4 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
4 Februari merupakan hari ke-35 dalam kalendar Gregory. Tinggal 330 hari (atau 331 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Sri Lanka (1948) (gambar bendera);
- Hari Perjuangan Bersenjata di Angola (1961).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 211 - Maharaja Rom Septimius Severus yang gering mangkat di Eboracum (kini York, England), maka penguasaan Empayar Rom direbut oleh dua orang anakandanya Caracalla dan Geta.
- 960 - Zhao Kuangyin dinobatkan sebagai Maharaja Taizu dari Song, maka bermulanya Dinasti Song yang memerintah China selama lebih tiga abad.
- 1703 - 46 daripada empat puluh tujuh Ronin melakukan seppuku di Edo (kini Tokyo), sebagai pampasan membela kematian tuan mereka Daimyo Akō Asano Naganori.
- 1789 - Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat sebulat suara mengundi George Washington selaku Presiden Amerika Syarikat untuk penggal pertama.
- 1792 - Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat sebulat suara mengundi George Washington selaku Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua.
- 1794 - Majlis perundangan Perancis memansuhkan amalan perhambaan di seluruh wilayah Republik Perancis.
- 1859 - Constantin von Tischendorf menjumpai semula Kodeks Sinai, manuskrip uncial Bible Greek abad ke-4, di Biara St. Catherine di kaki Gunung Sinai di Mesir.
- 1862 - Salah satu pengeluar rum terbesar di dunia, Bacardi diasaskan di sebuah kilang penyulingan kecil di Santiago de Cuba, Cuba.
- 1899 - Pertempuran Manila meletus, memulakan Perang Filipina-Amerika.
- 1915 - Perang Dunia Pertama: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
- 1932 - Empayar Jepun menawan bandar raya Harbin, China.
- 1936 - Radium E menjadi unsur radioaktif buatan sintetik yang pertama.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Berakhirnya Pertempuran Stalingrad.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Winston Churchill, Franklin D. Roosevelt dan Joseph Stalin bertemu di Persidangan Yalta (gambar) di Yalta, Semenanjung Krimea.
- 1948 - Ceylon (kini Sri Lanka) menjadi negara merdeka dalam naungan Komanwel British.
- 1957 - Kapal selam berkuasa nuklear pertama USS Nautilus (gambar) mencapai 60,000 batu nautika, menyamai jarak Nautilus yang diceritakan dalam novel Jules Verne Twenty Thousand Leagues Under the Sea.
- 1966 - Pesawat Boeing 727 All Nippon Airways terhempas di Teluk Tokyo, meragut 133 nyawa.
- 1969 - Yasser Arafat menjadi pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin.
- 1997 - Presiden Serbia Slobodan Milošević akur kemenangan pembangkang di pilihan raya November 1996.
- 1999 - Amadou Diallo, seorang pendatang Afrika Barat tak bersenjata, ditembak mati oleh empat orang anggota polis Bandar Raya New York, maka mengeruhkan hubungan antara kaum di kota tersebut.
- 2003 - Republik Persekutuan Yugoslavia secara rasminya dinamakan semula sebagai Serbia dan Montenegro lalu menerima guna perlembagaan baru.
- 2004 - Facebook, sebuah rangkaian sosial Internet, diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya.
- 2010 - Burj Khalifa, struktur tertinggi pernah dibina, dibuka kepada awam di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- 2011 - Parlimen Nepal melantik Jhala Nath Khanal sebagai Perdana Menteri, mengakhiri kebuntuan politik tujuh bulan.
- 2011 - Perdana Menteri Myanmar Thein Sein dinamakan sebagai Presiden, ekoran pilihan raya umum 2010.
- 2013 - Ahli arkeologi mengecam jasad manusia yang ditemui di Leicester sebagai milik Richard III dari England.