29 Mac
Penampilan
(Dilencongkan daripada 29 Maret)
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
29 Mac merupakan hari ke-88 (hari ke-89 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 277 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Boganda di Republik Afrika Tengah.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1461 – Perang Bunga Mawar: Pertempuran Towton – Edward dari York menumpaskan Ratu Margaret lalu menjadi Raja.
- 1549 – Penubuhan kota Salvador da Bahia, ibu kota pertama Brazil.
- 1638 - Peneroka Sweden mengasaskan Sweden Baru berhampiran Teluk Delaware, koloni Sweden di Amerika yang pertama.
- 1792 – Raja Gustav III dari Sweden mangkat setelah ditembak dari belakang ketika menghadiri majlis bertopeng di Dewan Opera Diraja di Stockholm 13 hari sebelumnya. Takta baginda diwarisi oleh Gustav IV Adolf.
- 1799 – Negeri New York meluluskan undang-undang yang bertujuan memansuhkan amalan perhambaan secara beransur-ansur dalam negeri tersebut.
- 1809 - Di Diet Porvoo, Empat Estet Finland berikrar setia kepada Tsar Aleksandr I dari Rusia, dengan itu memulakan pemisahan Grand Duchy Finland daripada Sweden.
- 1831 - Jeneral Bosniak Husein Gradaščević memulakan pemberontakan terhadap Sultan Mahmud II dan Empayar Uthmaniyyah.
- 1849 – United Kingdom mengilhakkan Punjab.
- 1857 – Sipahi Mangal Pandey dari Rejimen ke-24, Infantri Pribumi Benggala memberontak untuk menentang pemerintahan British di India, lalu mencetuskan perang kemerdekaan berlanjutan yang juga dikenali sebagai "Pemberontakan Sipahi".
- 1871 - Dewan Albert Diraja (gambar) di Albertopolis, London dibuka secara rasmi oleh Ratu Victoria dari United Kingdom.
- 1911 - Pistol separa-automatik M1911 yang dimajukan John Browning menjadi senjata api asas dalam Tentera Darat Amerika Syarikat.
- 1936 – Di Jerman, Adolf Hitler meraih 99% undian dalam pungutan suara untuk meratifikasi pendudukan semula Rhineland secara haram oleh Jerman.
- 1971 – Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai: Leftenan William Calley disabitkan kesalahan membunuh secara terancang dan dihukum penjara seumur hidup.
- 1971 – Juri Los Angeles, California mengesyorkan agar Charles Manson dan tiga pengikut wanitanya dihukum mati.
- 1973 – Perang Vietnam: Askar-askar tempur Amerika Syarikat yang terakhir meninggalkan Vietnam Selatan.
- 1974 - Mariner 10 NASA menjadi kuar angkasa lepas pertama melintas terbang planet Utarid.
- 1974 - Sekumpulan petani di wilayah Shaanxi, China, menemui koleksi besar patung terracotta yang menggambarkan tentera Maharaja pertama Qin Shi Huang, kini dikenali sebagai Tentera Terracotta.
- 1982 – Akta Kanada 1982 (U.K.) menerima Perkenan Diraja dari Ratu Elizabeth II, sekaligus membolehkan Ratu Kanada mengisytiharkan Akta Perlembagaan 1982.
- 2004 – Bulgaria, Estonia, Latvia, Lithuania, Romania, Slovakia dan Slovenia menjadi anggota penuh NATO.
- 2004 – Republik Ireland menjadi negara pertama di dunia yang mengenakan larangan merokok di semua tempat kerja, termasuk kedai arak dan kedai makan.
- 2008 – 35 negara dan lebih 370 bandar menyertai Earth Hour buat julung kalinya.
- 2009 – Dalam satu pungutan suara, Mayotte memilih untuk menjadi jabatan seberang laut Perancis.
- 2010 – Pemisah Chechen meletupkan dua butir bom, di stesen Metro Moscow Lubyanka dan Park Kultury, membunuh 40 orang dan mencederakan lebih 100 lagi.
- 2013 – Soyuz TMA-08M (gambar lambang) membawa tiga angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui jalan baharu, mengurangkan tempoh perjalanan dari dua hari kepada enam jam.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1432 - Muhammad al-Fatih, Sultan Empayar Uthmaniah , Pembuka Kota Konstatinopel
- 1790 - John Tyler, Presiden Amerika Syarikat ke-10
- 1943 - John Major, Perdana Menteri United Kingdom
- 1983 - Marissa Anita, pelakon wanita dan wartawan Indonesia
- 1984 - Mohd Azlan Syah Bin Shair, hamba Allah S.W.T