23 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
23 Februari merupakan hari ke-54 dalam kalendar Gregory. Tinggal 311 hari (atau 312 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Pembela Tanah Air di Rusia dan beberapa republik bekas Kesatuan Soviet
- Mashramani di Guyana (1970)
- Hari Kebangsaan di Brunei (1984).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1455 - Johannes Gutenberg mula mencetak Bible Gutenberg (gambar) di Mainz, Jerman.
- 1893 - Rudolf Diesel mendapat paten (gambar) untuk enjin diesel.
- 1903 - Perjanjian Amerika Syarikat–Cuba disahkan, membenarkan Amerika Syarikat memajaki Teluk Guantánamo daripada Cuba untuk selama-lamanya.
- 1917 – Tunjuk perasaan pertama di Saint Petersburg, Rusia. Permulaan Revolusi Februari.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Joe Rosenthal mengambil gambar foto Raising the Flag on Iwo Jima semasa Pertempuran Iwo Jima, imej yang kemudian memenangi Hadiah Pulitzer dan dihasilkan semula di Tugu Peringatan Perang Kor Marin A.S.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Ibu negara Filipina, Manila, dibebaskan oleh tentera Amerika.
- 1947 - Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) ditubuhkan.
- 1950 - Darurat Tanah Melayu: Pihak komunis menyerang di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.
- 1991 – Perang Teluk: Tentera darat campuran menyeberangi sempadan Arab Saudi untuk memasuki Iraq, maka bermulanya kempen perang di daratan.
- 1991 – Di Thailand, Jeneral Sunthorn Kongsompong memimpin rampasan kuasa untuk menjatuhkan Perdana Menteri Chatichai Choonhavan.
- 1997 – Kebakaran kecil berlaku dalam stesen angkasa Rusia, Mir.
- 1998 – Osama bin Laden menerbitkan fatwa yang mengisytiharkan jihad terhadap segala bangsa Yahudi dan "Salibi" (warga Eropah dan Amerika Syarikat).
- 1999 – Pejuang Kurd Abdullah Öcalan didakwa atas kesalahan derhaka di Ankara, Turki.
- 2005 – Sidang kemuncak dua hari antara Presiden A.S. George W. Bush dan Presiden Rusia Vladimir Putin berlangsung di Slovakia. Inilah kali pertama seorang Presiden A.S. melawat Republik Slovak semenjak republik tersebut ditubuhkan pada tahun 1993.
- 2009 – Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1976 - Kelly Macdonald, seorang pelakon Scotland.
- 1976 - Aaron Aziz, seorang pelakon Singapura.
- 1984 - Zain Saidin, seorang pelakon Malaysia.
- 1994 - Dakota Fanning, seorang pelakon Amerika Syarikat.