18 Oktober
Penampilan
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
18 Oktober merupakan hari ke-291 (hari ke-292 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 74 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Alaska (1867)
- Hari Perayaan Santo Lukas.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1009 - Gereja Makam Suci, sebuah gereja Kristian yang kini dalam lingkungan Kota Lama Baitulmaqdis, dimusnahkan atas arahan khalifah Fatimiyyah Al-Hakim bi-Amr Allah.
- 1016 - Tentera Denmark pimpinan Canute Agung menewaskan dengan mutlak Edmund Ironside dalam Pertempuran Ashingdon, membolehkannya mengawal hampir keseluruhan Kerajaan England.
- 1851 - Novel Moby-Dick oleh Herman Melville (gambar) mula diterbitkan dengan tajuk asal The Whale.
- 1922 - British Broadcasting Company ditubuhkan oleh sebuah konsortium untuk mewujudkan rangkaian pemancar radio bagi menyediakan khidmat penyiaran di seluruh United Kingdom.
- 1954 - Di Indianapolis, Indiana, A.S., Texas Instruments memperkenalkan radio transistor komersil pertama, Regency TR-1 (gambar).
- 1991 - Majlis Tertinggi Azerbaijan menerima perisytiharan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.
- 2007 - Pengeboman berani mati terhadap perarakan kereta yang membawa bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto di Karachi menyebabkan 139 orang maut dan 450 lagi cedera.
- 2007 - Letupan bom di Makati, Manila, Filipina menyebabkan 9 orang terkorban.
- 2008 - Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- 2010 - Taufan Megi (gambar), antara ribut terkuat pernah direkodkan, bertemu daratan di Filipina.
- 2011 - Askar Israel Gilad Shalit dibebaskan Hamas sebagai pertukaran pembebasan 1,027 tahanan Palestin.
- 2013 - Arab Saudi, Chad, Chile, Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, namun Arab Saudi menolaknya.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1919 - Pierre Trudeau, Perdana Menteri Kanada Ke-15
- 1959 - Mauricio Funes, Presiden El Salvador ke-5
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1931 - Thomas Edison, seorang usahawan Amerika Syarikat