Kolonel
Penampilan
Kolonel (disebut /ˈkɜrnəl/) (Kol atau KOL) merupakan satu pangkat tentera di dalam pegawai tauliah. Ia juga digunakan dalam beberapa pasukan polis dan struktur pangkat separa tentera. Kolonel biasanya bertanggungjawab ke atas sebuah rejimen di dalam tentera darat.
Pada hari ini, seorang kolonel adalah pangkat tentera medan yang berada pada kedudukan tertinggi, atau kedua tertinggi selepas jeneral. Di dalam pasukan tentera yang kecil, kolonel boleh menjadi pangkat tertinggi yang boleh disandang.
Kolonel sebagai pangkat pegawai tertinggi
[sunting | sunting sumber]Beberapa pasukan tentera hanya memiliki seorang kolonel sebagai pegawai tertinggi mereka, dan tiada pangkat 'jeneral', dan tiada pihak yang lebih berkuasa (kecuali, mungkin ketua negara sebagai ketua komander). Berikut merupakan beberapa contoh:
- Antigua dan Barbuda (170 anggota)
- Benin (4,500 anggota)
- Costa Rica (about 8,000 anggota)
- Gambia (1,900 anggota)
- Iceland (100 anggota, digaji hanya untuk tugas-tugas pengaman)
- Luxembourg (hanya satu cabang, tentera darat, dengan jumlah 1,500 anggota)
- Monaco (dua cabang, dengan jumlah kira-kira 250 anggota)
- Niger (8,000 anggota)
- Suriname (1,800 anggota)
- Negara Kota Vatican (kini hanya satu cabang, Swiss Guard)
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Brazil
-
Tentera Darat Malaysia
-
Itali
-
Belanda (Kolonel)
-
Romania
-
Thailand