3 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
3 Mac merupakan hari ke-62 (hari ke-63 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 303 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hinamatsuri di Jepun
- Hari Pembebasan di Bulgaria (1878).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1284 - Statut Rhuddlan memperbadankan Prinsipaliti Wales dalam wilayah England.
- 1575 - Maharaja Mughal Akbar Agung menumpaskan tentera Benggala di Pertempuran Tukaroi.
- 1776 - Perang Revolusi Amerika: Samuel Nicholas (gambar) dan Tentera Marin Benua mendarat di New Providence dan menawan Nassau di Bahamas.
- 1791 - Pajak atas Whiski (minuman) di Amerika Syarikat dipersutujui.
- 1809 - Presiden Amerika Syarikat ke-3, Thomas Jefferson meletak jawatan.
- 1845 - Florida diterima sebagai negeri ke-27 Amerika Syarikat.
- 1861 - Alexander II dari Rusia memeterai Manifesto Pembebasan untuk golongan hamba.
- 1875 - Opera Carmen gubahan Georges Bizet, berdasarkan novela oleh Prosper Mérimée, dipersembahkan buat pertama kali, di Opéra-Comique di Paris.
- 1878 - Pemeteraian Perjanjian San Stefano menamatkan Perang Rusia-Turki, mengasaskan Bulgaria sebagai satu prinsipaliti berautonomi di dalam Empayar Uthmaniyyah.
- 1904 - Kaiser Wilhelm II dari Jerman menjadi orang pertama yang merakam suara dokumen politik, dengan menggunakan silinder ciptaan Thomas Edison.
- 1905 - Tsar Nicholas II dari Rusia bersetuju untuk menubuhkan perhimpunan perwakilan Duma.
- 1918 - Rusia Bolshevik memeterai Perjanjian Brest-Litovsk dengan Kuasa Tengah dan keluar daripada Perang Dunia Pertama.
- 1923 - Isu pertama majalah berita TIME diterbitkan.
- 1924 - Perhimpunan Kebangsaan Turki secara rasmi memansuhkan Kekhilafahan Uthmaniyah.
- 1931 - The Star-Spangled Banner secara rasmi menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1940 - Lima orang terbunuh dalam serangan membakar pejabat akhbar Norrskensflamman yang dikendali oleh pihak komunis di Luleå, Sweden.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Sepuluh buah pesawat pejuang Jepun menyerbu pekan Broome, Australia Barat dan membunuh lebih seratus orang penduduknya.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Tentera Amerika Syarikat dan Filipina menawan semula Manila.
- 1958 - Nuri al-Said menjadi Perdana Menteri Iraq buat kali kelapan dan terakhir.
- 1961 - Hassan II menjadi Raja Maghribi.
- 1965 - Perjanjian antara Malaysia dan Thailand telah di tandatangani pagi ini di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, yang antara syarat perjanjiannya penubuhan sebuah Ibu pejabat Perisikan Bersekutu untuk membolehkan pelancaran gerakan-gerakan bersekutu terhadap pengganas Komunis.
- 1991 - Dalam dua pungutan suara yang diadakan serentak, 74% penduduk Latvia dan 83% penduduk Estonia mengundi untuk merdeka dari Kesatuan Soviet.
- 1992 - Negara Bosnia ditubuhkan.
- 1997 - Struktur mandiri tertinggi di Hemisfera Selatan, iaitu Sky Tower di pusat bandaraya Auckland, New Zealand, dibuka setelah dibina selama 2½ tahun.
- 2005 - Steve Fossett menjadi orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia secara solo tanpa berhenti dan mengisi bahan api.
- 2011 - Essam Sharaf dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir oleh Majlis Tertinggi Tentera selepas Ahmed Shafik meletak jawatan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1847 - Alexander Graham Bell, seorang saintis
- 1901 - Claude Choules, seorang pejuang Perang Dunia I yang terakhir
- 1966 - Mikhail Mishustin, ahli politik dan Perdana Menteri Rusia
- 1981 - Shatha Hassoun, pelakon dan penyanyi Iraq dan Maghrib