10 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
10 Februari merupakan hari ke-41 dalam takwim Gregorius. Tinggal 324 hari (atau 325 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1258 - Hulagu Khan dan orang Mongol menjarah dan membakar Baghdad, pusat kebudayaan dan perdagangan Dunia Islam ketika itu, menamatkan pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- 1763 - Britain, Perancis dan Sepanyol menandatangani Perjanjian Paris, mengakhiri Perang Tujuh Tahun dan mengecilkan empayar penjajah Perancis.
- 1840 - Putera Albert I dari Saxe-Coburg-Gotha (gambar) mengahwini Ratu Victoria dari United Kingdom di Chapel Royal.
- 1904 - Perang Rusia-Jepun meletus di Korea dan Manchuria selepas Pertempuran Pelabuhan Arthur.
- 1911 - Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah (Sultan Lingga-Riau ke-5) dan Tengku Besar Umar (Tengku Mahkota) dipecat Syarikat Hindia Timur Belanda mengakhiri Kesultanan Riau-Lingga.
- 1931 - New Delhi menjadi ibu negara India.
- 1933 - Masjid Alwi telah siap dibina dan dirasmikan oleh Raja Syed Alwi ibni Syed Saffi Jamalullail, yang menelan belanja sebanyak $64,684.00 dengan mendapat sumbangan dari zakat negeri Perlis, derma rakyat Perlis dan Kerajaan negeri Perlis.
- 1947 - Itali menyerahkan kebanyakan kawasan Venezia Giulia kepada Yugoslavia.
- 1954 - Presiden Dwight Eisenhower menegah campur tangan Amerika Syarikat di Vietnam.
- 1962 - Pengintip Soviet "Rudolf Abel" yang ditangkap FBI ditukar dengan juruterbang pesawat pengintip Tentera Udara AS Gary Powers yang ditembak jatuh dalam Krisis U-2 dua tahun sebelumnya.
- 1964 - Kapal induk pesawat udara Tentera Laut Diraja Australia HMAS Melbourne (gambar) berlanggar dengan kapal pembinasa HMAS Voyager di Teluk Jervis di New South Wales, mengorbankan lebih 80 anak kapal Voyager.
- 1996 - Komputer Deep Blue mengalahkan Jaguh Catur Antarabangsa dan Johan Catur Sedunia Garry Kasparov dalam satu permainan catur buat kali pertama.
- 2008 - Satu kebakaran merosakkan tugu Namdaemun, Khazanah Negara pertama Korea Selatan.
- 2008 - Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008, menewaskan Cameroon 1-0 dalam perlawanan akhir.
- 2013 - Dalam bola sepak, Nigeria muncul juara Piala Negara-Negara Afrika.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1528 – Sultan Baabullah di Ternate.
- 1952 – Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura ke-3.
- 1962 – Cliff Burton, pemain kugiran thrash metal Metallica (meninggal 1986).
- 1968 – Atika Suri, pemberita Indonesia
- 1970 – Noureddine Naybet, pemain bola sepak Maghribi
- 1974 – Elizabeth Banks, pelakon Amerika Syarikat
- 1984 – Kim Hyo-jin, pelakon Korea Selatan
- 1985 – Selçuk İnan, pemain bola sepak Turki
- 1986 – Radamel Falcao, pemain bola sepak Sepanyol.
- 1987 – Choi Siwon, penyanyi Korea Selatan menganggotai boyband Super Junior.
- 1989 – Noor Neelofa Mohd Noor, pelakon dan usahawan Malaysia.
- 1990 – Choi Sooyoung, salah satu anggota kumpulan vokal wanita Girls' Generation.
- 1991 – Emma Roberts, pelakon Amerika Syarikat
- 1992 – Haruka Nakagawa, pelakon dan penyanyi Jepun
- 1997 – Chloë Grace Moretz, pelakon Amerika Syarikat
- 1994 – Kang Seul-gi, salah satu anggota kumpulan vokal wanita Korea Selatan Red Velvet.
- 1994 – Son Na-eun, salah satu anggota kumpulan vokal wanita Korea Selatan A Pink.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1755 – Montesquieu, ahli falsafah Perancis (lahir 1689)
- 1837 – Aleksandr Pushkin, penyajak dan penulis Rusia
- 1857 – David Thompson, peneroka dan juruukur Inggeris
- 1865 – Heinrich Lenz, ahli fizik Estonia
- 1918 – Abdul Hamid II, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1939 – Paus Pius IX
- 2023 – Marie-Gabrielle, puteri dari Luxembourg
- 2023 – Hugh Hudson, pengarah filem England
- 2023 – Samuel Moreno Rojas, peguam dan ahli politik Colombia
- 2023 – Carlos Saura, pengarah filem, jurugambar dan penulis Sepanyol
- 2023 – Sergey Tereshchenko, ahli politik Kazakhstan