiharkan.
- 1855 - Fenomena Jejak Kaki Iblis timbul di Devon selatan.
- 1900 - Tentera British dikalahkan oleh puak Boer di Ladysmith, Afrika Selatan.
- 1904 - Perang Jepun-Rusia bermula dengan serangan mengejut torpedo oleh Jepun ke atas kapal Rusia berhampiran Daerah Lüshunkou, kini di China.
- 1915 - The Birth of a Nation (gambar poster) arahan D. W. Griffith dikeluarkan, menjadi antara filem paling berpengaruh dan kontroversi dalam sejarah wayang A.S.
- 1922 - Presiden Warren G. Harding memperkenalkan radio pertama di dalam White House.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Guadalcanal tamat setelah Tentera Maharaja Jepun mengundurkan semua bala tenteranya yang tinggal berikutan kemenangan Amerika Syarikat.
- 1952 - Elizabeth II diisytiharkan sebagai Ratu United Kingdom.
- 1955 - Kerajaan Sindh memansuhkan sistem Jagirdari di wilayahnya. Bidang tanah seluas sejuta ekar (4000 km²) diedarkan di kalangan golongan petani yang tidak bertanah.
- 1963 - Urus niaga perjalanan, kewangan dan perdagangan oleh rakyat Amerika Syarikat ke Cuba diharamkan oleh pentadbiran John F. Kennedy.
- 1969 - Meteorit Allende, kondrit berkarbon terbesar pernah dijumpai di Bumi, jatuh berhampiran Allende, Chihuahua, Mexico.
- 1971 - Perniagaan bermula di NASDAQ, bursa saham elektronik pertama di dunia.
- 1974 - Setelah berdiam di angkasa lepas selama 84 hari, krew stesen angkasa Amerika Syarikat pertama, Skylab, kembali ke Bumi.
- 1979 - Kolonel Denis Sassou Nguesso dipilih sebagai Presiden baharu Republik Congo selepas Joachim Yhombi-Opango dipaksa meletak jawatan.
- 1983 - Ribut debu Melbourne melanda bandar raya kedua terbesar di Australia, hasil kemarau paling dahsyat pernah dicatatkan dan seharian cuaca merunsingkan, apabila awan debu setebal 320m mengabusi dan menggelapkan seluruh kota.
- 1998 - Perlawanan hoki ais wanita pertama dalam sejarah Sukan Olimpik berlangsung. Finland menumpaskan Sweden 6-0.
- 2005 - Pihak Israel dan Palestin bersetuju agar meletak senjata.
- 2010 - Laura Chinchilla terpilih sebagai Presiden wanita pertama Costa Rica.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1903 - Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
- 1960 - Benigno Aquino III, Presiden Filipina ke-14
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1265 - Hulagu Khan, pemerintah Mongol
- 2002 - Ong Teng Cheong, Presiden Singapura ke-5