20 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
20 Mac merupakan hari ke-79 (hari ke-80 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 286 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Tunisia (1956)
- Ekuinoks (2024) di garisan khatulistiwa.
- Musim bunga di hemisfera utara.
- Musim luruh di hemisfera selatan.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1602 - Syarikat Hindia Timur Belanda diasaskan.
- 1616 – Sir Walter Raleigh dibebaskan setelah dipenjarakan selama 13 tahun di Menara London.
- 1739 – Nadir Shah menduduki lalu menawan Delhi di India untuk mencuri batu permata Takhta Merak.
- 1760 – Sebuah kebakaran besar menghanguskan 349 buah bangunan di Boston, Massachusetts, A.S.
- 1815 – Setelah melarikan diri dari Elba, Napoleon memasuki Paris dengan 140,000 orang tentera biasa dan seramai 200,000 orang angkatan sukarelawan, lalu memulakan pemerintahan "Seratus Harinya".
- 1848 – Revolusi negeri-negeri Jerman 1848: Raja Ludwig I dari Bavaria turun takhta.
- 1852 - Novel Uncle Tom's Cabin (Pondok Pakcik Tom) (gambar) oleh Harriet Beecher Stowe diterbitkan, mempengaruhi sikap rakyat terhadap orang Amerika Afrika dan perhambaan di Amerika Syarikat, memburukkan lagi konflik yang akan menjadi Perang Saudara Amerika.
- 1883 - 11 negara memeterai Konvensyen Paris untuk Perlindungan Hak Perindustrian, salah satu perjanjian harta intelek terawal.
- 1914 – Kejohanan sulung luncur ais berbunga antarabangsa diadakan di New Haven, Connecticut.
- 1916 – Albert Einstein menerbitkan teori kerelatifan amnya.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Jeneral Douglas MacArthur berucap mengenai kejatuhan Filipina di Terowie, Australia Selatan, dengan kenyataan: "Saya keluar dari Bataan tetapi ingin kembali ke sana".
- 1952 – Senat Amerika Syarikat meratifikasi perjanjian damai bersama Jepun.
- 1956 – Tunisia merdeka daripada Perancis.
- 1969 - Persidangan Ketua-Ketua Polis Malaysia bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum Malaysia 1969.
- 1969 – John Lennon dan Yoko Ono berkahwin.
- 1987 - Ubat antiretrovirus AZT (gambar struktur) menjadi ubat antivirus yang pertama diluluskan bagi penggunaan terhadap HIV dan AIDS.
- 1990 – Balu Ferdinand Marcos, Imelda Marcos dibicarakan atas tuduhan rasuah, penggelapan wang dan mencatut.
- 1995 - Taifah Aum Shinrikyo melakukan serangan gas beracun pada sistem kereta api bawah tanah Tokyo, mengorbankan 13 orang dan mencederakan ribuan lagi dengan gas sarin.
- 2006 – Seramai 150 orang tentera Chad dibunuh di bahagian timur Chad oleh pejuang pemberontak UFDC yang hendak menggulingkan Presiden Idriss Deby.
- 2009 – Suatu gempa bumi dan letusan gunung berapi di dasar laut Hunga Tonga berlaku di Lautan Pasifik dekat Tongatapu, Tonga.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1725 - Abd-ul-Hamid I, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1938 - Brian Mulroney, Perdana Menteri Kanada Ke-18
- 1964 - Natacha Atlas, pelakon dan penyanyi Mesir-Belgium
- 1982 - Tomasz Kuszczak, penjaga gol Manchester United F.C.
- 1983 - Eiji Kawashima, seorang penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Jepun
- 1984 - Fernando Torres, pemain bola sepak Chelsea F.C.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2013 - Presiden Bangladesh Zillur Rahman (84 tahun).