24 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
24 Mac merupakan hari ke-83 (hari ke-84 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 282 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1401 – Maharaja Turco-Mongol, Timur menjarah Damsyik.
- 1603 - Raja James VI dari Scotland menaiki takhta England, Ireland dan Wales, dengan itu menyatukan takhta keempat-empat kerajaan buat pertama kali.
- 1720 – Count Frederick dari Hesse-Kassel dipilih sebagai Raja Sweden oleh Riksdag dari Estates, selepas ratu memerintah beliau Ulrika Eleonora melepaskan takhta pada 29 Februari
- 1837 – Kanada mengurniakan hak mengundi kepada warga lelaki berketurunan Afrika.
- 1878 – Kapal frigat British HMS Eurydice karam, lalu meragut lebih 300 nyawa.
- 1882 - Pakar perubatan Jerman Robert Koch (gambar) mengumumkan penemuan Mycobacterium tuberculosis, sejenis bakteria yang mengakibatkan batuk kering.
- 1900 – Datuk Bandar New York Robert Anderson Van Wyck memecah tanah untuk perkhidmatan keretapi bawah tanah "Rapid Transit Railroad" baru yang bakal menghubungkan Manhattan dengan Brooklyn.
- 1923 – Greece menjadi sebuah negara republik.
- 1934 – Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Tydings-McDuffie yang membolehkan Filipina menjadi sebuah negeri komanwel yang berpemerintahan sendiri.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Askar-askar Pihak Berikat memulakan "Pelarian Diri Besar", memecah keluar dari kem tawanan perang Jerman Nazi Stalag Luft III.
- 1959 – Parti Persekutuan Afrika (PFA) dilancarkan oleh Léopold Sédar Senghor dan Modibo Keita.
- 1976 - Perang Kotor: Presiden Argentina Isabel Peron diculik dan digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera tanpa pertumpahan darah oleh Jorge Rafael Videla.
- 1989 - Kapal minyak Exxon Valdez menumpahkan lebih 10 juta gelen minyak ke dalam Selat Prince William, Alaska, mengakibatkan salah satu bencana alam sekitar paling dahsyat di laut.
- 1999 - Perang Kosovo: NATO melancarkan serangan udara terhadap Yugoslavia, kali pertama NATO menyerang negara berdaulat.
- 2003 – Liga Arab mengundi 21-1 untuk meluluskan resolusi yang menggesa agar tentera A.S. dan British berundur dari Iraq serta-merta tanpa syarat.
- 2008 – Bhutan secara rasminya menjadi sebuah negara demokrasi, dengan pilihan raya umum sulungnya yang dimenangi Druk Phuensum Tshogpa.
- 2009 – Gunung Berapi Redoubt (gambar) di Alaska, A.S. mengalami satu siri letusan.
- 2010 – Inisiatif Chiang Mai mula berkuat kuasa dengan dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 bilion.
- 2011 – Gempa bumi bermagnitud 6.8 Mw melanda timur laut Myanmar, mengorbankan lebih 150 orang.
- 2013 – Pemberontak menawan Bangui, ibu negara Republik Afrika Tengah, memaksa Presiden François Bozizé melarikan diri.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1901 - Ub Iwerks, seorang juruanimasi dan kartunis AS
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1971 - Arne Jacobsen, seorang arkitek Denmark
- 2017 - Johan Nawawi, seorang komposer lagu terkenal di Malaysia.