18 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
18 Februari merupakan hari ke-49 dalam kalendar Gregory. Tinggal 316 hari (atau 317 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Gambia (1965).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1229 - Perang Salib Keenam: Frederick II, Maharaja Rom Suci memeterai kedamaian sementara sepuluh tahun bersama al-Kamil, lalu menawan semula Baitulmaqdis, Nazareth dan Baitulaham with neither military engagements nor support from the papacy.
- 1861 - Jefferson Davis dilantik sebagai Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika pertama (dan terakhir).
- 1861 - Apabila penyatuan Itali hampir selesai, Raja Victor Emmanuel II dari Piedmont, Savoy dan Sardinia meraih gelaran Raja Itali.
- 1885 - Buku Pengembaraan Huckleberry Finn oleh Mark Twain (gambar) diterbitkan buat pertama kali. Ia dipuji dan diharamkan tidak lama selepas itu.
- 1901 - Winston Churchill berucap buat kali pertama di Dewan Rakyat British.
- 1908 - Bangunan baharu Teater Dramatik Diraja (gambar) di Stockholm, Sweden dibuka dengan drama Master Olof oleh August Strindberg.
- 1913 - Raymond Poincaré menjadi Presiden Perancis.
- 1929 - Anugerah Akademi pertama diumumkan.
- 1930 - Elm Farm Ollie menjadi lembu pertama yang menaiki pesawat kepak kaku dan juga lembu pertama yang diperah susu dalam kapal terbang.
- 1932 - Empayar Jepun menubuhkan Manchukuo, sebuah negara boneka di timur laut China semasa Perang China-Jepun Kedua.
- 1943 - Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler, menyampaikan Sportpalastrede untuk memotivasikan rakyat Jerman apabila arus Perang Dunia Kedua mula melawan Jerman.
- 1948 - Persidangan pertama Majlis Raja-Raja Melayu selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu diadakan di Kuala Lumpur.
- 1948 - Eamon de Valera meletak jawatan Perdana Menteri Ireland.
- 1954 - Gereja Saintologi pertama diasaskan di Los Angeles, California.
- 1957 - Dedan Kimathi, seorang pemimpin pemberontak Kenya dihukum mati oleh kerajaan penjajah British.
- 1965 - Gambia merdeka dari United Kingdom.
- 1970 - Kumpulan Chicago Seven didapati tidak berslaah atas tuduhan merancang untuk mencvetuskan rusuhan di Konvensyen Kebangsaan Demokratik 1968.
- 1977 - Kenderaan ujian Space Shuttle Enterprise mengadakan "penerbangan" sulungnya apabila ditempatkan di atas sebuah pesawat Boeing 747.
- 1979 - Salji turun di Gurun Sahara di kawasan selatan Algeria.
- 2000 - Stjepan Mesić menjadi presiden kedua Croatia.
- 2001 - Keganasan etnik antara orang asli Dayak dan pendatang Madura meletus di Sampit, Indonesia, yang akhirnya menyebabkan lebih 500 kematian.
- 2003 - Seorang pembakar memulakan kebakaran di atas sebuah kereta api bawah tanah di Daegu, Korea Selatan, membunuh 200 penumpang.
- 2010 - Sekumpulan askar menggempur istana presiden Niger, menahan Presiden Tandja Mamadou, dan menubuhkan junta tentera.
- 2010 - Gelongsoran di Kohistan, barat laut Pakistan, menimbus sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang.
- 2010 - Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
- 2013 - Serzh Sargsyan terpilih semula sebagai Presiden Armenia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1925 - Abdul Ghafar bin Baba, seorang Ketua Menteri Melaka ke-2
- 1976 - Sha Ine Febriyanti, pelakon wanita Indonesia
- 2009 - Raina Gumay, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia