Mac
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember |
Mac (Mal., Sin., Bru.[1]) atau Maret (Ind., [ma.rĕt][2]) ialah bulan ketiga dalam sebuah tahun dalam takwim Gregorius dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari.
Mac bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun biasa dan bulan November pada semua tahun. Ekuinoks Mac juga bermula pada waktu ini.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Nama bulan ini datang dari bulan Martius dalam takwim Romawi yang dinamakan bersempena Mars, dewa perang masyarakat Rom Purba yang dipercayai juga sebagai leluhur pengasas kerajaan Rom iaitu Romulus dan Remus; malah peperangan dimulakan pada waktu ini juga.[3] Nama bulan tersebut diserapkan ke dalam bahasa Melayu Nusantara melalui dua bentuk:
- "Maret" dalam bahasa baku dipakai Indonesia hasil peminjaman bahasa Belanda (Maart),[2][4]
- "Mac" dalam bahasa baku dipakai Malaysia, Singapura dan Brunei hasil peminjaman bahasa Inggeris: March - maka ia menjadi pilihan yang dominan dan diutamakan untuk penamaan entri ini.[1]
Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Minakom" (Jawi: ميناكوم , menyerap Bahasa Thai: มีนาคม miinaa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Ikan dilambangkan makhluk serupa (mīna).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada asalnya, Mac merupakan bulan pertama dalam kalendar Rom selewat-lewat 153 SM;[5] banyak sambutan tahun baru turut disambut tamadun tersebut pada bulan ini.[6] Julius Caesar menambahkan bulan Januari dan Februari di hadapannya pada zaman pemerintahan baginda menganjak kedudukan bulan ini kepada turutan ketiga takwim yang kekal sehingga hari ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Mac". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 21 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ a b Lihat:
- "Maret". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. Dicapai pada 21 Mac 2020.
- "Maret". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2017. Dicapai pada 4 Disember 2019 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Mary Beard, John North, and Simon Price, Religions of Rome (Cambridge University Press, 1998), m/s. 47–48 and 53.
- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "Maart". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ H. H. Scullard, Festivals and Ceremonies of the Roman Republic (Cornell University Press, 1981), p. 84; Gary Forsythe, Time in Roman Religion: One Thousand Years of Religious History (Routledge, 2012), p. 14 (on the uncertainty of when the change occurred).
- ^ Scullard, Festivals and Ceremonies of the Roman Republic, p. 85ff.