23 Mei
Penampilan
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
23 Mei merupakan hari ke-143 (hari ke-144 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 222 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1430 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc ditangkap dalam Pengepungan Compiègne.
- 1533 - Perkahwinan antara Henry VIII dari England dan isteri pertamanya Catherine dari Aragon (gambar) dibatalkan Ketua Biskop Canterbury Thomas Cranmer.
- 1568 - Pemberontakan Belanda tercetus apabila pemberontak Belanda yang diketuai Louis dari Nassau menyerang Friesland dalam Pertempuran Heiligerlee.
- 1844 - Sayyid `Alí-Muhammad Shírází mengisytiharkan dirinya sebagai "Báb", menandakan permulaan Bábisme, pelopor Kepercayaan Bahá'í.
- 1873 - Polis Berkuda Barat Laut diasaskan di Wilayah-wilayah Barat Laut, Kanada.
- 1934 - Perompak bank Amerika Syarikat Bonnie dan Clyde diserang hendap dan dibunuh oleh pihak polis di Kariah Bienville, Louisiana.
- 1945 - Akhir Perang Dunia II di Eropah: Reichspräsident Karl Dönitz ditahan dan kerajaan Flensburgnya dibubarkan.
- 1969 - Kumpulan rock United Kingdom The Who mempersembahkan opera rock Tommy.
- 1998 - Persetujuan Belfast diterima dalam satu pungutan suara, dengan lebih tiga perempat undi 'ya' terhadap Ireland Utara.
- 2008 - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Batuan Tengah kepada Malaysia dan Batu Puteh kepada Singapura, menyelesaikan pertelingkahan wilayah 29-tahun.
- 2009 - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri.
- 2009 - Madhav Kumar Nepal dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal.
- 2010 - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.
- 2011 - Letusan gunung berapi Iceland Grimsvotn (gambar) menyebabkan pembatalan penerbangan di utara Eropah.
- 2017 - Satu pengeboman berlaku selepas konsert Ariana Grande di Manchester Arena, England, membunuh 22 orang dan mencederakan lebih daripada 30 orang lain.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1976 - Ramzi, pelakon lelaki dan pelawak Indonesia.
- 1999 - Nissa Sabyan, seorang penyanyi dan pelakon Indonesia.