21 April
Penampilan
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
21 April merupakan hari ke-111 (hari ke-112 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 254 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Tiradentes di Brazil.
- Hari Grounation dalam gerakan Rastafari.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 753 SM - Romulus dan Remus mengasaskan Rom, menurut penghitungan cendekiawan Rom Varro Reatinus.
- 1836 - Angkatan Texas yang diketuai Sam Houston (gambar) menewaskan Jeneral Antonio Lopez de Santa Ana dan askar-askar Mexico, pertempuran muktamad dalam Revolusi Texas.
- 1918 - Juruterbang pejuang handalan Jerman yang dikenali sebagi "Baron Merah" ditembak jatuh berhampiran Vaux-sur-Somme di Perancis.
- 1960 - Brasília (gambar Kongres), sebuah bandar raya terancang yang berdasarkan prinsip Le Corbusier, dibuka secara rasmi sebagai ibu negara Brazil, menggantikan Rio de Janeiro.
- 1966 - Maharaja Haile Selassie I dari Habsyah (gambar) dari Habsyah melawat negara Jamaica dan disambut oleh lebih 100 ribu orang penyokong Rastafari.
- 1970 - Atas sebab pertikaian kuota pengeluaran gandum, Prinsipaliti Sungai Hutt mengisytiharkan "pemisahannya" dari Australia Barat.
- 1975 - Dengan Vietnam Utara semakin berkuasa, Nguyen Van Thieu meletak jawatan sebagai Presiden Vietnam Selatan, dan digantikan oleh Tran Van Huong.
- 2010 - 11 orang hilang dikhuatiri mati selepas pelantar minyak Deepwater Horizon meletup dan menumpahkan minyak di Teluk Mexico.
- 2010 - Perikatan Kebebasan Rakyat Bersatu pimpinan Presiden Mahinda Rajapaksa, memenangi pilihan raya umum Sri Lanka, mendapat 144 daripada 225 kerusi parlimen.
- 2012 - Dua kereta api berlanggar (gambar) di Amsterdam, mengorbankan seorang penumpang dan mencederakan puluhan lagi.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]1879 - Kartini, Pahlawan Wanita Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1997 - Diosdado Macapagal, Presiden Filipina ke-9
- 2018 - Verne Troyer, seorang pelakon dari Amerika Syarikat
- 2022 - Ali Hamsa, mantan Ketua Setiausaha Negara Malaysia ke-13