Slovenia
Republik Slovenia ريڤوبليك سلوۏينيا Republika Slovenija (Slovene) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Zdravljica A Toast[i] | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Ljubljana 46°03′N 14°30′E / 46.050°N 14.500°E | ||||
Bahasa rasmi | Slovene[ii] | ||||
Kumpulan etnik (2002[5]) |
| ||||
Agama | lebih banyak Krisitan | ||||
Demonim | Slovene | ||||
Kerajaan | Negara kesatuan berparlimen Republik berperlembagaan | ||||
• Presiden | Nataša Pirc Musar | ||||
Robert Golob | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Majis Negara | |||||
Perhimpunan Kebangsaan | |||||
Pendirian | |||||
• Negara Slovenes, Croats dan Serbs merdeka | 29 Oktober 1918 | ||||
4 Disember 1918 | |||||
• menjadi republik Yugoslavia | 29 November 1945 | ||||
• merdeka dari Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia | 25 Jun 1991 | ||||
23 Disember 1991 | |||||
22 Mei 1992 | |||||
• Bersatu dengan Kesatuan Eropah | 1 Mei 2004 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 20,273 km2 (7,827 bt2) (ke-150) | ||||
0.7[6] | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2017 | 2,066,880 ▲[7] (ke-144) | ||||
• Bancian Penduduk 2002 | 1,964,036 | ||||
101.8[8]/km2 (263.7/sq mi) (ke-106) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $75.604 billion[9] (97th) | ||||
$36,566[9] (38th) | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $56.933 billion[9] | ||||
$27,535[9] | |||||
Gini (2016) | 24.4[10] rendah · Pertama | ||||
HDI (2015) | ▲ 0.890[11] sangat tinggi · 25th | ||||
Mata wang | Euro (€)[iii] ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Format tarikh | dd.mm.yyyy (AD) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +386 | ||||
Kod ISO 3166 | SI | ||||
DPT internet | .si[iv] | ||||
|
Republik Slovenia (Jawi: ريڤوبليك سلوۏينيا ) atau dalam bahasa tempatan, Slovenija, ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah dan bersempadankan Itali di barat, Laut Adriatik di barat daya, Crotia di selatan dan timur, Hungary di timur laut dan Austria di utara. Dahulunya sebahagian daripada republik Yugoslavia, Slovenia mengumumkan kemerdekaannya pada 1991 dan menjadi anggota Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004.
Slovenia juga menyertai Majlis Eropah dan NATO serta menjadi pemerhati dalam La Francophine.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nenek moyang berketurunan Bangsa Slavik untuk Bangsa Slovenia pada hari ini telah menduduki negara ini sejak kurun ke-6. Kerajaan Duchy Slavik Carantania telah ditubuhkan pada kurun ke-7.
Pada tahun 745, Carantania telah pun hilang kemerdekaannya di mana kebanyakkan wilayahnya telah dimasukkan ke dalam Empayar Frankish. Pada waktu ini ramai Bangsa Slavik telah dikristiankan beramai-ramai.
Pada kurun ke-14, kebanyakkan wilayah Slovania telah dimasukkan ke dalam Empayar Austria-Hungary, di mana bangsa Slovenia bermaustatin di wilayah-wilayah seperti Carniola, Gorizia, Gradisca, Istria, Carinthia dan Styria.
Pada tahun 1848, satu pergerakkan yang dikenali sebagai Slovenia Bersatu telah diwujudkan di Austria.
Selepas kejatuhan Empayar Austria-Hungary pada tahun 1918, orang-orang Slovenia telah menyertai sebagai sebahagian daripada Negara Orang-Orang Slovenia, Croatia dan Serb yang kemudiannya dikenali sebagai Kerajaan Orang-Orang Serb, Croatia dan Slovenia. Pada tahun 1929, ia dikenali sebaga Kerajaan Yugoslavia
Selepas Perang Dunia Kedua, Slovenia menjadi sebahagian daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang diisytihar secara rasmi pada 29 haribulan November 1945.
Negara Slovenia yang wujud pada hari ini telah mendapatkan kemerdekaan pada 25 haribulan Jun 1991 daripada Yugoslavia selepas tamatnya Perang Sepuluh Hari.
Slovenia telah menyertai pertubuhan NATO pada 29 haribulan Mac 2004 dan Kesatuan Eropah pada 1 haribulan Mei 2004. Slovenia akan memegang jawatan Presiden Majlis Kesatuan Eropah pada tahun 2008.
Politik
[sunting | sunting sumber]Presiden Slovenia merupakan Ketua Negara di mana dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya untuk setiap lima tahun.
Cabang Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri Slovenia dan Majlis Kabinet Slovenia yang dianggotai Menteri-Menteri Slovenia yang dilantik oleh Parlimen Slovenia.
Parlimen Slovenia dibahagikan kepada dua tingkat iaitu Perhimpunan Nasional (Državni zbor) dan Majlis Nasional (Državni svet). Pilihanraya Parlimen Slovenia diadakan untuk setiap empat tahun.
Perhimpunan Nasional mempunyai 90 kerusi, di mana sebahagiannya diisi secara langsung menerusi proses pilihanraya, dan sebahagian lagi oleh kerusi-kerusi yang dikhaskan untuk golongan-golongan tertentu (dua kerusi dikhaskan untuk golongan minoriti di kalangan Bangsa Hungary dan Bangsa Itali)
Majlis Nasional pula mempunyai 40 kerusi, yang diwakili perwakilan-perwakilan daripada kumpulan-kumpulan sosial, ekonomi, profesional dan lain-lain.
Pada pilihan raya umum 2004, Parti Demokratik Slovenia (Slovenska demokratska stranka - SDS) telah memperolehi 29.1% undi dan diikuti Demokrasi Liberal Slovenia (Liberalna demokracija Slovenije) sebanyak 22.8% undi.
Berikut adalah parti-parti politik yang terdapat di Slovenia:-
- Demokrasi Liberal Slovenia (Liberalna demokracija Slovenije - LDS) - aliran liberal
- Hijau Slovenia (Zeleni Slovenije) - pro-alam sekitar dan liberal
- Parti Belia Slovenia (Stranka mladih Slovenije) - aliran liberal
- Parti Demokratik Slovenia (Slovenska demokratska stranka - SDS) - aliran kanan sederhana
- Parti Demokratik untuk Orang-orang Pencen Slovenia (Demokratična stranka upokojencev Slovenije - DeSUS) - memperjuangkan hak-hak orang pencen.
- Parti Nasional Slovenia (Slovenska Nacionalna Stranka) - aliran nasionalis
- Parti Rakyat Slovenia (Slovenka ljudska stranka) - aliran konservatif
- Slovenia Aktif (Aktivna Slovenia) - aliran liberal
- Slovenia Baru - Parti Rakyat Kristian (Nova Slovenija - Krščanska ljudska stranka) - aliran kanan sederhana
- Slovenia Milik Kita (Slovenija je Naša)
- Sosial Demokrat (Socialni demokrati) - aliran kiri
Daerah
[sunting | sunting sumber]- Hulu Carniola (Gorenjska)
- Styria (Štayerska)
- Prekmurje (Prekmurje)
- Carinthia (Koroška)
- Carniola Dalam (Notranjska)
- Hilir Carniola (Dolenjska)
- Goriška (Goriška)
- Istria Slovenia (Slovenska Istra)
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kawasan-kawasan geografi Eropah bertemu di Slovenia: Banjaran Alps, Pergunungan Dinarides, Dataran Pannonia dan pesisiran pantai Mediterranean.
Puncak yang tertinggi di Slovenia ialah Triglav (2,864 meter; 9,396 kaki); secara puratanya ketinggian negara ini ialah sebanyak 557 meter (1,827 kaki) dari aras laut. Separuh daripada negara ini dilitupi hutan (11,691 km persegi; 4,514 batu persegi) menjadikan Slovenia sebagai negara ketiga paling banyak dilitupi kawasan hutan di benua Eropah selepas Finland dan Sweden. Kawasan berumput meliputi 5,593 km persegi (2,159 batu persegi) manakala kawasan perladangan meliputi 2,471 km persegi (954 batu persegi). Terdapat juga kawasan perkebunan yang meliputi 363 km persegi (140 batu persegi) dan kebun anggur yang meliputi 216 km persegi (83 batu persegi).
Kadar suhu puratanya ialah -2 darjah Celcius (28 darjah Fahrenheit) pada bulan Januari dan 21 darjah Celcius (70 darjah Fahrenheit) pada bulan Julai. Kadar purata hujan adalah sebanyak 1,000 milimeter (39.4 inci) setahun di kawasan pesisiran pantai, sebanyak 3,500 milimeter (137.8 inci) di pergunungan Alps, sebanyak 800 milimeter (31.5 inci) di bahagian tenggara Slovenia dan sebanyak 1,400 milimeter (55.1 inci) di bahagian tengah Slovenia.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Slovenia mempunyai kadar pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara yang baru menganggotai Kesatuan Eropah. Kadar Pendapatan Tahunan per Kapita adalah setinggi USD $25,266 pada tahun 2007.
Kadar inflasi di Slovenia telah turun secara mendadaknya kepada 2.3% pada tahun 2006.
Pertumbuhan ekonomi slovenia telah meningkat secara mendadak pada tahun-tahun yang lepas (7.2% pada separuh yang pertama untuk tahun 2007, 5.2% pada tahun 2006 dan 4.0% pada tahun 2005).
Pada tahun 2000, penswastaan telah kelihatan dalam sektor perbankan, telekomunikasi dan utiliti awam.
Pelaburan asing secara langsung dijangkakan akan meningkat pada beberapa tahun yang akan datang.
Slovenia telahpun menggunakan mata wang Euro sebagai matawang negara pada 1 haribulan Januari 2007.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Menurut bancian negara pada tahun 2002, terdapat seramai 1,964,036 orang penduduk di Slovenia. Dengan kepadatan sebanyak 99 orang untuk setiap kilometer persegi.
Komposisi Etnik di Slovenia (Bancian 2002)
- Slovenia - 83.06%
- Serb - 1.98%
- Croat - 1.81%
- Bosnia - 1.10%
- Muslim Slovenia - 0.53%
- Hungary - 0.32%
- Albania - 0.31%
- Gipsi - 0.17%
- Itali - 0.11%
- Etnik-Etnik Lain - 0.82%
- Tidak Diketahui - 8.90%
Majoriti penduduk Slovenia beragama Kristian yang beraliran Katolik. Sebelum era Komunis, 88% penduduk Slovenia merupakan pengikut Gereja Roman Katolik. Pada tahun 1991, peratusan penganut Kristian Katolik jatuh kepada 71.6% dan terus jatuh sehingga 57.8% pada tahun 2002.
Komposisi agama di Slovenia (bancian 2002)
- Kristian Katolik - 57.80%
- Ateisme - 10.10%
- Islam - 2.40%
- Kristian Ortodoks - 2.30%
- Kristian Protestan - 0.90%
- Lain-Lain - 3.70%
- Tidak Diketahui - 22.80%
Kadar purata hidup adalah 72.2 tahun untuk lelaki dan 80 tahun untuk wanita.
Bahasa Rasmi untuk negara ini adalah Bahasa Slovenia. Bahasa Hungary dan Bahasa Itali juga mendapat pengiktirafan sebagai bahasa rasmi di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Hungary dan Itali.
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Perhubungan di Slovenia
- Pelancongan di Slovenia
- Ketenteraan di Slovenia
- Pengangkutan di Slovenia
- Hubungan luar Slovenia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "PisRS". Pisrs.si. Dicapai pada 2 June 2012.
- ^ Božič, Dragan (3 November 2010). "Katero kitico č'mo kot himno zapet'" [Which Stanza Should We As the Anthem Sing?] (dalam bahasa Slovenian). ISSN 1854-6544. Dicapai pada 14 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Škrinjar, Klara (3 September 2012). "Zdravljica v političnem in pravnem primežu" [Zdravljica in the Political and Legal Vice]. Delo.si (dalam bahasa Slovenian).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ As defined by the Act Regulating the Coat-of-Arms, Flag and Anthem of the Republic of Slovenia and the Flag of the Slovene Nation ("Zakon o grbu, zastavi in himni Republike Slovenije ter o slovenski narodni zastavi") from 1994 and published on the web page of the National Assembly of Slovenia.[1][2] The question whether the entire Zdravljica or only its seventh stanza constitutes the Slovenian national anthem remains unresolved. Whereas the Constitution of Slovenia determines the title of the poem, the act about the anthem specifically determines its seventh stanza. It has been argued that the act contradicts the constitution and that the question should be resolved by the Slovenian Constitutional Court.[3]
- ^ "Census 2002: 7. Population by ethnic affiliation, Slovenia, Census 1953, 1961, 1971, 1981, 1991 and 2002". Statistical Office of the Republic of Slovenia. Dicapai pada 2 February 2011.
- ^ "Površina ozemlja in pokrovnost tal, določena planimetrično, 2005" [Surface area and land cover determined planimetrically, 2005] (dalam bahasa Slovenian dan English). Statistical Office of the Republic of Slovenia. Dicapai pada 2 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ SURS. "Statistical Office of the Republic of Slovenia – Population, Slovenia, 1 January 2018". Stat.si. Dicapai pada 14 March 2017.
- ^ "Prebivalstvo, Slovenija, 1. julij 2015" [Population, Slovenia, 1 July 2015] (dalam bahasa Slovenian dan English). Statistical Office of the Republic of Slovenia. Dicapai pada 4 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2018 – Slovenia". International Monetary Fund. Dicapai pada 10 October 2017.
- ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income (source: SILC)". Eurostat Data Explorer. Dicapai pada 2017-08-16.
- ^ "Key to HDI countries and ranks, 2015" (PDF). Hdr.undp.org. Dicapai pada 2017-08-03.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Slovenia.si. Gerbang maklumat Slovenia.
- Government of the Republic of Slovenia Kerajaan Republik Slovenia.
- Slovenia
- Gunung-gunung di Slovenia[pautan mati kekal]