11 November
Penampilan
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
11 November merupakan hari ke-315 (hari ke-316 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 50 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Poland (1918) dan Angola (1975)
- Hari St. Martin dan Hari Peletakan Senjata di Eropah
- Hari Peringatan dalam Negara-Negara Komanwel
- Hari Veteran di Amerika Syarikat.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1675 - Gottfried Leibniz mendemonstrasikan kamiran kalkulus buat pertama kalinya untuk mencari luas di bawah graf bagi fungsi y = f(x).
- 1880 - Perompak bank dan penyamun Australia Ned Kelly (gambar) digantung di Melbourne.
- 1918 - Perang Dunia Pertama berakhir.
- 1930 - Albert Einstein dan Leó Szilárd mendapat paten bagi ciptaan mereka, peti sejuk Einstein (gambar).
- 1965 - Perdana Menteri Tanggungan Mahkota British Rhodesia Selatan Ian Smith mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak Rhodesia.
- 1975 - Krisis Perlembagaan Australia 1975 berlaku apabila Gabenor Jeneral Australia, Sir John Kerr menyingkirkan Perdana Menteri Gough Whitlam.
- 1978 - Maumoon Abdul Gayoom memulakan penggal pertamanya sebagai Presiden Maldives.
- 1989 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berunding selama setengah jam dengan bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman untuk menyatukan orang Melayu dan disifatkan oleh penasihat masing-masing sebagai "mesra dan berhasil."
- 1999 - Parlimen Malaysia ke-9 dibubarkan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad bagi membolehkan pilihan raya umum ke-10 diadakan.
- 2004 - Pengerusi pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat meninggal dunia di Paris, dan digantikan oleh Mahmud Abbas.
- 2008 - Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.
- 2011 - Bermula tahun 2011, tarikh sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan yang sebelum ini adalah pada 30 dan 31 Mac diubah menjadi 11 dan 12 November.
- 2011 - Sukan Asia Tenggara ke-26 dibuka secara rasmi (gambar) di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.
- 2011 - Selepas perletakan jawatan George Papandreou, Loukas Papadimos dilantik sebagai Perdana Menteri Greece.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2004 - Yasser Arafat, pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin.
- 2016 - Penyanyi, penyair dan penulis lirik terkenal Leonard Cohen meninggal dunia pada usia 82 tahun di Amerika Syarikat.