Pergi ke kandungan

Ekar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keluasan satu ekar (dihitamkan) pada sebuah padang bola sepak Amerika.

Ekar ialah unit ukuran untuk keluasan dalam sebilangan sistem yang berbeza, termasuk unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarat. Ekar-ekar yang paling biasa digunakan pada hari ini ialah ekar antarabangsa dan di Amerika Syarikat, ekar survei.

Satu ekar terdiri daripada 4,840 ela persegi atau 43,560 kaki persegi. Disebabkan oleh takrif ela dan kaki yang berbeza-beza, saiz ekar yang tepat juga berbeza-beza sedikit. Unit panjang yang berkait dengan ekar ialah furlong (220 ela) dan rantai (4 rod atau 66 kaki).

Ekar sering dipergunakan untuk mengukur keluasan tanah. Dalam sistem metrik, hektar biasanya digunakan untuk tujuan yang sama. Satu ekar adalah lebih kurang 0.4 hektar. Satu ekar juga sedikit pendek berbanding dengan 91 ela padang bola sepak Amerika yang lebarnya 53.33 ela. Luasnya padang tersebut yang penuh, termasuk kedua-dua zon hujung, ialah lebih kurang 1.32 ekar.


Ekar antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1958, Amerika Syarikat dan negara-negara Komanwel mentakrifkan panjangnya ela antarabangsa sebagai 0.9144 meter. [1] Oleh itu, ekar antarabangsa adalah tepat sama dengan 4,046.8564224 meter persegi.

Ekar survei Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Ekar survei Amerika Syarikat ialah lebih kurang 4,046.873 meter persegi. Nilainya yang tepat sebanyak ​4,046 13,525,42615,499,969 m² berdasarkan persamaan 1 meter = 39.37 inci yang ditetapkan oleh Perintah Mendenhall. Ekar survei Amerika Syarikat ialah ekar piawai di Amerika Syarikat, tetapi perbezaan pecahan dengan ekar antarabangsa adalah hanya 4 persejuta atau 4 persepuluh ribu daripada satu peratus.

Persamaan dengan unit keluasan yang lain

[sunting | sunting sumber]

1 ekar antarabangsa adalah sama dengan unit-unit metrik yang berikut:

1 ekar survei Amerika Syarikat adalah sama dengan:

1 ekar (kedua-dua kelainan) adalah sama dengan unit-unit kebiasaan yang berikut:

  • 66 kaki × 660 kaki
  • 4,840 ela persegi
  • 160 perch. Satu perch adalah sama dengan satu rod persegi (1 rod persegi = 0.00625 ekar)
  • 10 rantai persegi
  • 4 rood
  • Satu rantai dengan satu furlong (1 rantai = 22 ela; 1 furlong = 220 ela)
  • 0.0015625 batu persegi (1 batu persegi = 640 ekar)

1 ekar antarabangsa adalah sama dengan unit India yang berikut:

Penggunaan ekar

[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom, penggunaan ekar kini tidak lagi digalakkan secara rasmi, tetapi ia masih merupakan unit ukuran tanah yang biasa dengan orang ramai dan masih digunakan sebagai unit ukuran tanah yang piawai dalam perniagaan. Ekar survei masih merupakan unit ukuran tanah yang sah di Amerika Syarikat.

Keluasan kawasan tanah piawai di bawah Akta Rumah Ladang di Amerika Syarikat ialah 160 ekar atau 0.25 batu persegi yang juga dikenali sebagai "suku seksyen" (bahasa Inggeris: quarter section, dengan satu batu persegi dirujuk sebagai satu seksyen yang sama juga dengan 640 ekar). Ini menyebabkan panjang medan piawai sebanyak 0.5 batu, dengan setiap rod lebarnya merupakan satu ekar.

Keluasan tanah biasanya ditentukan dengan merujuk kepada keluasannya di dalam garis sempadan sebagaimana dilukis dalam peta. Pada tanah yang rata, keluasan tanah adalah tepat sama dengan keluasan dalam peta, manakala pada tanah yang mencerun, keluasan tanah adalah lebih besar berbanding dengan keluasannya dalam peta.

Asal sejarah

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "ekar" berasal daripada perkataan Inggeris Lama, æcer (pada asalnya membawa pengertian "padang terbuka"), yang berseketurunan dengan perkataan-perkataan Jerman Acker, Latin ager, dan Yunani agros.

Ekar merupakan luas tanah yang lebih kurang dapat dicucuk tanam oleh seorang lelaki di belakang seekor lembu jantan dalam sehari. Ini menjelaskan salah satu takrifnya sebagai keluasan segi empat dengan sisi masing-masing sebanyak satu rantai dan satu furlong. Satu jalur tanah yang panjang dan sempit adalah lebih mudah untuk membajak, berbanding dengan tanah berbentuk empat segi sama kerana bajak tidak perlu dipusingkan dengan lebih kerap. Perkataan "furlong" pada dirinya berasal daripada kenyataan bahawa ukuran ini adalah "satu alur (bahasa Inggeris: furrow ) panjangnya".

Nilai-nilai statutori untuk satu ekar telah digubal di England melalui akta-akta yang berikut:

Dari segi sejarah, saiz ladang dan estet di United Kingdom selalu dinyatakan dalam ekar, walau jika bilangan ekarnya adalah terlalu besar dan lebih mudah dinyatakan dalam batu persegi; umpamanya, seorang pemilik tanah dikatakan memiliki 32,000 ekar tanah dan bukannya 50 batu persegi tanah.

Ekar-ekar lain

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]