1 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
1 Januari merupakan hari pertama dalam Takwim Gregorius. Takwim ini yang disebarluas pada tahun 1582 tidak menetapkan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baharu ataupun hari pertama untuk tahun yang dinomborkannya.
England bermula menggunakan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru pada tahun 1752. Sebelum ini dan sejak abad ke-13, tahun baru bermula dengan 25 Mac sebagai "Hari Lady" ataupun "Hari Pengumuman Penjelmaan Semula Anak Dara Maria". Hari Kemerdekaan di Brunei (1984)
Tinggal 364 hari (atau 365 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 45 SM - Takwim Julius berkuat kuasa buat julung kali.
- 404 - Pertarungan gladiator terakhir pernah diketahui berlangsung di Rom.
- 630 - Nabi Muhammad s.a.w. berangkat ke Makkah dengan tentera yang menawan kota itu tanpa tumpah darah.
- 1001 - Putera Besar Istvan I dinobatkan sebagai Raja Hungary pertama oleh Paus Silvester II.
- 1259 - Michael VIII Palaiologos diisytiharkan sebagai maharaja Empayar Nicaea bersama jagaannya John IV Laskaris.
- 1438 - Albert II dari Habsburg dinobatkan Raja Hungary.
- 1515 - Raja Francis I mewarisi takhta Perancis.
- 1527 - Para bangsawan Croatia memilih Ferdinand I dari Austria sebagai Raja Croatia di Parlimen di Cetin.
- 1651 - Charles II dinobatkan sebagai Raja Scotland.
- 1673 - Perkhidmatan pos harian antara New York dan Boston dilancarkan.
- 1700 - Rusia mula memakai pentakwiman zaman Anno Domini sekaligus melupuskan pentakwiman zaman Anno Mundi tinggalan Empayar Byzantium.
- 1707 - João V dinobatkan sebagai Raja Portugal.
- 1739 - Pulau Bouvet di Lautan Atlantik Selatan, pulau paling terpencil di dunia, ditemui penjelajah Perancis Jean-Baptiste Charles Bouvet de Lozier.
- 1767 - Kapal perdagangan kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda, VOC Risdam yang berharga 26,000 Guilder telah tenggelam di perairan Johor iaitu berhampiran Pulau Batu Gajah, Mersing akibat kebocoran.
- 1772 - Cek pelancong terulung yang diterima di 90 kota Eropah, mula dijual di London.
- 1788 - Edisi pertama akhbar The Times London, asalnya The Daily Universal Register, diterbitkan.
- 1797 - Albany menggantikan Kingston selaku ibu negeri New York.
- 1800 - Syarikat Hindia Timur Belanda dibubarkan.
- 1801 - Kerajaan Ireland bergabung dengan Kerajaan Great Britain, dan menambah saltira St. Patrick kepada Bendera Union.
- 1801 - Ahli astronomi Itali Giuseppe Piazzi menemui planet kerdil Ceres (gambar).
- 1803 - Maharaja Gia Long menitah segala hasil tembaga Dinasti Tây Sơn dirampas lalu dileburkan menjadi sembilan batang meriam untuk Kota Diraja di Huế, Vietnam.
- 1804 - Haiti diisytiharkan merdeka dari penjajahan Perancis berikutan perang revolusi lalu menjadi republik kulit hitam pertama dan negara merdeka pertama di rantau Kepulauan Hindia Barat.
- 1806 - Takwim Republik gunaan Perancis dimansuhkan berganti kembali dengan takwim Gregorius
- 1808 - Hasil daripada usaha gerakan abolisionisme, pengimportan hamba ke Amerika Syarikat diharamkan.
- 1818 - Novel cereka sains Frankenstein; or, The Modern Prometheus oleh Mary Shelley diterbitkan buat pertama kali, di London.
- 1833 - United Kingdom menuntut kedaulatan terhadap Kepulauan Falkland.
- 1845 - Terowong Cobble Hill di Brooklyn siap dibina.
- 1861 - Porfirio Díaz menawan Bandar Raya Mexico.
- 1863 - Perang Saudara Amerika: Pengisytiharan Pembebasan berkuatkuasa di wilayah Gabungan.
- 1866 - Maharaja Abu Bakar menukar nama Bandar Tanjung Puteri kepada Johor Bahru dan diisytiharkan sebagai ibu negeri Johor dengan rasminya.
- 1876 - Reichsbank dibuka di Berlin.
- 1877 - Ratu Victoria dari Britain diisytiharkan sebagai Maharani India.
- 1880 - Ferdinand de Lesseps memulakan pembinaan Terusan Panama oleh Perancis.
- 1890 - Eritrea digabungkan menjadi jajahan oleh kerajaan Itali.
- 1892 - Pulau Ellis dibuka untuk mula memproses pendatang asing ke dalam Amerika Syarikat.
- 1893 - Jepun mula memakai takwim Gregorius.
- 1898 - Bandar Raya New York mengilhakkan tanah dari kaunti-kaunti berdekatan, maka membentuk City of Greater New York. Empat bandaran asal, iaitu Manhattan, Brooklyn, Queens, dan The Bronx, digabungkan bersama Pulau Staten pada 25 Januari untuk membentuk wilayah bandar raya masa kini yang terdiri daripada lima bandaran.
- 1899 - Pemerintahan Sepanyol berakhir di Cuba.
- 1901 - Nigeria menjadi naungan British.
- 1901 - Jajahan British New South Wales, Queensland, Australia Selatan, Tasmania, Victoria dan Australia Barat bersekutu sebagai Komanwel Australia; Edmund Barton dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.
- 1906 - India British secara rasminya menerima guna Waktu Piawai India.
- 1908 - Buat julung kalinya, sebiji bola dilambung di Times Square, Bandar Raya New York, untuk menandakan bermulanya Tahun Baru pada tengah malam.
- 1910 - Kapten David Beatty dinaikkan pangkat menjadi Laksamana Muda, maka menjadi laksamana termuda di Tentera Laut Diraja (kecuali ahli Kerabat Diraja British) semenjak Horatio Nelson.
- 1911 - Wilayah Utara dipisahkan dari Australia Selatan lalu diserahkan kepada kuasa Komanwel.
- 1912 - Republik China di Taiwan diasaskan.
- 1916 - Tentera Jerman meninggalkan Yaoundé dan jajahan Kamerunnya kepada tentera British lalu menuju ke Guinea Sepanyol.
- 1919 - Edsel Ford mewarisi bapanya, Henry Ford, selaku presiden Ford Motor Company.
- 1920 - Pertubuhan Komunis Belarus diasaskan sebagai parti berasingan.
- 1922 - Perlembagaan Yunani 1822 diterima oleh Majlis Kebangsaan Pertama Epidaurus.
- 1925 - Ahli astronomi Amerika Syarikat Edwin Hubble mengumumkan penemuan galaksi-galaksi di luar Bima Sakti.
- 1927 - Turki mula memakai takwim Gregorius: beralih terus dari 18 Disember 1926 dalam takwim Julius.
- 1929 - Bekas perbandaran Point Grey, British Columbia dan Vancouver Selatan, British Columbia digabungkan menjadi bandar Vancouver.
- 1934 - Pulau Alcatraz menjadi penjara persekutuan Amerika Syarikat.
- 1939 - William Hewlett dan David Packard mengasaskan syarikat Hewlett-Packard.
- 1939 - Sydney, Australia, mencatat suhu 45 ˚C, iaitu rekod tertinggi bagi bandar raya tersebut.
- 1942 - Perisytiharan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu ditandatangani oleh 26 buah negara.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Jabatan Pengurusan Penghasilan A.S. melarang jualan kereta dan lori baru kepada orang awam.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Sebagai pembalasan terhadap pembunuhan Malmedy, tentera A.S. menyembelih 30 banduan SS di Chenogne.
- 1942 - Jepun mendarat di Pulau Labuan kerana untuk menakluk Borneo Utara dicapai dengan pantas.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Luftwaffe Jerman melancarkan Unternehmen Bodenplatte, iaitu cubaan besar tetapi gagal untuk menghapuskan tentera udara Perikatan di Eropah Utara dalam satu tembakan sekaligus.
- 1946 - Penerbangan awam pertama dari Lapangan Terbang Heathrow berlepas.
- 1947 - Kawasan-kawasan pendudukan Amerika Syarikat dan United Kingdom di Jerman, selepas Perang Dunia Kedua, bergabung menjadi Bizone, yang kemudiannya menjadi Republik Persekutuan Jerman.
- 1948 - Perkhidmatan kereta api United Kingdom dimiliknegarakan untuk membentuk British Rail.
- 1948 - Selepas berpecah, India gagal membayar perkongsian baki tunai Rs.550 juta yang dijanjikan kepada Pakistan.
- 1948 - Perlembagaan Itali berkuatkuasa serta-merta.
- 1949 - Gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkuat kuasa di Kashmir mulai seminit sebelum tengah malam. Perang antara India dan Pakistan berhenti serta-merta.
- 1950 - Negeri Ajaigarh diserahkan kepada Kerajaan India.
- 1956 - Republik Sudan mencapai kemerdekaan dari Republik Mesir dan United Kingdom.
- 1956 - Kejadian tahun baru menyebabkan panik dan rempuhan di Kuil Yahiko, Yahiko, tengah Prefecture Niigata, Jepun, membunuh sekurang-kurangnya 124 orang.
- 1957 - George Town, Pulau Pinang menjadi bandar raya atas piagam diraja yang dikurniakan oleh Ratu Elizabeth II.
- 1958 - Komuniti Eropah diasaskan.
- 1959 - Presiden Cuba Fulgencio Batista melarikan diri ke Republik Dominika apabila angkatan tentera di bawah Fidel Castro menguasai Havana, mengakhiri Revolusi Cuba.
- 1960 - Republik Cameroon merdeka dari penjajahan Perancis dan United Kingdom.
- 1962 - Samoa Barat menerima kemerdekaan dari New Zealand; namanya ditukar menjadi Negeri Merdeka Samoa Barat.
- 1962 - SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat ditubuhkan.
- 1962 - The Beatles tidak berjaya melepasi ujibakat untuk Decca Records.
- 1964 - Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland dibahagi menjadi republik-republik Zambia dan Malawi yang merdeka, dan Rhodesia yang dikuasai British.
- 1965 - Parti Demokratik Rakyat Afghanistan diasaskan di Kabul.
- 1966 - Selepas merampas kuasa, Kolonel Jean-Bédel Bokassa mengambil alih kuasa selaku presiden Republik Afrika Tengah.
- 1970 - Pesawat Boeing 747-100 memulakan perkhidmatannya dengan Pan Am.
- 1971 - Iklan rokok diharamkan dari siaran televisyen Amerika Syarikat.
- 1972 - Diplomat Austria Kurt Waldheim menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1973 - Denmark, United Kingdom, dan Republik Ireland diterima menyertai Komuniti Eropah.
- 1978 - Perlembagaan Kepulauan Mariana Utara berkuatkuasa.
- 1979 - Hubungan diplomatik dijalinkan antara Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat.
- 1980 - Victoria dinobatkan sebagai pewaris takhta Sweden.
- 1981 - Republik Greece diterima menyertai Komuniti Eropah.
- 1981 - Republik Palau mencapai pemerintahan sendiri namun tidak merdeka dari Amerika Syarikat.
- 1982 - Javier Pérez de Cuéllar dari Peru menjadi orang Amerika Latin pertama yang memegang jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1983 - ARPANET menukar protokol perangkaian terasnya daripada NCP ke TCP/IP, menandakan permulaan Internet seperti yang dikenali hari ini.
- 1984 - Kesultanan Brunei mengisytiharkan diri merdeka daripada United Kingdom.
- 1985 - Sistem Nama Domain Internet dicipta.
- 1985 - Panggilan telefon bimbit United Kingdom pertama dimulakan oleh Ernie Wise ke Vodafone.
- 1986 - Aruba bebas dari Curaçao, namun masih bersekutu bebas dengan Belanda.
- 1986 - Sepanyol dan Portugal diterima menyertai Komuniti Eropah.
- 1989 - Protokol Bahan-Bahan Pemusnah Lapisan Ozon Montreal berkuatkuasa.
- 1990 - David Dinkins mengangkat sumpah selaku datuk bandar kulit hitam pertama Bandar Raya New York.
- 1993 - Pembubaran Czechoslovakia: Czechoslovakia dibahagi menjadi Slovakia dan Republik Czech.
- 1993 - Pasaran tunggal dalam Komuniti Eropah dilancarkan.
- 1994 - Tentera Pembebasan Kebangsaan Zapatista melancarkan konflik bersenjata selama 12 hari di negeri Chiapas, Mexico.
- 1994 - Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, Kawasan Ekonomi Eropah dan Perjanjian Balak Tropika Antarabangsa berkuatkuasa.
- 1995 - Pertubuhan Perdagangan Sedunia diasaskan untuk menggantikan Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan.
- 1995 - Sweden, Austria dan Finland diterima masuk ke dalam Kesatuan Eropah.
- 1995 - Mercun diharamkan Vietnam sempena perayaan Tết atas sebab keselamatan.
- 1996 - Curaçao mencapai pemerintahan sendiri yang terhad, namun masih berada dalam persekutuan bebas dengan Belanda.
- 1997 - Republik Demokratik Congo secara rasminya menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia, sebagai Zaïre.
- 1997 - Diplomat Ghana Kofi Annan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1997 - Album sulung kumpulan Nasyid Raihan iaitu Puji-Pujian dilancarkan.
- 1998 - Rusia memperkenalkan mata wang ruble baru untuk mengekang inflasi dan memupuk keyakinan.
- 1998 - Bank Pusat Eropah diasaskan.
- 1999 - Mata wang rasmi Kesatuan Eropah euro diperkenalkan di 11 negara.
- 2000 - Ketika dunia menyambut alaf baru, tiada krisis besar berlaku akibat "pepijat alaf".
- 2002 - Wang kertas dan syiling Euro menjadi wang sah di 12 negara ahli Kesatuan Eropah.
- 2002 -Taiwan secara rasminya menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia, sebagai Taipei China.
- 2002 - Perjanjanjian Langit Terbika yang asalnya dmerterai tahun 1992, berkatkuasa secara rasmi.
- 2002 - Pluti secara rasminya kehilangan status sebagai planet.
- 2007 - Bulgaria dan Romania secara rasminya menyertai Kesatuan Eropah. Begitu juga, bahasa-bahas Bulgaria, Romania, dan Ireland menjadi bahasa rasmi EU bersama-sama 20 bahasa rasmi lain.
- 2007 - Penerbangan 574 Adam Air hilang di langit Indonesia bersama 102 orang penumpangnya.
- 2008 - Malta dan Cyprus secara rasminya menerima mata wang Euro.
- 2009 - Diwajibkan memakai tali pinggang keledar belakang di Malaysia.
- 2009 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.
- 2010 - Kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi penduduk, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China mula berkuatkuasa.
- 2010 - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu pengeboman berani mati di Lakki Marwat, Wilayah Sempadan Barat Laut, Pakistan.
- 2010 - Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Gabon, Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 2011 - Colombia, Jerman, India, Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB.
- 2011 - Estonia mula mengguna pakai euro sebagai mata wangnya, menggantikan kroon (gambar syiling).
- 2012 - Azerbaijan, Guatemala, Maghribi, Pakistan dan Togo menyertai Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota sementara.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1892 - Manuel Roxas, seorang Presiden Filipina ke-5
- 1919 - Ahmad bin Said, seorang Menteri Besar Perak ke-4
- 1944 - Zafarullah Khan Jamali, seorang Perdana Menteri Pakistan ke-18
- 1976 - Aleza Shadan, seorang pelakon drama di Malaysia
- 1992 - Liridon Krasniqi, seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT)
- 1998 - Bio One, pelakon lelaki Indonesia