14 Jun
Penampilan
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
14 Jun merupakan hari ke-165 (hari ke-166 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 200 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan ;
- Hari Pembebasan di Kepulauan Falkland dan Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (1982).
- Hari Bendera di Amerika Syarikat.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1381 - Raja Richard II dari England bertemu dengan para pemimpin Pemberontakan Petani.
- 1777 - Kongres Benua Kedua menerima reka bentuk bintang dan jalur untuk bendera Amerika Syarikat.
- 1822 - Charles Babbage mencadangkan enjin bezaan (gambar) dalam satu kertas kerja kepada Persatuan Astronomi Diraja (Royal Astronomical Society).
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Empat hari selepas kerajaan Perancis meninggalkan Paris, angkatan Jerman Nazi mendudukinya, pada asasnya menamatkan Pertempuran Perancis.
- 1982 - Angkatan Argentina di Pelabuhan Stanley menyerah kepada tentera British, pada dasarnya menamatkan Perang Falkland.
- 1985 - Penerbangan 847 TWA dirampas sejurus selepas berlepas dari Athens, dan kemudian terbang beberapa kali di antara Beirut dan Algiers.
- 1985 - Perjanjian Schengen, yang menghapuskan kawalan sempadan sistematik antara negara Eropah terlibat, ditandatangani lima daripada sepuluh negara anggota Komuniti Ekonomi Eropah.
- 2012 - Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir membubarkan parlimen negara itu.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1864- Alois Alzheimer, pakar psikiatri dan neuropatologi Jerman (meninggal 1915)
- 1928 - Ernesto "Che" Guevara, penulis, ketua gerila dan ahli politik Argentinan-Cuba (meninggal 1967)
- 1946 - Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang terkini.
- 1954 - Muammar Z.A., Qari nasional dan antarabangsa.
- 1966 - Katon Bagaskara, pemuzik, penulis lagu, pelakon, dan penyanyi lelaki Indonesia.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 767 – Abu Hanifah, cendikiawan dan pengajar dari Iraq (lahir 699)
- 1801 – Benedict Arnold, jeneral tentera Amerika Syarikat sewaktu revolusi negara tersebut, kemudiannya perisik untuk pihak British (lahir 1741)
- 1920 – Max Weber, pakar sosiologi dan ekonomi Jerman (lahir 1864)
- 1971 - Carlos P. Garcia, Presiden Filipina ke-8.
- 2007 – Kurt Waldheim, ahli politik Austria dan penjenayah perang, Presiden Austria ke-9 (lahir 1918)