2 April
Penampilan
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
2 April merupakan hari ke-92 (hari ke-93 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 273 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Waktu Jimat-Siang bermula di kebanyakan Amerika Utara dan berakhir di Australia.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Malvinas di Argentina;
- Hari Kesedaran Autisme Sedunia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1792 - Melalui Akta Duit Syiling, Kilang Syiling Amerika Syarikat (gambar lambang) ditubuhkan dan mata wang A.S. diperpuluhkan.
- 1801 - Perang Campuran Kedua: Angkatan tentera British Laksamana Madya Horatio Nelson (gambar) menewaskan armada Denmark–Norway dalam Pertempuran Copenhagen.
- 1956 - Drama As the World Turns mula ditayangkan di televisyen Amerika Syarikat sebagai drama bersiri setengah jam pertama.
- 1975 - Menara CN di Toronto, Ontario, Kanada siap dibina, dan pada ketinggian 553.33 meter, menjadi struktur berdiri sendiri tertinggi di dunia.
- 1982 - Pasukan khas Argentina menyerang Kepulauan Falkland, memulakan Perang Falkland dengan United Kingdom.
- 1984 - Di atas Soyuz T-11, Rakesh Sharma menjadi orang India pertama ke angkasa lepas.
- 1992 - Bos jenayah Keluarga Gambino John Gotti (gambar) disabitkan bersalah kerana kegiatan haram, pembunuhan, pengelakan cukai dan menghalang proses keadilan.
- 1997 - Sebuah pesawat Boeing 777-200 berdaftar 9M-MRA oleh Penerbangan Malaysia memecah rekod pusingan besar tanpa mendarat untuk pesawat penumpang dengan terbang ke timur dari Boeing Field, Seattle ke Kuala Lumpur, Malaysia.
- 2008 - Pergerakan Perubahan Demokratik mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen Zimbabwe, menewaskan parti Presiden Robert Mugabe ZANU-PF.
- 2012 - Berikutan tuduhan salah laku akademik, Pál Schmitt meletak jawatan sebagai Presiden Hungary.
- 2012 - Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil Myanmar.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1994 - Ratu Sikumbang, penyanyi dan pelakon Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2005 - Paus John Paul II, seorang Pope di negara kota Vatican City
- 2010 - Din Beramboi, seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio dari Malaysia.