19 April
Penampilan
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
19 April merupakan hari ke-109 (hari ke-110 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 256 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1713 - Maharaja Charles VI mengeluarkan Persetujuan Pragmatik untuk memastikan salah seorang puterinya (akhirnya Maria Theresa) akan mewarisi empayar Habsburg.
- 1775 - Perang Revolusi Amerika bermula dengan Pertempuran Lexington dan Concord (gambar) di koloni British Massachusetts.
- 1839 - Pemeteraian Perjanjian London mengakui secara rasmi kemerdekaan Belgium daripada Kemaharajaan Bersatu Belanda.
- 1971 - Stesen angkasa yang pertama, Salyut 1 dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, USSR.
- 1984 - Lagu cinta watan "Advance Australia Fair" gubahan Peter Dodds McCormick pada 1878 secara rasminya menggantikan "God Save the Queen" sebagai lagu kebangsaan Australia.
- 1989 - Sebuah turet senapang di atas kapal tempur Tentera Laut Amerika Syarikat Iowa meletup, membunuh 47 anak kapal.
- 1995 - Sebutir bom kereta diletupkan di hadapan Bangunan Persekutuan Alfred P. Murrah (gambar) di Bandar Raya Oklahoma, Oklahoma, membunuh 168 orang dan mencederakan lebih 800 lagi.
- 2005 - Joseph Alois Ratzinger menjadi Paus Benedict XVI pada hari kedua sidang sulit paus.
- 2011 - Presiden Nigeria Goodluck Jonathan terpilih semula sebagai presiden.
- 2011 - Tiga tahun selepas turun sebagai Presiden, Fidel Castro meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba.
- 2012 - India berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua Agni-V.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1928 - Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-9
- 1937 - Joseph Estrada, Presiden Filipina ke-13
- 1971 - Gad Elmaleh, pelakon dan pelawak Maghribi dan Kanada
- 1978 - Gabriel Heinze, pemain bola sepak Manchester United F.C.
- 1981 - Hayden Christensen, pelakon Kanada
- 1990 - Deva Mahenra, pelakon lelaki Indonesia
- 1999 - Kevin Ardilova, pelakon lelaki Indonesia