31 Julai
Penampilan
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
31 Julai merupakan hari ke-212 (hari ke-213 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 153 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan:
- Hari Pahlawan di Malaysia;
- Ka Hae Hawai'i di Hawaii;
- Hari Perayaan Ignatius dari Loyola.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1658 - Selepas menewaskan saudaranya dalam perang rebut takhta, Aurangzeb ditabalkan sebagai Maharaja Mughal ke-6.
- 1667 - Perang Belanda-Inggeris Kedua tamat dengan pemeteraian Perjanjian Breda.
- 1777 - Perang Revolusi Amerika: Kongres Benua Kedua meluluskan ketetapan membenarkan bangsawan Perancis Marquis de Lafayette menyertai tentera revolusi Amerika sebagai Mejar Jeneral.
- 1790 - Pejabat Paten Amerika Syarikat mengeluarkan paten pertama di Amerika Syarikat.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Pertempuran Passchendaele bermula berhampiran Ypres di Flanders Barat, Belgium.
- 1941 - Holokus: Hermann Göring mengarahkan Jeneral SS Reinhard Heydrich untuk membangunkan "Penyelesaian Terakhir bagi persoalan Yahudi".
- 1954 - Sepasukan pendaki Itali diketuai Ardito Desio menjadi orang pertama sampai ke puncak K2 (gambar), gunung kedua tertingi di dunia.
- 1971 – Program Apollo: Perayau bulan berpemandu pertama digunakan dalam misi qamari Apollo 15 (gambar).
- 1977 - Kejohanan bola sepak Pestabola Merdeka 1977 bermula yang disertai oleh beberapa buah negara sekitar Asia
- 1985 - Edisi pertama Piala Dunia B-16 FIFA, Piala Dunia B-16 FIFA 1985 telah diadakan di beberapa buah bandar sekitar China
- 1988 - Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, Malaysia runtuh, mengorbankan 32 orang dan mencederakan 1,674 lagi.
- 2006 - Ekoran pembedahan usus, Fidel Castro memindahkan buat sementara waktu tugas sebagai Presiden Cuba kepada adiknya Raúl.
- 2007 - Majlis Keselamatan PBB bersetuju menghantar pasukan pengaman UNAMID ke Darfur bagi menyelesaikan konflik Darfur.
- 2007 - Beberapa orang rakyat Korea Selatan yang diculik telah dibunuh oleh Taliban kerana Presiden Afghanistan Hamid Karzai berdolak-dalih.
- 2007 - Perkhidmatan bas Rapid Penang mula beroperasi buat pertama kali di Pulau Pinang.
- 2009 - Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok.
- 2009 - Mahkamah Agung Pakistan mendapat bahawa darurat November 2007 yang diisytiharkan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak sah.
- 2011 - Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.
- 2011 - Kerajaan bertindak keras terhadap pembantah di Hama, pusat pemberontakan Syria, mengorbankan lebih 260 orang.
- 2012 - Perenang A.S. Michael Phelps memecah rekod tahun 1964 oleh Larisa Latynina bagi jumlah pingat Olimpik paling banyak.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1917 - HB Jassin, seorang sasterawan Indonesia.
- 1918 - Mustapha bin Harun, seorang Ketua Menteri Sabah ke-3.
- 1941 - Heather McKay, bekas pemain skuasy Australia
- 1966 - Ella, seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan model.
- 1966 - Tatsuya Ishihara, seorang pengarah anime Jepun yang bekerja dengan Kyoto Animation.
- 1976 - Mela Lee, seorang ahli muzik dan pelakon suara latar Amerika.
- 1989 - Victoria Azarenka, seorang pemain tenis profesional Belarus.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1875 - Andrew Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-17
- 2008 - S. Othman Kelantan, seorang sasterawan Malaysia.
- 2009 - Mohd Hamdan Abdul Rahman, seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang Pasir, Pulau Pinang dari parti PAS.
- 2017 - Liu Wen-hsiung, seorang ahli politik Taiwan.