28 November
Penampilan
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
28 November merupakan hari ke-332 (hari ke-333 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 33 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Panama (1821), Albania (1912) dan Mauritania (1960);
- Hari Tentera Laut di Iran.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1660 - Di London, Robert Boyle (gambar), John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.
- 1785 - Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee.
- 1905 - Nasionalis Ireland Arthur Griffith membentangkan dasar Sinn Féin, mengisytiharkan bahawa Akta Kesatuan Great Britain dan Ireland 1800 tidak sah.
- 1919 - Nancy Astor (gambar) terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British.
- 1966 - Penerbangan pertama kapal angkasa lepas Soyuz dilancarkan. Misi tanpa anak kapal ini merupakan pendahulu misi Soyuz 1.
- 1975 - Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal.
- 1979 - Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus di Antartika, membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
- 1998 - Perlembagaan Albania kini, antara lain membenarkan republik berparlimen, disahkan melalui satu pungutan suara.
- 2000 - Presiden Ukraine Leonid Kuchma dituduh secara terang-terangan terlibat dalam penculikan wartawan Georgiy Gongadze dan beberapa jenayah lain.
- 2007 - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- 2010 - WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
- 2011 - Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1927 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-5 dan ke-14.
- 1950 - Deddy Dores, penyanyi dan penulis lagu Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1954 - Enrico Fermi, seorang saintis Itali