11 Julai
Penampilan
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
11 Julai merupakan hari ke-192 (hari ke-193 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 173 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan permulaan Naadam di Mongolia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1302 - Infantri Flanders berjaya menghentikan serangan Perancis berhampiran Kortrijk dalam Pertempuran Pacu Emas.
- 1405 - Pengembara China Ming Laksamana Zheng He memimpin armada besar 317 kapal dari Suzhou dalam misi perdagangan ke India.
- 1533 - Raja Henry VIII dari England (gambar) dikucilkan oleh Paus Clement VII.
- 1789 - Revolusi Perancis: Jacques Necker (gambar) disingkirkan sebagai Menteri Kewangan, mencetus bantahan umum di Paris yang membawa kepada Serbuan Bastille tiga hari kemudian.
- 1804 - Di Weehawken, New Jersey, bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Alexander Hamilton, mengalami cedera parah dalam pertarungannya dengan Naib Presiden Aaron Burr.
- 1811 - Ahli sains Itali Amedeo Avogadro menerbitkan hipotesis mengenai kandungan molekul gas, iaitu Hukum Avogadro.
- 1921 - Perang Kemerdekaan Ireland tamat dengan damai sementara antara United Kingdom Great Britain dan Ireland dengan Tentera Republikan Ireland.
- 1921 - Bekas Presiden Amerika Syarikat William Howard Taft mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, menjadikan beliau satu-satunya orang yang pernah memegang kedua jawatan.
- 1940 - Wira Perang Dunia I Perancis Henri-Philippe Petain menjadi ketua negara Perancis Vichy.
- 1957 - Putera Karīm al-Hussaynī mewarisi Sultan Muhammed Shah sebagai Aga Khan.
- 1995 - Penghapusan bangsa Bosnia: Tentera Serb Bosnia pimpinan Ratko Mladić memulakan pembunuhan Srebrenica di Potočari, Srebrenica, Bosnia dan Herzegovina.
- 2006 - Satu letupan berlaku di bandar Mumbai, India, mengorbankan 200 nyawa dengan lebih 700 orang tercedera.
- 2010 - Satu siri serangan bom di Kampala, Uganda, membunuh 74 orang.
- 2010 - Piala Dunia FIFA berakhir dengan Sepanyol menewaskan Belanda untuk kejuaraan pertamanya.
- 2012 - Ahli astronomi mengumumkan penemuan S/2012 P 1, bulan kelima Pluto.
- 2013 - Kerajaan Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker jatuh berikutan satu skandal perkhidmatan rahsia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1991 - Mokhtar Dahari, pemain bola sepak Malaysia.