28 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
28 Ogos merupakan hari ke-240 (hari ke-241 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 125 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 475 – Flavius Orestes mengambil alih ibu negara Empayar Rom Barat Ravenna, memaksa Maharaja Julius Nepos melarikan diri.
- 1565 – Pedro Menéndez de Avilés (gambar) mengasaskan St. Augustine di Florida Sepanyol, penempatan Eropah yang sentiasa diduduki tertua di Amerika Syarikat.
- 1640 – Perang Biskop: Angkatan Scotland pimpinan Alexander Leslie menewaskan tentera Inggeris berhampiran Newburn, England.
- 1789 – Dengan teleskop berapertur 1.2 m (3.9 ka) baharunya, ketika itu yang terbesar di dunia, William Herschel menemui sebuah bulan Zuhal, kemudian dinamakan Enceladus.
- 1845 – Majalah sains popular Scientific American diterbitkan buat pertama kali.
- 1850 – Opera romantis Lohengrin oleh Richard Wagner dipersembahkan buat pertama kali di Weimar, Jerman kini.
- 1963 – Martin Luther King, Jr. menyampaikan ucapan I Have A Dream ("Saya Mempunyai Impian") (gambar) di suatu perhimpunan politik di Washington, D.C., A.S.
- 2007 – Darurat diisytiharkan di Yunani akibat kebakaran hutan yang berleluasa.
- 2013 - Pegawai Tentera Darat A.S. Nidal Malik Hasan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009.
- 2022 - Aaron Chia/Soh Wooi Yik menjadi beregu lelaki Malaysia yang menjuarai Kejohanan Dunia Badminton BWF selepas mengalahkan Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1938 - Paul Martin, Perdana Menteri Kanada Ke-21
- 1942 - José Eduardo dos Santos, Presiden Angola ke-2
- 1963 - Jennifer Coolidge, pelakon Amerika Syarikat
- 1987 - Rio Dewanto, pelakon Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1984 - Muhammad Naguib, Presiden Mesir pertama
- 1992 - Mohd Asri bin Haji Muda, seorang Menteri Besar Kelantan ke-14
- 1995 - Poppy Mercury, seorang penyanyi dan pelakon Indonesia (lahir 1972)