20 April
Penampilan
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
20 April merupakan hari ke-110 (hari ke-111 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 255 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Ridván yang bermula ketika matahari terbenam untuk Kepercayaan Bahá'í.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1653 - Oliver Cromwell membubarkan Parlimen Rump Komanwel England secara paksa.
- 1791 - Perjanjian antara Sultan Kedah dan Gebenor Pulau Pinang Francis Light ditandatangani yang mana antara isi kandungannya Francis Light berjanji membayar $6,000 setiap tahun kepada Sultan Kedah.
- 1862 - Ahli kimia Louis Pasteur (gambar) dan ahli fisiologi Claude Bernard menyempurnakan ujian pempasteuran yang pertama.
- 1884 - Paus Leo XIII menerbitkan siaran Humanum Genus, mengecam antara lain Freemason serta doktrin kedaulatan rakyat dan pemisahan di antara agama dan negara.
- 1914 - Kebakaran dan pertempuran antara Pengawal Nasional dan pelombong batu arang yang mogok mengakibatkan 17 kematian dalam pembunuhan beramai-ramai Ludlow.
- 1968 - Pierre Trudeau mewarisi Lester B. Pearson sebagai Perdana Menteri Kanada.
- 1972 - Apollo 16 berjaya mendarat di Bulan.
- 1999 - Pelajar Eric Harris dan Dylan Klebold membunuh 13 orang dan mencederakan 20 lagi sebelum membunuh diri di Columbine, Colorado, A.S.
- 2008 - Fernando Lugo menjadi calon pertama bukan daripada Parti Colorado terpilih sebagai Presiden Paraguay untuk tempoh 61 tahun.
- 2008 - Danica Patrick memenangi Indy Japan 300, menjadi pelumba wanita pertama memenangi mana-mana perlumbaan IndyCar.
- 2009 - Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China.
- 2009 - Persidangan Kajian Semula Durban berlangsung di Geneva, Switzerland.
- 2010 - Satu letupan terjadi di pelantar minyak luar pesisir Deepwater Horizon di Teluk Mexico, menyebabkan tumpahan minyak marin tidak sengaja terbesar dalam sejarah industri petroleum.
- 2013 - Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda berhampiran Ya'an, wilayah Sichuan, China, membunuh lebih 190 orang dan mencederakan ribuan lagi.
- 2013 - Giorgio Napolitano menjadi Presiden Itali pertama yang terpilih semula.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 571 - Nabi Muhammad s.a.w. diputerakan di Makkah al-Mukarramah, (pada hari Isnin, 12 Rabiulawal menurut takwim Hijrah.)
- 1808 – Napoleon III, Presiden Perancis pertama dan ketua Empayar Perancis Kedua (meninggal 1873)
- 1839 - Carol I dari Romania, seorang Domnitor Romania ke-2 dan Raja Romania pertama
- 1889 - Adolf Hitler, Fuhrer Jerman
- 1945 - Thein Sein, Perdana Menteri Myanmar ke-11
- 1969 – Felix Baumgartner, penerjun bebas dari Austria
- 2001 - Mark Natama, penyanyi dan pelakon Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1912 – Bram Stoker, penulis dan pengkritik serta pencipta watak Dracula (lahir 1847)
- 1918 – Karl Ferdinand Braun, ahli fizik berbangsa Jerman yang memenangi Hadiah Nobel (lahir 1850)
- 2003 - Bernard Katz, ahli biofizik Jerman, penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (lahir 1911)
- 2003 - Daijiro Kato, pelumba MotoGP Jepun (lahir 1976)
- 2011 - Franky Sahilatua, penyanyi Indonesia (lahir 1953)
- 2018 - Avicii, DJ dan pemuzik Sweden (lahir 1989)