28 Mei
Penampilan
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
28 Mei merupakan hari ke-148 (hari ke-149 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 217 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Republik di Armenia dan Azerbaijan pada tahun 1918
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1588 - Perang England–Sepanyol: Armada Sepanyol (gambar) berlayar dari Lisbon ke Selat Inggeris.
- 1892 - Pencinta alam sekitar John Muir menubuhkan Kelab Sierra di San Francisco, A.S.
- 1905 - Tentera Laut Empayar Jepun di bawah Laksamana Tōgō Heihachirō memusnahkan Armada Baltik Rusia dalam Pertempuran Tsushima, pertempuran tentera laut yang muktamad dalam Perang Rusia-Jepun.
- 1918 - Republik Demokratik Azerbaijan diisytiharkan di Ganja selepas perpecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia.
- 1936 - Alan Turing menghantar "On Computable Numbers, with an Application to the Entscheidungsproblem" untuk diterbitkan.
- 1961 - Akhbar British The Observer menerbitkan rencana Peter Benenson The Forgotten Prisoners, memulakan kempen menulis surat yang berkembang menjadi pertubuhan Amnesty International.
- 1975 - 16 negara Afrika Barat menandatangani Perjanjian Lagos, mengasaskan ECOWAS yang menggalakkan persepaduan ekonomi.
- 2008 - Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra.
- 2010 - Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat, India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak.
- 2010 - Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore, Pakistan.
- 2011 - Mesir membuka semula Sempadan Rafah dengan Genting Gaza, dijangka secara tetap.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1919 - Lim Chong Eu, seorang Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2014 - Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, seorang Sultan Perak ke-34
- 2019 - Profesor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim - seorang sejarawan dari Malaysia
- 2019 - Dahlan Zainuddin, Datuk - seorang penyanyi dari Malaysia era 70-an dan 80-an.