4 September
Penampilan
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2025 |
4 September merupakan hari ke-247 (hari ke-248 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 118 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/58/Geronimo_%28Goyathlay%29%2C_a_Chiricahua_Apache%2C_full-length%2C_kneeling_with_rifle%2C_1887_-_NARA_-_530880.jpg/130px-Geronimo_%28Goyathlay%29%2C_a_Chiricahua_Apache%2C_full-length%2C_kneeling_with_rifle%2C_1887_-_NARA_-_530880.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/Worcester_corner_Manchester.jpg/140px-Worcester_corner_Manchester.jpg)
- 476 – Pemimpin puak Jermanik Odoacer menawan Ravenna dan menggulingkan Romulus Augustus, Maharaja Empayar Rom Barat terakhir.
- 1260 – Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.
- 1886 – Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo (gambar) daripada puak Apache Chiricahua menyerah diri di Arizona.
- 1888 – Pencipta Amerika Syarikat George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.
- 1956 – Komputer komersil pertama yang menggunakan penyimpanan maklumat magnet, IBM 305 RAMAC, diperkenalkan.
- 1972 – Mark Spitz memenangi pingat emas renangnya yang ketujuh di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat, sekaligus menjadi atlet Olimpik pertama memenangi 7 pingat emas.
- 1998 – Larry Page dan Sergey Brin mengasaskan syarikat Google di Menlo Park, California, A.S., untuk mempromosikan enjin gelintar web yang dibangunkan mereka di ketika belajar Universiti Stanford.
- 2010 – Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda Pulau Selatan New Zealand, menyebabkan kerosakan meluas di Christchurch (gambar).
- 2011 – Taufan Talas melanda Jepun, mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1869 - Karl Seitz, Presiden Austria pertama
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2006 - Steve Irwin, hos siri dokumentari alam sekitar Australia The Crocodile Hunter