Pergi ke kandungan

Presiden Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden
Republik Singapura
Panji Presiden
Penyandang
Tharman Shanmugaratnam
sejak 14 September 2023
Bidang kuasaSingapura Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanIstana Negara Singapura
Dilantik olehPresidential elections in Singapore (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Penjawat sulungTun Dato Laila Utama Haji Yusof Ishak
Dibentuk9 Ogos 1965
Tapak webhttp://www.istana.gov.sg/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden Republik Singapura merupakan ketua negara Singapura yang dipilih oleh rakyatnya menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen Singapura sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.

Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa pemerintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.

Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.

Presiden yang terkini adalah Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya presiden 2023.[1]

Pejabat Presiden ditubuhkan apabila Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.[2] Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.

Senarai Presiden Republik Singapura

[sunting | sunting sumber]
No. Potret Presiden Tempoh jawatan Pilihan raya
Mula Tamat
1 Yusof Ishak

(12 Ogos 1910 – 23 November 1970)

9 Disember 1959 23 November 1970
1967
Yeoh Ghim Seng

(1918 —1993)

(Pemangku)

23 November 1970 2 Januari 1971
2 Benjamin Sheares
(12 Ogos 1907 – 12 Mei 1981)
2 Januari 1971 12 Mei 1981
1970
1974
1978
Yeoh Ghim Seng

(1918 —1993)

(Pemangku)

12 Mei 1981 23 Oktober 1981
3 Devan Nair

(5 Ogos 1923 – 6 Disember 2005)
23 Oktober 1981 28 Mac 1985 1981
Wee Chong Jin

(1915 —2005)

(Pemangku)

28 Mac 1985 29 Mac 1985
Yeoh Ghim Seng

(1918 —1993)

(Pemangku)

29 Mac 1985 2 September 1985
4 Wee Kim Wee

(4 November 1915 – 2 Mei 2005)
2 September 1985 1 September 1993
1985
1989
5 Ong Teng Cheong

(22 Januari 1936 – 8 Februari 2002)
1 September 1993 31 Ogos 1999 1993
6 S. R. Nathan

(3 Julai 1924 – 22 Ogos 2016)
1 September 1999
31 Ogos 2011 1999
2005
7 Tony Tan

(l. 7 Februari 1940)
1 September 2011 31 Ogos 2017 2011
J. Y. Pillay

(1934 —

(Pemangku)

31 Ogos 2017 14 September 2017
8 Halimah Yacob
(l. 23 Ogos 1954)
14 September 2017 14 September 2023 2017
9 Tharman Shanmugaratnam

(l. 25 Februari 1957)

14 September 2023 Kini

(Tamat tempoh pada 14 September 2029)

2023


Bekas presiden yang masih hidup

[sunting | sunting sumber]
Presiden Tempoh jawatan Pilihan raya Parti politik (Sebelum letak jawatan) Parti politik (After Resignation)
Mula Tamat Jumlah
Tony Tan
陈庆炎
டோனி டான் கெங் யாம்
(l. 7 Februari 1940)
1 September 2011 31 Ogos 2017 6 tahun, 0 hari Jumlah undi : 745,693 undi (2011) Parti Tindakan Rakyat Bebas
Halimah Yacob
(l. 23 Ogos 1954)
14 September 2017 14 September 2023 6 tahun, 1 hari Beri menang Parti Tindakan Rakyat Bebas
  1. ^ Goh, Yan Han (11 Ogos 2023). "Singapore Presidential Election 2023: Polling Day on Sept 1, Nomination Day on Aug 22". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  2. ^ "The Istana | President in Office".