Burj Khalifa
Burj Khalifa | |
---|---|
Maklumat | |
Lokasi | Dubai, Emiriah Arab Bersatu |
Status | Siap dibina |
Tempoh pembinaan | 2004 – 2009 |
Kegunaan | Pelbagai |
Dibuka | 4 Januari 2010[1] |
Musnah | |
Ketinggian | |
Antena/Puncak | 828 m (2,717 ka)[2] |
Bumbung | 808 m (2651 ka) |
Tingkat atas | |
Maklumat teknikal | |
Bilangan tingkat | 160 tingkat boleh diduduki[3] |
Keluasan tingkat | 334,000 m2 (3,595,100 ka2) |
Bilangan lif | |
Kos | AS$1.5 bilion[4] |
Syarikat-syarikat | |
Arkitek | Skidmore, Owings dan Merrill |
Jurutera | Bill Baker di SOM[5] |
Kontraktor | Usahasama Samsung C&T, Besix; dan Arabtec Jurutera Penasihat Penyeliaan & Jurubina Rekod Hyder Consulting Pengurus Projek Pembinaan Turner Construction Grocon[6] Perancangan Bauer AG dan Middle East Foundations[6] Kontraktor lif Otis[6] Penasihat VT Lerch Bates[6] |
Pemaju | Emaar |
Pemilik | |
Burj Khalifa (Arab: برج خليفة "Menara Khalifa"),[2] dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang ditubuhkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka).[2] Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.[1][7] Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.[8] Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.[8][9]
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas,[10] kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina.[11] Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.
Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.[12] Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).[13]
Ketinggian
[sunting | sunting sumber]Garis masa
[sunting | sunting sumber]- Januari 2004: Penggalian dimulakan.[14]
- Februari 2004: Kerja memantakkan cerucuk dimulakan.[14]
- 21 September 2004: Kontraktor Emaar (Samsung-Besix-Arabtec JV) dianugerahkan tugas pembinaan.[15]
- Mac 2005: Struktur Burj Khalifa mula dinaikkan.[14]
- Jun 2006: 50 tingkat disiapkan.[14]
- Februari 2007: Mengatasi Menara Sears sebagai bangunan yang paling banyak tingkatnya.
- 13 Mei 2007: Mencipta rekod untuk pengepaman konkrit menegak tertinggi di mana-mana binaan pada 452 m (1,483 ka), mengatasi pengepaman konkrit setinggi 449.2 m (1,474 ka) ketika pembinaan Taipei 101, semasa Burj Khalifa mencapai tingkat ke-130.[14][16]
- 21 Julai 2007: Mengatasi Taipei 101 yang pernah menjadi binaan tertinggi di dunia pada 509.2 m (1,671 ka), sambil disiapkan 141 tingkat.[14][17]
- 12 Ogos 2007: Mengatasi paras antena Menara Willis yang berada pada ketinggian 527.3 m (1,730 ka).
- 12 September 2007: Menjadi struktur bebas tertinggi di dunia pada ketinggian 555.3 m (1,822 ka), sekaligus mengatasi Menara CN di Toronto, sambil mencapai 150 tingkat.[14][18]
- 7 April 2008: Mengatasi Menara KVLY-TV sebagai struktur binaan manusia tertinggi pada 629 m (2,064 ka), sambil mencapai 160 tingkat.[14][19]
- 17 Jun 2008: Emaar mengumumkan bahawa ketinggian Burj Khalifa mencecah 636 m (2,087 ka) dan ukuran ketinggian muktamadnya tidak akan diumumkan sehingga disiapkan pada September 2009.[20]
- 1 September 2008: Ketinggiannya mencapai 688 m (2,257 ka), menjadikannya struktur binaan manusia tertinggi dalam sejarah, sekaligus mengatasi pemegang rekod sebelumnya, iaitu Menara Radio Warsaw di Konstantynów, Poland.[21]
- 17 Januari 2009: Peninggian berhenti pada 818 m (2,684 ka).[22]
- 1 Oktober 2009: Emaar mengumumkan bahawa struktur luaran bangunan telah disiapkan.[23]
- 4 Januari 2010: Majlis perasmian dan pembukaan Burj Khalifa diadakan. Burj Dubai dinamakan Burj Khalifa sempena Presiden EAB dan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahyan.[2]
Rekod semasa
[sunting | sunting sumber]- Pencakar langit tertinggi hingga paras puncaknya: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Taipei 101 – 509.2 m (1,671 ka))
- Struktur tertinggi yang pernah dibina: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara radio Warsaw – 646.38 m (2,121 ka))
- Struktur wujud yang tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara KVLY-TV – 628.8 m (2,063 ka))
- Struktur bebas tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Menara CN – 553.3 m (1,815 ka))
- Bangunan yang terbanyak tingkatnya: 160 (mengatasi 1 dan 2 World Trade Center – 110)[24][3]
- Pemasangan lif tertinggi di dunia[25]
- Lif terlaju di dunia pada kelajuan 64 km/j (40 mph) atau 18 m/s (59 ft/s)[25] (mengatasi Taipei 101 – 16.83 m/s)
- Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk bangunan): 606 m (1,988 ka)[26] (mengatasi Taipei 101 – 449.2 m (1,474 ka))
- Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk mana-mana usaha pembinaan): 606 m (1,988 ka)[26] (mengatasi Loji Tenaga Hidroelektrik Riva del Garda – 532 m (1,745 ka)[27])
- Struktur tertinggi dunia pertama dalam sejarah yang menyediakan ruang perumahan[28]
- Dek pencerapan luaran tertinggi di dunia[29]
- Masjid tertinggi di dunia (terletak di tingkat 158)
- Lif yang terpanjang perjalanannya di dunia
- Lif perkhidmatan tertinggi di dunia
- Pemasangan muka bangunan aluminium dan kaca tertinggi di dunia pada ketinggian 512 m (1,680 ka)[14]
Seni bina dan reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Seni bina dan reka bentuk bangunan Burj Dubai dibuat oleh Skidmore, Owings dan Merrill yang juga telah merekabentuk bangunan Menara Willis di Chicago dan Freedom Tower di New York City. Bangunan ini hampir menyamai wawasan Frank Lloyd Wright untuk bangunan Illinois di Chicago.
Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir. Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi. Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.
Bahagian luar disadur dengan aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas melampau di Dubai.
Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64. Semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dijual. Pejabat korporat diuntukkan pada tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78.
Burj Dubai mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101 yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.
Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah.
Pelan tingkat
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah seringkasan kegunaan setiap tingkat.[30]
Tingkat | Kegunaan |
---|---|
160–206 | Mekanik |
156–159 | Komunikasi dan Penyiaran |
155 | Mekanik |
139–154 | Suit Korporat |
136–138 | Mekanik |
125–135 | Suit Korporat |
124 | Balai Cerap |
123 | Lobi Angkasa |
122 | Restoran At.mosphere |
111–121 | Suit Korporat |
109–110 | Mekanik |
77–108 | Perumahan |
76 | Lobi Angkasa |
44–72 | Perumahan |
43 | Lobi Angkasa |
40–42 | Mechanical |
38–39 | Suit Armani Hotel |
19–37 | Perumahan |
17–18 | Mekanik |
9–16 | Armani Residences |
1–8 | Armani Hotel |
Bawah | Armani Hotel |
Dataran | Armani Hotel |
B1–B2 | Parkir, Mekanik |
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Burj Khalifa direka untuk menjadi titik pusat projek pembangunan pelbagai kegunaan besar-besaran yang merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan buah hotel termasuk The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas 3 hektar (7.4 ekar), sekurang-kurangnya 19 buah menara perumahan, pusat beli-belah Dubai Mall, dan Tasik Burj Khalifa buatan manusia seluas 12-hektar (30-ekar).
Bangunan ini telah membawa kembali rekod struktur bebas tertinggi di Bumi ke Timur Tengah, di mana terbinanya Piramid Agung Kufu yang mencatat pencapaian ini selama lebih kurang empat ribu tahun sebelum diatasi oleg Gereja Besar Lincoln di England, United Kingdom pada tahun 1311.
Dilaporkan bahawa keputusan untuk membina Burj Khalifa berasaskan keputusan kerajaan untuk mengalihkan tumpuan ekonominya dari tertumpu kepada galian minyak kepada sektor perkhidmatan dan pelancongan. Menurut kata-kata para pegawai, perlunya projek-projek seperti Burj Khalifa dibina dalam bandaraya adalah untuk meraih lebih pengiktirafan dan pelaburan antarabangsa. "Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum hendak memperjelaskan nama Dubai dalam peta dunia dengan sesuatu yang penuh sensasi," kata Jacqui Josephson, seorang eksekutif pelancongan dan perwakilan VIP di Nakheel Properties.[31]
Kontroversi pekerja
[sunting | sunting sumber]Majoriti pekerja binaan Burj Khalifa didatangkan dari India, Pakistan, Bangladesh, China dan Filipina.[32] Laporan akhbar menyatakan gaji mereka sekitar AS$7.60 (£4.34)/ hari. Kesatuan sekerja tidak dibenarkan di kalangan buruh binaan ini.
Pada 21 Mac 2006, kira-kira 2,500 pekerja yang susah hati bas lambat di akhir giliran mereka melakukan bantahan, menyebabkan kerosakan kereta, pejabat, komputer dan alatan pembinaan.[32] Mana-mana pekerja yang terlibat dalam rusuhan pada 21 Mac 2006 telah dihantar pulang.
Perkembangan pembinaan
[sunting | sunting sumber]-
1 Februari 2006 -
29 Ogos 2006 -
21 Mac 2007 -
4 Disember 2007 -
11 Mac 2008 -
Hari pembukaan
4 Januari 2010
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Official Opening of Iconic Burj Dubai Announced". Gulfnews. 4 November 2009. Dicapai pada 4 November 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b c d Bianchi, Stefania (2010-01-04). "World's Tallest Skyscraper Opens in Dubai". The Wall Street Journal. Dow Jones & Company, Inc. Dicapai pada 4 Januari 2010. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b Baldwin, Derek (1 Mei 2008). "No more habitable floors to Burj Dubai". XPRESS. Dicapai pada 1 Mei 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Dubai opens world's tallest building". Dubai: USA Today. 2 Januari 2010. Dicapai pada 4 Januari 2010.
- ^ Blum, Andrew (27 November 2007). "Engineer Bill Baker Is the King of Superstable 150-Story Structures". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-18. Dicapai pada 11 Mac 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b c d "Burj Dubai (Dubai Tower) and Dubai Mall, United Arab Emirates". designbuild-network.com. Dicapai pada 23 Mac 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "World's tallest building opens in Dubai". BBC News. 4 Januari 2010. Dicapai pada 4 Januari 2010.
- ^ a b "Burj Dubai reaches a record high". Emaar Properties. 21 Julai 2007. Dicapai pada 24 November 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Keegan, Edward (15 Oktober 2006). "Adrian Smith Leaves SOM, Longtime Skidmore partner bucks retirement to start new firm". ArchitectOnline. Dicapai pada 23 Mac 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai, Dubai – SkyscraperPage.com". SkyscraperPage. Dicapai pada 23 Mac 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Turner International Projects – Burj Dubai". Turner Construction. Dicapai pada 23 Mac 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "What to see". Dubai Travel Desk. Dicapai pada 23 Mac 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai offices to top US$4,000 per sq ft". Zawya. 5 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada 23 Mac 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b c d e f g h i "Burj Dubai Construction Timeline". BurjDubai.com. Dicapai pada 31 December 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Dubai skyscraper world's tallest". BBC News. 22 July 2007. Dicapai pada 31 Disember 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai:Unimix sets record for concrete pumping". Dubai News Online. 25 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-23. Dicapai pada 11 April 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai Official Website". Emaar Properties. Dicapai pada 8 Mac 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "CN Tower dethroned by Dubai building". Canadian Broadcasting Corporation. 12 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-03. Dicapai pada 13 September 2007. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai surpasses KVLY-TV mast to become the world's tallest man-made structure". Emaar Properties. 7 April 2008. Dicapai pada 7 April 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Emaar increases height of Burj Dubai; completion in September 2009". Emaar Properties. 17 Jun 2008. Dicapai pada 17 Oktober 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai now a record 688m tall and continues to rise". Emaar Properties. 1 September 2008. Dicapai pada 1 September 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai all set for 09/09/09 soft opening". Emirates Business 24. Dicapai pada 17 January 2009. Text "7" ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai exterior done, to open this year". Maktoob. 1 Oktober 2009. Dicapai pada 1 Oktober 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai". Skidmore, Owings dan Merrill. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-04. Dicapai pada 11 April 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b "Some interesting facts on the Burj Dubai". The Tallest Buildings in the World. 19 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-22. Dicapai pada 1 Ogos 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b "Putzmeister – Burj Dubai". Putzmeister. Dicapai pada 23 Mac 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "1994 – World record: 532 m high - rise concrete conveying at the power station "Riva del Garda", Italy". Putzmeister. Dicapai pada 11 April 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai, Dubai, at Emporis.com". Emporis. Dicapai pada 1 Mac 2007. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Burj Dubai Height, Facts & Figures". BurjDubai.com. Dicapai pada 31 Disember 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamastructure
- ^ Stack, Megan (13 Oktober 2005). "In Dubai, the Sky's No Limit". Los Angeles Times. Dicapai pada 26 Mac 2006. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b Whitaker, Brian (23 Mac 2006). "Riot by migrant workers halts construction of Dubai skyscraper". The Guardian. Dicapai pada 25 Mac 2006. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Burj Khalifa |
- Laman web rasmi
- Burj Dubai Skyscraper.com Diarkibkan 2006-07-22 di Wayback Machine
- Skidmore, Owings & Merrill LLP, jurubina
- Emporis page on Burj Dubai
- "The Burj Dubai Tower Wind Engineering"PDF (597 KiB) (Irwin, Baker, Jun 2006) STRUCTURE magazine
- "The Burj Dubai Tower – Wind Channel Testing of Cladding and Pedestrian Level"PDF (620 KiB) (Erwin, etal, November 2006) STRUCTURE magazine
- Otis Worldwide, Signature Projects, information on the project's elevators at the Otis Elevator Company
- Wind and Other Studies Diarkibkan 2007-05-03 di Wayback Machine performed by RWDI
- CrazyEngineers Small Talk with Mr. William Baker Diarkibkan 2009-05-21 di Wayback Machine
- View from the top
- 2daydubai.com Diarkibkan 2010-01-07 di Wayback Machine, Burj Dubai Project Review
- BBC report on Burj Dubai opening with video and links
Rekod | ||
---|---|---|
Didahului oleh Menara Radio Warsaw 646.38 m (2,120.67 kaki) |
Struktur tertinggi di dunia dalam sejarah 2008 – kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Menara KVLY-TV 628.8 m (2,063 kaki) |
Struktur tertinggi di dunia 2008 – kini | |
Didahului oleh Menara CN 553.33 m (1,815.39 kaki) |
Struktur bebas tertinggi di dunia 2007 – kini | |
Didahului oleh Taipei 101 509.2 m (1,670.6 kaki) |
Bangunan tertinggi di dunia 2009 – kini | |
Didahului oleh Menara Sears 108 tingkat |
Bangunan yang terbanyak tingkatnya 2007 – kini |
Koordinat: 25°11′49.7″N 55°16′26.8″E / 25.197139°N 55.274111°E