21 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
21 Ogos merupakan hari ke-233 (hari ke-234 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 132 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan:
- Hari Ninoy Aquino di Filipina;
- Hari Belia di Maghribi.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1978 - Nelly Agustin, penyanyi dan pelakon Indonesia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1680 - Orang Indian Pueblo menawan Santa Fe dari orang Sepanyol.
- 1772 - Rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah yang diketuai Gustav III selesai dengan penerimaan Perlembagaan Sweden baharu.
- 1831 - Nat Turner memimpin satu pemberontakan hamba di Southampton, Virginia, A.S., namun ditumpaskan 48 jam kemudian.
- 1911 - Mona Lisa (gambar), sekeping catan minyak Leonardo da Vinci, dicuri dari Muzium Louvre di Paris oleh seorang pekerja muzium.
- 1968 - "Peristiwa Musim Bunga Praha" di Czechoslovakia berakhir dengan tiba-tiba apabila tentera Pakatan Warsaw melanggar negara tersebut, membunuh 72 orang Czechoslovak dan menahan ketuanya Alexander Dubček.
- 1976 - Operasi Paul Bunyan dijalankan sebagai gerak balas terhadap Peristiwa Pembunuhan Kapak di Kawasan Bebas Tentera Korea, dan hampir mencetuskan semula Perang Korea.
- 1983 - Pemimpin pembangkang Filipina, Benigno Aquino, Jr. ditembak mati di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.
- 1986 - Letusan limnik CO2 di Tasik Nyos (gambar) di Cameroon mengorbankan sekitar 1,700 orang dan 3,500 ternakan di kampung berdekatan.
- 2007 - Taufan Dean merentasi Laut Caribbean dan melanda Semenanjung Yucatán, Mexico, menyebabkan 45 kematian dan kerosakan AS$1.5 bilion.
- 2013 - NASA mentauliahkan semula teleskop Wide-field Infrared Survey Explorer bagi mencari asteroid.