19 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
19 Mac merupakan hari ke-78 (hari ke-79 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 287 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Santo Joseph dalam Kristian Barat;
- Hari Bapa di berbagai-bagai negara.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1279 - Pemerintahan tiga abad Dinasti Song di China berakhir dengan kemenangan Dinasti Yuan dalam Pertempuran Yamen.
- 1687 - Usaha pencarian muara Sungai Mississippi oleh penjelajah Perancis Robert Cavelier de La Salle (gambar) tamat dengan dahagi dan pembunuhannya di Texas kini.
- 1853 – Gerakan pembaharuan Taiping menduduki dan menjadikan Nanjing sebagai ibu kotanya sehingga tahun 1864.
- 1861 – Perang Taranaki Pertama berakhir di New Zealand.
- 1863 – Kapal SS Georgiana, dipercayai sebagai penjajap Gabungan yang paling berkuasa, dimusnahkan dalam perjalanan pertamanya bersama angkutan senjata api, ubat-ubatan dan barang-barangan yang bernilai lebih $1,000,000.
- 1915 - Gambar planet kerdil Pluto diambil buat pertama kali, 15 tahun lebih dahulu sebelum ditemui oleh Clyde Tombaugh di Balai Cerap Lowell.
- 1932 - Jambatan Pelabuhan Sydney (gambar), antara mercu tanda yang utama di Sydney, Australia, dibuka secara rasmi.
- 1965 – Bangkai kapal SS Georgiana yang bernilai lebih $50,000,000 dan dipercayai sebagai penjajap terkuat yang dimiliki oleh Negeri-negeri Gabungan Amerika, ditemui oleh penyelam remaja E. Lee Spence, genap 102 tahun selepas kemusnahannya.
- 1969 – Menara TV setinggi 385 meter (1,263 ka) di Emley Moor, United Kingdom, runtuh akibat terkumpul ais.
- 1978 – Berikutan serangan Israel terhadap Lubnan, PBB menyeru Israel segera berundur, dan menubuhkan Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan.
- 1982 - Angkatan tentera Argentina yang diketuai oleh Alfredo Astiz menduduki Georgia Selatan, menyegerakan Perang Falkland terhadap United Kingdom.
- 1989 – Bendera Mesir dikibarkan di Taba, menandakan berakhirnya pendudukan Israel selepas Perang Yom Kippur pada tahun 1973 diikuti rundingan damai pada tahun 1979.
- 2004 – Presiden Republik China Chen Shui-bian ditembak sebelum berlangsungnya pilihan raya presiden pada 20 Mac.
- 2008 – GRB 080319B: Ledakan kosmik yang merupakan objek terjauh yang dapat dilihat oleh mata kasar dicerap untuk masa yang singkat.
- 2008 – Yves Leterme dilantik sebagai Perdana Menteri Belgium, sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
- 2009 – Banjir di Angola, Namibia dan Zambia membunuh lebih 130 orang dan meninggalkan 300 ribu lagi tanpa tempat berteduh.
- 2011 – Perang saudara Libya: Angkatan A.S., British dan Perancis melancarkan serangan (gambar) terhadap askar pro-Gaddafi di Libya untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1961 - Laila Ghofran, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi
- 1981 - Kolo Touré, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1930 - Arthur James Balfour, seorang Perdana Menteri United Kingdom
- 1995 - Nike Ardilla, seorang penyanyi dan pelakon Indonesia (lahir 1975)