22 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
22 Ogos merupakan hari ke-234 (hari ke-235 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 131 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan Keratuan Maryam (Gereja Roman Katolik).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1485 - Angkatan Lancaster di bawah Henry Tudor, Earl Richmond menewaskan angkatan York pimpinan Richard III dalam Pertempuran Padang Bosworth yang secara muktamadnya menamatkan Perang Bunga Mawar.
- 1639 - Syarikat Hindia Timur Inggeris membeli sebidang tanah di tempat yang kini ialah Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, daripada Raja Empayar Vijayanagara, Peda Venkata Raya.
- 1818 - Sebuah perjanjian perdagangan telah dibuat antara Kompeni Hindia Timur Inggeris dan Sultan Selangor, Sultan Ibrahim Shah yang mana perjanjian ini bertujuan mengekalkan keamanan dan persahabatan antara kedua-dua pihak serta menjamin kebebasan perdagangan.
- 1851 - Perahu layar America memenangi Piala Amerika (gambar) yang pertama berhampiran Pulau Wight, England.
- 1864 - Pergerakan Palang Merah yang diketuai Henry Dunant (gambar) bermula secara rasmi apabila 12 negara Eropah menandatangani Konvensyen Geneva Pertama, menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
- 1910 - Korea diilhak oleh Jepun dengan penandatanganan Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea, memulakan pemerintahan Jepun di Korea.
- 2010 - Pelari Kenya David Lekuta Rudisha memecahkan rekod dunia 13 tahun dalam 800 meter di kejohanan IAAF di Berlin.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1944 - Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah, Menteri Besar Kedah ke-8
- 1991 - Federico Macheda, pemain bola sepak Manchester United F.C.