30 Julai
Penampilan
(Dilencongkan daripada Julai 30)
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
30 Julai merupakan hari ke-211 (hari ke-212 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 154 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari Kemerdekaan di Vanuatu (1980).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 762 - Khalifah Al-Mansur mengasaskan Baghdad bagi menjadi ibu negara empayar Islam di bawah pemerintahan Abbasiyyah.
- 1619 - Dewan Burgesses di Virginia yang merupakan dewan undangan pertama yang dipilih di benua Amerika, bersidang buat pertama kali.
- 1825 - Pulau Malden (gambar), kini sebahagian Kepulauan Line Kiribati, ditemui di Lautan Pasifik.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan gagal mematahkan barisan Gabungan dalam Pertempuran Kawah di Petersburg, Virginia.
- 1930 - Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina 4–2 di Stadium Centenario untuk memenangi Piala Dunia bola sepak pertama.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Penjajap berat Tentera Laut A.S. USS Indianapolis ditenggelamkan oleh kapal selam Jepun I-58.
- 2003 - Kereta Volkswagen Beetle gaya lama (gambar) yang terakhir dikeluarkan di Puebla, Mexico.
- 2006 - Perang Lubnan: Tentera Udara Israel menyerang sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran Qana, Lubnan Selatan, membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam, termasuk 16 kanak-kanak.
- 2008 - Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
- 2010 - Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.
- 2011 - Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.
- 2012 - Kegagalan grid kuasa di 20 negeri di India menyebabkan 600 juta orang tiada elektrik.
- 2013 - Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan baharu.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1974 - Hilary Swank, pelakon Amerika Syarikat
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1811 - Miguel Hidalgo y Costilla, pemimpin Perang Kemerdekaan Mexico
- 1912 - Maharaja Meiji dari Jepun
- 2017 - Anton Vratuša, seorang Presiden Lembaga Eksekutif (kini Perdana Menteri Slovenia) Republik Sosialis Slovenia (kini Republik Slovenia).
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 30 Julai |