Pertubuhan Pembebasan Palestin
Pertubuhan Pembebasan Palestin (bahasa Arab: منظمة التحرير الفلسطينية , bahasa Inggeris: Palestine Liberation Organization (PLO)) merupakan gabungan parti-parti di Palestin yang diiktiraf oleh Liga Arab sebagai wakil penduduk Palestin.[1]
Apabila ditubuhkan pada 1964, PLO berhasrat menghapuskan negara Israel melalui tindakan bersenjata. Piagam PLO pertama menekankan pemusnahan Israel, hak pulang ke Palestin serta kebebasan penduduk Palestin. Namun, PLO masa ini menegaskan penyelesaian konflik Arab-Israel melalui dua negara (two-state solution), yakni penubuhan negara Palestin bersempadan dengan Israel, dengan syarat-syarat seperti hak penduduk Palestin untuk kembali dan penetapan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin. [2]
Pada 1993, pengerusi PLO, Yasser Arafat, dalam surat rasmi kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin, telah mengiktiraf kedaulatan Israel. Israel lalu mengiktiraf PLO sebagai wakil penduduk Palestin yang sah. Arafat yang menyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa eksekutif PLO sejak 1969 meninggal dunia pada 2004. Beliau digantikan oleh Mahmud Abbas.
Menurut laporan Perkhidmatan Perisikan Jenayah Negara United Kingdom, PLO mempunyai aset bernilai sebanyak AS$8 bilion dan pendapatan tahunan sebanyak $1.5 bilion melalui dermaan, pemerasan, perdagangan senjata haram, pengedaran dadah, pemindahan wang haram, penipuan dan sebagainya. Akhbar harian Daily Telegraph dari UK juga menyatakan PLO mempunyai $50 bilion dalam pelaburan rahsia di seluruh dunia.[3]
PLO merupakan pemerhati dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Struktur
[sunting | sunting sumber]Segala keputusan PLO adalah dibuat melalui Jawatankuasa Eksekutifnya, yang dianggotai oleh 15 ahli kanan. Parti-parti yang menganggotai PLO bersifat sekular dan bermatlamat membebaskan tanah Palestin daripada pencerebohan Israel.
Parti-parti komponen:
- Fatah (Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin)
- Barisan Popular Pembebasan Palestin (radikal, komunis)
- Barisan Demokratik Pembebasan Palestin (komunis)
- Parti Rakyat Palestin
- Barisan Pembebasan Palestin
- Barisan Pembebasan Arab
- As-Sa'iqa (Baath)
- Kesatuan Demokratik Palestin (Fida)
- Barisan Perjuangan Popular Palestin
- Barisan Arab Palestin
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Idea pemubuhan satu pertubuhan mewakili penduduk Palestin dicetuskan dalam persidangan Liga Arab Kaherah pada 1964. PLO ditubuhkan pada 2 Jun 1964. Dalam pemasyhuran pertubuhan menyatakan hasrat memperjuangkan "hak penduduk berbangsa Arab Palestin kembali ke tanah air suci mereka dan mengesahkan keperluan berjuang untuk membebaskan tanah air yang dirampas, keazaman menonjolkan semangat revolusi mereka serta pemobilisasian segala kebolehan, kuasa material, ketenteraan dan rohani."[4]
Piagam awal PLO juga menyatakan "Dakwaan bahawa wujudnya hubungan sejarah dan rohani antara penduduk Yahudi dan Palestin adalah bercanggah dengan fakta sejarah ataupun asas benar sebuah negara yang kukuh... Orang Yahudi bukanlah masyarakat yang mempunyai keperibadian yang merdeka (maknanya bukan satu bangsa yang benar) kerana mereka hanya warganegara kepada negara mereka."[5]
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PLO
[sunting | sunting sumber]- Ahmed Shukeiri (10 Jun 1964 - 24 Disember 1967
- Yahya Hammuda (24 Disember 1967 - 2 Februari 1969)
- Yasser Arafat (2 Februari 1969 - 11 November 2004)
- Mahmud Abbas (11 November 2004 - kini)
Pimpinan Yasser Arafat
[sunting | sunting sumber]Kekalahan Syria, Jordan dan Mesir dalam Perang Enam Hari telah menjejaskan kredibiliti negara-negara "penaung" penduduk Palestin dan juga melemahkan pengaruh Gamal Abdel Nasser. Yasser Arafat, seorang pejuang gerila, telah mengambil kesempatan menyekat pengaruh luar terhadap PLO. Dalam persidangan 1969, parti Fatahnya berjaya menguasai badan-badan eksekutif PLO. Arafat dilantik sebagai pengerusi pada 3 Februari 1969.
Program Sepuluh Isi
[sunting | sunting sumber]PLO melancarkan "Program Sepuluh Isi" pada 1974 yang menyeru penubuhan satu badan berkuasa "yang memerintah kawasan Palestin yang dibebaskan" dan berniat "meneruskan pembebasan segala wilayah Palestin". Program itu mengakui pembebasan Palestin mungkin tidak melibatkan seluruh tanah Palestin, dan walaupun menekankan perjuangan bersenjata, program ini tidak mengecualikan cara-cara lain pembebasan.
Perang Saudara Lubnan
[sunting | sunting sumber]PLO terlibat secara langsung dalam Perang Suadara Lubnan dalam 1970-an hingga 1990. PLO berperang dengan militia Maronite, kemudian Israel dan kemudian Gerakan Amal (militia Syiah yang sendiri menentang Hezbollah). Pada 1985-88, para pengganas dari kumpulan Kristian Maronite yang bernaung dibawah South Lebanon Army (SLA) telah menyerang kem penduduk pelarian Palestin, Shabra & Shatilla di Lubnan untuk menangkap penyokong-penyokong Arafat. South Lebanon Army adalah sekutu rapat dan proksi Israel dalam perang Saudara Lubnan. Lebih dari 3000 penduduk awam yang tidak berdosa telah mati akibat serangan-serangan tersebut. Khemah pelarian mereka dikepung, penduduk ditembak dari jarak dekat, ada yang dirogol dan disembelih hidup-hidup. Perbuatan biadap dan kehaiwanan ini tidak mendapat bantahan dari PBB, Kesatuan Eropah & Amerika Syarikat. Pada 1982, PLO terpaksa berpindah ke Tunisia selepas pencerobohan tentera Israel terhadap Lubnan.
Intifada Pertama
[sunting | sunting sumber]Intifada Pertama tercetus pada 1987, dan mengejutkan PLO yang masih berada di Tunisia. PLO tidak terlibat secara langsung dalam intifada ini, kerana berada di luar negeri. ,[6] Pada 1988, Raja Hussein dari Jordan mengisytiharkan pemisahan Tebing Barat dari Jordan, PLO telah mengisytiharkan kemerdekaan "Negara Palestin" (State of Palestine) di Algiers. State of Palestine masih dinafikan kewujudannya sehingga hari ini. Sebulan kemudian, Arafat mengiktiraf kemerdekaan Israel secara tidak langsung dalam menyokong Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242, yang diluluskan untuk menghentikan konflik antara Israel, Mesir, Jordan dan Syria. Hasratnya sekarang adalah untuk menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Pada masa inilah, Amerika Syarikat memulakan hubungan diplomatik dengan PLO.
Perjanjian Oslo
[sunting | sunting sumber]Pada 1993, PLO telah mengadakan rundingan secara rahsia dengan pihak Israel. Perjanjian Oslo ditandatangani pada 20 Ogos 1983 antara Arafat dan Yitzhak Rabin. Israel menyerahkan kuasa pentadbiran Genting Gaza dan Jericho kepada penduduk Palestin melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA). Arafat dipilih menjadi Presiden PA pada Januari 1996 dalam pilihan raya. Ibu pejabat PLO telah berpindah ke Ramallah di Tebing Barat.
Berikutan itu, PLO telah menegaskan pendiriannya bahawa Israel mempunyai hak untuk merdeka. Pengiktirafan itu tidak menghentikan tindakan biadap Israel dari menyerang penduduk awam Palestin. PLO telah meneruskan serangan balas terhadap Israel sebagai langkap serangan balas walaupun Perjanjian Oslo telah ditandatangani. Namun, Israel memungkiri janji dengan memberikan alasan kebimbangan akan kemampuan PLO mendirikan sebuah negara sebelum menyusun semula organisasi diri dan juga menolak keganasan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Palestin
- Pihak Berkuasa Palestin
- Perang Arab-Israel 1948
- Perang Enam Hari
- Hamas
- Senjata yang digunakan oleh Pejuang Palestin
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Hal Ehwal Perundingan PLO
- Misi Pemerhati Palestin di PBB Diarkibkan 2008-03-22 di Wayback Machine
- Fatah
- Piagam Kebangsaan Palestin Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Madiha Rashid al Madfai, Jordan, the United States and the Middle East Peace Process, 1974-1991, Cambridge Middle East Library, Cambridge University Press (June 25th 1993). ISBN 0-521-41523-3. p. 21:"On 28 October 1974, the seventh Arab summit conference held in Rabat designated the PLO as the sole legitimate representative of the Palestinian people and reaffirmed their right to establish an independent state."
- ^ William L. Cleveland, A History of the Modern Middle East, Westview Press (2004). ISBN 0-8133-4048-9.
- ^ Rachel Ehrenfeld, And a Thief, Too: Yasser Arafat takes what he likes, National Review, July 29, 2002. Accessed online 5 December 2006.
- ^ Statement of Proclamation of the Organization, Palestine Liberation Organization, Jerusalem, 28 May 1964. Online on the site of the Permanent Observer Mission of Palestine to the United Nations. Accessed 5 December 2006.
- ^ The Palestinian National Charter, Adopted in 1964 by the 1st Palestinian Conference. Online on the site of the Permanent Observer Mission of Palestine to the United Nations. Accessed 5 December 2006.
- ^ Yasser Arafat obituary, socialistworld.net (Committee for a Worker’s International) 11 November 2004. Accessed 5 December 2006.