2004
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2004. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2004 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2004 merupakan tahun lompat yang pertama pada abad ke-21. Ia berlangsung dari 8 Zulkaedah 1424 hingga 19 Zulkaedah 1425. Hari pertama dalam tahun ini ialah hari Khamis.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 29 Januari: Virus komputer Mydoom menjadi virus internet paling bahaya.
Februari
[sunting | sunting sumber]- 1 Februari: Satu kekecohan yang berlaku ketika musim haji di Mina, Arab Saudi mengorbankan 251 jemaah haji.
- 3 Februari: Pihak perisikan Amerika Syarikat CIA mengakui bahawa tiada bahaya besar daripada senjata pemusnahan besar (WMD) Iraq.
- 6 Februari: Pembuat kereta nasional PROTON melancarkan model terbarunya: Proton Gen-2.
- 10 Februari: Parlimen Perancis bersetuju melarang penggunaan lambang keagamaan di sekolah negerinya.
- 16 Februari: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula.
Mac
[sunting | sunting sumber]- 14 Mac: Vladimir Putin memenangi pilihan raya presiden Russia buat kali ke-2.
- 21 Mac: Parti Barisan Nasional memenangi pilihan raya Malaysia ke-11.
- 22 Mac: Penasihat Hamas, Sheikh Ahmad Yassin dibunuh tentera Israel di Gaza.
Mei
[sunting | sunting sumber]- 1 Mei: Gambar penghinaan tentera Iraq oleh Polis Tentera Amerika Syarikat tersebar di seluruh dunia.
- 2 Mei: Kesatuan Eropah kini dianggotai oleh 25 buah negara setelah menerima 10 anggota baru.
- 5 Mei: Parti Golongan Karya memenangi pilihan raya undangan di Indonesia.
- 8 Mei: Malaysia dilantik menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) mulai Januari 2005 selama 3 tahun.
Jun
[sunting | sunting sumber]- 1 Jun: Ghazi Yawar dilantik menjadi presiden Iraq.
- 12 Jun-4 Julai: Kejohanan bola sepak EURO 2004 di Portugal.
- 14 Jun: Bahagian Sistem Pertahanan Bersepadu Boeing berjaya mengalahkan Lockheed Martin didalam saingan untuk menggantikan pesawat patrol maritim P-3 Orion.
- 21 Jun: SpaceShipOne menjadi pesawat bukan milik kerajaan pertama mencecah kawasan hampagas di angkasa pada altitud 100 kilometer.
- 24 Jun: Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo dinamakan pemenang dalam pilihan raya presiden pada bulai Mei.
Julai
[sunting | sunting sumber]- 13 Julai:
- Sebuah helikopter Hornbill Skyways hilang (terhempas) di kawasan pedalaman Sarawak. Kesemua 7 orang penumpangnya ditemui mati 2 minggu kemudian.
- Seorang pelajar Malaysia di Universiti Cambridge, Lennard Lee menjadi rakyat Malaysia kedua berjaya berenang menyeberangi Selat Inggeris secara solo.
- 13 Julai: PHP 5.0 ditambahkan dengan Enjin Zend II yang mempunyai model objek yang baru.
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 11 Ogos: Lee Hsien Loong dilantik menjadi Perdana Menteri ketiga Singapura. Beliau turut melantik bapanya Lee Kuan Yew menjadi "Menteri Pembimbing".
- 13-29 Ogos: Sukan Olimpik ke-28 di Athens, Greece.
- 15 Ogos: Sebuah helikopter Nuri terhempas 15 km dari Ba'Kelalan, Sarawak mengorbankan 3 orang tentera TUDM.
- 19 Ogos: Google mengadakan tawaran awam permulaannya dan menyebabkan syarikat tersebut bernilai AS$23 bilion.
- 23 Ogos: Rangka tinggalan seorang wanita berusia 8,000 tahun dijumpai di Lenggong, Perak.
- 25 Ogos: 2 kapal terbang penumpang terhempas serentak di tempat yang berlainan di Rusia, dan didakwa merupakan kerja pengganas.
September
[sunting | sunting sumber]- 2 September: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dari tuduhan meliwat dan setelah menjalani hukuman untuk tuduhan rasuah.
- 4 September: Lebih daripada 326 orang terkorban dalam tragedi pengambilan tebusan oleh pejuang Chechnya di sebuah sekolah di Beslan, Russia.
- 9 September: Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis biasa Sarah Salleh.
- 10 September: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan belanjawan Malaysia 2005.
- 17-28 September: Sukan Paralimpik ke-12 di Athens, Greece.
- 21 September: Kerajaan Amerika Syarikat menyaman beberapa syarikat tembakau utama sebanyak USD 280 bilion (RM 1.06 trilion).
- 29 September: Penerbangan pertama SpaceShipOne untuk memenangi Hadiah X Ansari.
Oktober
[sunting | sunting sumber]- 1 Oktober: Harga petrol dan diesel di Malaysia meningkat sebanyak 5 sen per liter, dan gas 5 sen per kilogram.
- 4 Oktober: Penerbangan kedua SpaceShipOne sekaligus memenangi Hadiah X Ansari.
- 7 Oktober: Raja Kemboja Norodom Sihanouk mengumumkan penurunan takhtanya. Seminggu selepas itu, Putera Norodom Sihamoni dilantik menggantikan ayahnya sebagai Raja Kemboja.
- 14 Oktober: Speaker Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail meninggal dunia. Beliau digantikan oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Speaker ke-7.
- 20 Oktober:
- 78 orang pembantah mati akibat sesak nafas selepas ditangkap dan disumbat ke dalam lori tentera oleh tentera Thai di Wilayah Narathiwat.
- Susilo Bambang Yudhoyono menjadi presiden Indonesia ke-6.
November
[sunting | sunting sumber]- 3 November: George W. Bush dan parti Republikan memenangi pilihan raya Amerika Syarikat.
- 23 November: Petugas kerajaan Malaysia diwajibkan memakai baju batik pada hari Sabtu.
Disember
[sunting | sunting sumber]- 7 Disember: Hamid Karzai mengangkat sumpah sebagai presiden pertama demokrasi Afghanistan.
- 14 Disember: Jambatan tertinggi di dunia, Jambatan Milau yang merentangi Sungai Tarn dibuka di Perancis.
- 26 Disember: Gempa bumi terbesar dalam 40 tahun berlaku di Lautan India, di barat Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 150,000 orang.
Tarikh tepat tidak pasti
[sunting | sunting sumber]- Spesifikasi piawai ATX: Versi 2.2 diterbitkan.
- Cakera Profesional untuk DATA (PDD), satu format cakera optik yang dibangun oleh Sony, mula dijual.
- Piawai PCI Ekspres yang melaksanakan protokol PCI logik pada antara-antara muka komunikasi bersiri diluluskan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 3 Januari
- Putri Isnari, penyanyi dangdut dan pelakon wanita Indonesia
- Wong Ze Xiang, pemain badminton Malaysia
- 14 Januari - Chai Chin Chuan, pemain badminton Malaysia
- 22 Januari - Norman Haikal Rendra Iskandar, chef selebriti Malaysia
- 27 Januari - Ting Wen Xuan, pemain badminton Malaysia
- 7 Februari - Sean Ngu Ze Xi, pemain badminton Malaysia
- 9 Februari - Wong Hong Xiang, pemain badminton Malaysia
- 21 Februari - Yasamin Jasem, pelakon wanita Indonesia
- 1 Mac - Mohamad Izham Abdullah, pelakon lelaki Malaysia
- 4 Mac - Choi Jian Sheng, pemain badminton Malaysia
- 11 Mac - Lo Siew Sing, pemain badminton Malaysia
- 22 Mac - Goo Vie Kieat, pemain badminton Malaysia
- 1 April - Justin Hoh, pemain badminton Malaysia
- 10 April - Brandon Hee Hek Yong, pemain badminton Malaysia
- 15 April - Ratu Sofya, pelakon wanita Indonesia
- 23 April - Azmi Askandar, pelakon dan penyanyi Indonesia
- 8 Mei - Chong Jing Yi, chef selebriti Malaysia
- 18 Mei - Aurora Ribero, pelakon dan penyanyi Indonesia
- 20 Mei - Kiesha Alvaro, pelakon dan penyanyi lelaki Indonesia
- 29 Mei - Fazriq Razif, pemain badminton Malaysia
- 1 Jun - Edward Cheong Yan Kai, pemain badminton Malaysia
- 10 Jun - Melody Wong Jin Ning, pemain badminton Malaysia
- 12 Jun - Muhammad Adam Shaz Mohd Shazlan, pemain badminton Malaysia
- 16 Jun - Nur Amirah Samsuddin, chef selebriti Malaysia
- 27 Jun - Aina Nadhirah Mizarudin, chef selebriti Malaysia
- 29 Julai - Darwish Anaqi Jamaludin, chef selebriti Malaysia
- 27 September - Kang Wei Shern, pemain badminton dan pelakon lelaki Malaysia
- 3 Oktober - Mohamad Assalam Asyraq Salehudin, pelakon lelaki Malaysia
- 15 Oktober - Dayang Nurnirwanee Irwan, pemain badminton Malaysia
- 24 Oktober - Wong Ke Xin, pemain badminton Malaysia
- 27 Oktober - Mohammad Iqbal Ali, pelakon lelaki Malaysia
- 7 November - Quek Hong Yaw, pemain badminton Malaysia
- 15 November - Bhavatharani Paskaran, pemain badminton Malaysia
- 21 November - Ernest Lee Zi Yang, pemain badminton Malaysia
- 11 Disember - Nurul Sakinah Mohd Nor Rozale, pemain badminton Malaysia
- 16 Disember - Soh Ping Chuan, pemain badminton Malaysia
- 27 Disember - Mohamad Amir Adam Abdul Khir, chef selebriti Malaysia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 14 Oktober: Tun Dr Mohamed Zahir Ismail, Speaker Dewan Rakyat.
- 11 November: Yasser Arafat, pengerusi PLO.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 2004 |