31 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
31 Januari merupakan hari ke-31 dalam takwim Gregorius. Tinggal 334 hari (atau 335 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan: Hari Kemerdekaan di Nauru (1968).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 630 - Berlakunya Perang Hunain iaitu di antara Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat nabi seramai 12,000 orang dengan kabilah-kabilah Kafir Quraisy yang tinggal di luar kota Mekah.
- 1504 - Perancis menyerahkan Naples kepada Aragon.
- 1606 - Guy Fawkes dihukum gantung sampai mati kerana terlibat dalam Komplot Serbuk Letupan terhadap Parlimen Inggeris dan Raja James I.
- 1747 - Klinik pertama yang mengkhususkan dalam rawatan penyakit kelamin, London Lock Hospital dibuka di London.
- 1801 - John Marshall menjadi Hakim Besar Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
- 1814 - Gervasio Antonio de Posadas menjadi Pengarah Agung Argentina.
- 1876 - Amerika Syarikat memerintah semua orang asli Amerika supaya berpindah ke tanah rizab.
- 1900 - Penentangan Mat Salleh terhadap Inggeris di Borneo Utara berakhir apabila beliau ditembak mati di Tambunan.
- 1915 - Perang Dunia Pertama: Jerman mengacukan gas beracun terhadap Rusia.
- 1917 - Perang Dunia I: Jerman mengumumkan yang U-botnya akan meneruskan peperangan kapal selam tidak terbatas, tidak sampai dua tahun selepas peristiwa karamnya kapal samudera RMS Lusitania.
- 1942 - Penjajahan Jepun di Tanah Melayu: Pihak Berikat berundur dari Malaya British ke Singapura, menyerahkan negara itu kepada Jepun.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Tentera Amerika Syarikat mendarat di Atol Kwajalein dan Kepulauan Marshall yang dikuasai Jepun.
- 1945 - Prebet Tentera A.S. Eddie Slovik dihukum mati kerana kesalahan membolos diri, kali pertama askar A.S. dibunuh sejak Perang Saudara.
- 1946 - Di Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia, satu perlembagaan baharu mengasaskan enam buah republik juzuk: Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia.
- 1950 - Presiden Harry S. Truman mengumumkan program pembangunan bom hidrogen.
- 1953 - Banjir Laut Utara meragut lebih 1,800 nyawa di Belanda.
- 1958 - Program Explorer: Explorer 1 - Pelancaran satelit buatan Amerika Syarikat pertama dijayakan.
- 1958 - James Van Allen menemui jalur sinaran Van Allen.
- 1961 - Di atas roket Mercury-Redstone 2 NASA, Ham si Cimpanzi (gambar) menjadi hominid pertama pergi ke angkasa lepas.
- 1966 - Program Luna: Kesatuan Soviet melancarkan kapal angkasa Luna 9 yang tidak berpenumpang.
- 1968 - Angkatan Viet Cong menyerang kedutaan Amerika Syarikat di Saigon.
- 1968 - Nauru mengisytiharkan kemerdekaan diri daripada Australia.
- 1971 - Program Apollo: Misi Apollo 14 - Alan Shepard, Stuart Roosa, dan Edgar Mitchell berlepas dalam kapal Saturn V untuk menjalankan misi di tanah tinggi Fra Mauro di Bulan.
- 1990 - Restoran McDonald's pertama di Kesatuan Soviet dibuka di Moscow.
- 1995 - Presiden A.S. Bill Clinton meluluskan pinjaman $20 bilion ke Mexico untuk menstabilkan ekonominya.
- 1996 - Ahli astronomi amatur Jepun Yuji Hyakutake menemui Komet Hyakutake, antara komet paling hampir dengan Bumi dalam 200 tahun terakhir.
- 2001 - Di Belanda, sebuah mahkamah Scotland menyabitkan kesalahan seorang warga Libya sambil membebaskan seorang lagi atas kesalahan mengebom pesawat Penerbangan Pan Am 103 yang terhempas di Lockerbie, Scotland pada tahun 1988.
- 2007 - Sebuah helikopter milik Malaysian Helicopter Services terhempas di Laut China Selatan menyebabkan seorang penumpang maut.
- 2010 - Dalam bola sepak, Mesir menewaskan Ghana untuk memenangi Piala Negara Afrika 2010 buat kali ketiga berturut-turut, manakala Togo dilarang menyertai dua kejohanan berikutnya.
- 2013 - Satu letupan di Menara Eksekutif Pemex di Bandar Mexico membunuh sekurang-kurangnya 37 orang.
- 2018 - Gerhana Bulan Super Blue Blood Moon yang berlaku setiap 150 tahun.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 877 – Taejo dari Goryeo (meninggal 943)
- 1512 – Henrique, Raja Portugal (meninggal 1580)
- 1543 – Tokugawa Ieyasu, shōgun Jepun (meninggal 1616)
- 1797 – Franz Schubert, pemain piano dan penggubah lagu dari Austria (meninggal 1828)
- 1835 – Raja Lunalilo dari Hawaii (meninggal 1874)
- 1868 – Theodore William Richards, ahli kimia dan cendekiawan dari Amerika Syarikat, pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia (meninggal1928)
- 1953 - R. Arumugam, pemain bola sepak Selangor
- 1960 – Grant Morrison, penulis dari Scotland
- 1960 – Željko Šturanović, ahli politik dan Perdana Menteri Montenegro ke-31 (meninggal 2014)
- 1980 – Shim Yi-young, pelakon Korea Selatan
- 1981 – Justin Timberlake, penyanyi dan pelakon dari Amerika Syairkat
- 1992 – Miqdad Addausy, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1900 - Mat Salleh, perjuang kemerdekaan Sabah.
- 1954 – Edwin Howard Armstrong, jurutera Amerika Syarikat, pencipta radio FM (lahir 1890)
- 1955 – John Mott, aktivis Amerika Syarikat, pemenang Hadiah Keamanan Nobel (lahir 1865)
- 1956 – A. A. Milne, penulis Inggeris, pencipta Winnie-the-Pooh (lahir 1882)
- 1966 - Arthur Ernest Percival, bekas Jeneral Pemerintah Markas Gerakan Tanah Melayu.
- 1973 – Ragnar Frisch, ahli ekonomi dan cendekiawan Norway, pemenang Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi (lahir 1895)
- 1974 – Samuel Goldwyn, penerbit filem dan pengasas bersama Goldwyn Pictures (lahir 1882)
- 1984 - Almarhum Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-33.
- 1985 – Tatsuzō Ishikawa, penulis Jepun (lahir 1905)