30 Jun
Penampilan
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
30 Jun merupakan hari ke-181 (hari ke-182 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 184 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Republik Demokratik Congo (1960).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1559 - Dalam satu perlawanan lawan tombak, Gabriel Montgomery mencederakan mata Raja Henri II dari Perancis, akhirnya menyebabkan kematian baginda.
- 1864 - Taman Negara Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln memberikan Lembah Yosemite kepada California untuk "rekreasi dan kegunaan awam".
- 1894 - Jambatan Menara (gambar) yang merupakan gabungan jambatan imbang dan gantung dibuka di London, merentasi Sungai Thames.
- 1905 - Jurnal sains Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein (gambar) "Mengenai Elektrodinamik Jasad Bergerak" yang memperkenalkan teori kerelatifan khas.
- 1908 - Letupan besar Tunguska terjadi di tempat yang kini Jajahan Krasnoyarsk, Rusia, merosakkan kira-kira 80 juta pokok di kawasan seluas 2,150 km persegi.
- 1934 - Adolf Hitler dengan ganasnya menyingkirkan lebih 85 pesaing politiknya pada Malam Pisau Panjang (Nacht der langen Messer).
- 1971 - Kapal angkasa lepas Soyuz 11 mengalami penyahmampatan tak terkawal ketika masuk semula ke atmosfera, membunuh kosmonaut Vladislav Volkov, Georgi Dobrovolski dan Viktor Patsayev, menjadi kematian pertama di angkasa.
- 1972 - Biro Masa Antarabangsa menambah saat lompat pertama kepada skala masa Waktu Semesta Berkoordinat.
- 2008 - Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir.
- 2009 - Penerbangan 626 Yemenia dengan 142 penumpang dan 11 anak kapal terhempas di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ke Lapangan Terbang Prince Said Ibrahim.
- 2009 - Taliban menarik diri daripada perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan, membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.
- 2010 - Hurikan Alex, hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.
- 2010 - Christian Wulff terpilih menjadi Presiden Jerman.
- 2010 - Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.
- 2011 - Jambatan Teluk Jiaozhou (gambar), jambatan rentas laut terpanjang dunia, dibuka di Shandong, Republik Rakyat China.
- 2011 - Laluan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai sepanjang 1,318 km (819 bt) dibuka selepas 39 bulan dalam pembinaan.
- 2013 - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.
- 2015 - Pesawat tentera C-130 Hercules bersama-sama 113 orang didalamnya terhempas di sebuah kawasan berpenduduk di Medan, Indonesia, mengakibatkan sekurang-kurangnya 116 kematian.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1984 - DYTM Tunku Ismail Idris, Tunku Mahkota Johor.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2012 - Yitzhak Shamir, Perdana Menteri Israel ke-7