Earth Hour
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1] dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Earth Hour berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 8:30 malam, waktu tempatan.
Earth Hour 2010
[sunting | sunting sumber]Earth Hour 2009
[sunting | sunting sumber]Earth Hour 2009 ialah 8:30–9:30 28 Mac 2009. Kini, 82 buah negara dan lebih daripada 2100 buah bandar adalah 'komited ke Earth Hour 2009', satu peningkatan sangat besar daripada perkecimpungan rakyat dalam 35 buah negara untuk Bumi Hour 2008.[2] 1 bilion 'menyokong' adalah tujuan yang dinyatakan untuk Earth Hour 2009[3], dalam konteks penting Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009.
Earth Hour 2008
[sunting | sunting sumber]Dengan 35 buah negara di dunia merupakan anggota rasmi dan lebih 400 bandar juga menyokong, Earth Hour 2008 adalah kejayaan besar, dirayakan disemua tujuh benua. Mercu tanda ikonik kesemua seluruh dunia menutup lampu mereka yang tidak perlu untuk Earth Hour dimana termasuk Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London's City Hall (England), Space Needle (Seattle), CN Tower (Toronto, Canada) dan SM Mall of Asia & The Giant Globe (Manila, Philippines).
Tapak web rasmi untuk acara ini, earthhour.org, menerima lebih 6.7 juta pengunjung unik dalam minggu menjelang Earth Hour. Tapak web lain yang mengambil bahagian dalam acara ini, dengan halaman utama Google menjadi "gelap" pada hari Earth Hour.
Menurut satu kaji selidik dalam talian Zogby International 36 juta penduduk menyertai dalam Earth Hour 2008, dengan dianggarkan satu 50 juta melakukan seluruh dunia sama. Tinjauan juga menunjukkan terdapat peningkatan 4 peratusan dalam kesedaran bagi isu-isu alam sekitar seperti perubahan iklim, secara langsung selepas acara ini.
Peserta 2008
[sunting | sunting sumber]Penjadualan
[sunting | sunting sumber]Sebelum 2008, San Francisco telah menjalankan program "Lights Out" dari mereka yang dilakukan bulan Oktober.[11] Untuk tahun 2008, waktunya dipindahkan ke 29 Mac agar dapat bersamaan dengan Earth Hour dari Australia. Ini juga terjadi supaya 2008 menjadi tahun dimana Earth Hour berubah ke acara kebangsaan dan San Francisco diminta sebagai kota anggota Earth Hour. Daripada memiliki acara saingan, San Francisco yang menyokong Earth Hour dan Lights Out sekarang menjadi bahagian dari acara kebangsaan Earth Hour. Sejak Earth Hour tahun 2008 diselenggarakan hari Sabtu, banyak pengajian tinggi di Wilayah Toronto Raya menyokong dengan mematikan setengah lampu di ruang kelas selama jam terakhir sekolah hari Jumaat, 28 Mac 2008. Meskipun slogan Earth Hour 2008 secara rasmi adalah, "See the difference you can make," (Lihatlah perbezaan yang anda boleh lakukan) iklan radio rasmi berakhir dengan, "Dark city, bright idea." (Bandar raya yang gelap, idea yang cerah)
Tel Aviv menjadwalkan Earth Hour mereka pada Khamis 27 Mac 2008 untuk menghindari krisis dengan Sabbath.[12] Dublin memindahkan Earth Hour mereka ke antara pukul 9 dan 10 malam, karena lokasi geografinya di utara.[13]
Penjimatan tenaga
[sunting | sunting sumber]Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 ton karbon dioksida.[14] Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165 megawatt-jam dan 102 tan karbon dioksida. Ini telah berkurang dibanding kempen yang dibuat Majlis Bandar Bangkok pada tahun sebelumnya dalam Mei dimana 530 megawatt-jam telah dijimatkan dan 143 tan emisi karbon dioksida telah dipotong.[15] Toronto menjimatkan 900 megawatt-jam penggunaan elektrik. 8.7% telah dijimatkan jika dibandingkan dengan malam Sabtu yang lain pada bulan Mac.[16] Ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut.[17] Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.[18]
Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.[19]
Keputusan terbaik berasal dari Christchurch, New Zealand. Bandar ini melaporkan pengurangan 13% penggunaan elektrik. Bagaimanapun, Transpower melaporkan bahawa penggunaan tenaga New Zealand semasa Earth Hour adalah 335 megawatt, lebih tinggi dari purata 328 megawatt dua Sabtu sebelumnya.[20] Melbourne, Australia telah menjimatkan 10.1% penggunaan elektrik. Sydney, bandar yang menganggotai Earth Hour 2007 dan 2008, menjimatkan 8.4% bekalan elektrik. Walaupun lebih rendah daripada 10.2% tahun sebelumnya, Pengarah eksekutif Earth Hour Andy Ridley membuat keputusan bahawa bandar anggota ini sama seperti tahun sebelumnya dengan pengiraan ruang kesalahan.[21]
Keputusan terburuk dari Calgary, Canada. Penggunaan tenaga di bandar tersebut meningkat 3.6% semasa penggunaan elektrik waktu tersebut. [22] Bagaimanapun, di Calgary, cuaca memainkan peranan penting dalam penggunaan tenaga, bandar ini mengalami cuaca 12 °C lebih sejuk dari Sabtu sebelumnya.[23]
Sambutan seluruh dunia
[sunting | sunting sumber]- Di Sydney, Australia, akhir Earth Hour disambut dengan pertunjukan bunga api.[24]
- Istana kerajaan Danish, Amalienborg Palace dan Gråsten Palace, digelapkan atas arahan Ratu.[25]
- Nelly Furtado mengadakan konsert bebas di Nathan Philips Square di Downtown Toronto untuk meraikan Earth Hour.[26]
- Di Toronto, Ontario, Environmental Outreach Team dari mahasiswa Universitas York menjalankan sesi maklumat Earth Hour pada keesokan, dan York University Observatory mengadakan sesi pertunjukan tambahan.[27]
- Aktiviti melihat bintang diadakan di Toronto Ontario Science Centre dan Richmond Hill's David Dunlap Observatory.[28][29]
- Astronomy Ireland menggunakan teleskop berkuasa tinggi di Phoenix Park Dublin untuk membolehkan orang ramai melihat langit pada waktu malam, yang biasanya cerah pada waktu malam.[18]
- Di Tel Aviv, Israel, sebuah konsert terbuka oleh Knesiyat Hasekhel diadakan di Rabin Square. Tenaga yang digunakan untuk konsert ini telah dijanakan oleh sekumpulan pengayuh yang menggerakkan pedal jana kuasa. Keseluruhan tenaga dibekalkan oleh jana kuasa pembakaran menggunakan minyak falafel.[30]
- Di Atlanta, CEO WWF US, Carter Roberts dan Datuk Bandar Atlanta, Shirley Franklin secara simbolik menekan suis raksasa yang disiarkan secara langsung di televisyen yang memulai gelombang pemadaman lampu di bangunan di bandar itu.
- Di San Francisco, satu acara umum yang diadakan oleh WWF telah dihadiri oleh Datuk Bandar Gavin Newsom, pemain skateboard sekaligus meraih pingat emas Brian Boitano, Grateful Dead drummer Mickey Hart dan artis lain. Mereka berkumpul untuk menyaksikan lampu dipadamkan, mendengar muzik dari Jason Damato.
Earth Hour juga menerima publisiti bebas dari perusahaan Google. Mulai 12:00 tengahari 29 Mac 2008 hingga akhir Earth Hour, halaman utama Google di Amerika Serikat, Colombia, Canada, Denmark, Ireland dan UK menggunakan latar belakang hitam. Slogan mereka adalah, "We've turned the lights out. Now it's your turn - Earth Hour." [31] Satu salahfaham popular bahawa latar belakang hitam dalam paparan web mengurangkan penggunaan tenaga pada monitor; monitor LCD menggunakan jumlah tenaga yang konstan tidak penting apa warna halaman webnya. Ini bukan mengenai monitor LED Organik[32], meskipun tidak digunakan secara meluas.
Saluran TV
[sunting | sunting sumber]- The Weather Network Kanada memindahkan studionya ke luar antara 8 dan 9 malam EDT untuk Earth Hour, hanya menggunakan lampu LED selama waktu itu.[33]
- The Agenda dengan Steve Paikin di TVOntario menjalankan programnya secara penuh hanya menggunakan cahaya lilin. [perlu rujukan]
- Earth Hour dilindungi secara luas di Amerika Syarikat dengan segmen di Oprah, NBC Nightly News, CBS Evening News, The Today Show, Good Morning America, CNN, CNN International, The Weather Channel dan sebagainya. Beberapa stesen TV di Amerika Syarikat membuat liputan secara langsung termasuk NBC di Atlanta yang menyiarkan Earth Hour selama satu jam selama acara tersebut.
- ABS-CBN Studio di Quezon City memadamkan lampu mereka dan menghentikan penyiaran ketika wartawan TV Patrol Sabado & Linggo, Alex Santos sedang melaporkan.
- 8TV Malaysia menghentikan penyiaran selama satu jam mulai 2030hr.
Earth Hour 2007
[sunting | sunting sumber]Earth Hour telah disambut di Sydney, Australia pada 7:30 malam, waktu tempatan.
Peserta 2007
[sunting | sunting sumber]- Sydney, Australia
Pentafsiran
[sunting | sunting sumber]Acara ini ditafsirkan sebagai tokenisme,[34] dan difokuskan kepada pengurangan pembebasan karbon, seterusnya mengurangkan kos elektrik secara keseluruhan, dan persoalan yang meragukan oleh kelompok media yang menyumbang. Perlu diketahui bahawa Earth Hour adalah sama dengan Earth Day Energy Fast, sejak 1991 hingga 2007 yang mana tidak menggunakan tenaga buatan setiap Earth Day. Earth Day Energy Fast ditutup tahun 2008 sejak pengasas kempennya menyatakan "sudah terlambat" agar kempennya ini memperoleh kesan yang bererti.
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali [35] menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber seperti tenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, [36][37][38][39][40] dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.
Pengiraan penggunaan elektrik
[sunting | sunting sumber]Menurut jumlah yang dinyatakan EnergyAustralia, sebuah lembaga tempatan, penggunaan elektrik utama untuk acara 2007 di Sydney adalah 2% lebih rendah selama Earth Hour daripada kiraan pada waktu itu, syarat cuaca dan empat tahun yang lepas terus berubah. Herald Sun menyamakan dengan "pembuangan 48,613 kereta di jalan raya selama 1 jam."[41] Pengkritik, terutamanya penulis kolom Andrew Bolt, melabelkan sebagai "Pemotongan yang sangat sedikit ini dipertanyakan - sama dengan pembuangan enam kereta dari jalan raya selama setahun".[42] Secara konteks, enam kereta sama dengan membuang enam kereta dari jalan raya pada waktu tertentu di siang atau malam hari. Dalam menangani kritikan ini, penyelenggara Earth Hour menegaskan bahawa "Bila pengurangan gas rumah hijau yang dicapai di CBD Sydney semasa Earth Hour dipertahankan selama satu tahun, maka jumlahnya sama dengan membuangkan 48.616 sereta dari jalan raya selama setahun."[43] dan mereka juga menyatakan bahawa tujuan utama Earth Hour adalah menimbulkan kesedaran terhadap masalah perubahan iklim dan "mengaspirasikan bahawa aksi setiap orang dalam skala besar dapat membantu mengubah planet ini menjadi lebih baik."[43] dan bukan mengenai pengurangan tenaga secara spesifik yang dibuat selama jam itu yang diberikan.
Angka 10.2% telah menentang dalam kajian menyeluruh oleh David Solomon, seorang mahasiswa dalam bidang kewangan di Universiti Chicago. Solomon menggunakan data penggunaan elektrik selama lapan tahun untuk membuat kesimpulan bahawa penurunan dari inspirasi Earth Hour adalah 6.33%, dan selepas faktor potensi lain dimasukkan ke dalam akaun, 2.10%, "secara statistik tak terlepaskan dari sifar."[41] Sesetengah kawasan di Hemisfera Utara, telah berlaku twilight pada 8 p.m., membuang beberapa kelebihan acara ini.[44]
David Solomon mengatakan bahawa Earth Hour 2007 memotong penggunaan elektrik utama Sydney hingga 2.1%. [41] Earth Hour 2008 diadakan secara antarabangsa pada tanggal 29 Mac 2008 mulai pukul 8 malam hingga 9 malam waktu tempatan, menjadikan perayaan pertama acara ini dengan beberapa bandar utama dan orang-orang di seluruh dunia yang menyambut.
Liputan Fairfax
[sunting | sunting sumber]Media Watch, sebuah pertunjukan televisyen yang mengikuti media, melaporkan mendakwa bahawa The Sydney Morning Herald dan The Age telah menyalahgunakan kuasa dan memanipulasi gambar acara ini.[45] Program ini menunjukkan gambar Before and After yang disiarkan melalui akhbar dan menyatakan bahawa gambar ini mungkin di manipulasi melalui liputan yang berlebih-lebih.
Jurnal akhbar Age di Melbourne mendakwa mereka telah dipaksa menulis berita yang negatif berkaitan Earth Hour kerana perjanjian saham syarikat. Pada 10 April, satu kenyataan dari Jurnal mendakwa bahawa "Wartawan dipaksa menulis berita tidak benar dan topik negatif setelah jadual di drafkan oleh organisasi Earth Hour"[46].
Kos tambahan
[sunting | sunting sumber]Bandar Phoenix membelanjakan $3,000 untuk mematikan lampu selama satu jam semasa Earth Hour 2008. [47]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Earth Hour - Earth Always :: Sydney Media". City of Sydney. 2007-05-18.
- ^ Earth Hour's bright lead-up
- ^ Belfast’s city lights go out for Earth Hour 2009
- ^ "Cities - Earth Hour 2008". WWF. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "Supporting Cities". WWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-22. Dicapai pada 2008-04-06.
- ^ "Someone get the lights". Toronto Star. March 2008. m/s. X6-7.
- ^ "Indonesia Businesss Supporters - Earth Hour 2008". WWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-28. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ a b "Ora Pamantului - Earth Hour 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-01. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "Trondheim kommune - Earth Hour 2008". Trondheim kommune. March 2008. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "VOCM". March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-28. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ Tyler, Nate. "Lights Out San Francisco". Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ Ross, Oakland (March 28, 2008). "Tel Aviv rock concert gets power from pedals". Toronto Star. m/s. A1, A10. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ Winsa, Patty (March 27, 2008). "Someone get the lights". Toronto Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-03. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "Canadians go dark with world for Earth Hour". CBC. March 2008. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "Lights out campaign disappointing: Bangkok helps save very little energy". Bangkok Post. March 2008. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "Toronto hits energy target". Toronto Star. March 2008. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "Ireland uses less power for 'Earth Hour'". RTÉ News. March 2008. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ a b "Call for continuation of Earth Hour ethos". BreakingNews.ie. March 2008. Dicapai pada 2008-03-31.
- ^ "Dubai slashes energy use for Earth Hour". Arabian Business. March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-05. Dicapai pada 2008-04-01.
- ^ Lights on, power use up for Earth Hour. Kelly Andrew. The Dominion Post. Monday, 31 March 2008.
- ^ "Where do we go from here?". Toronto Star. 2008-03-31. m/s. A1, A17. Dicapai pada 2008-03-31.
- ^ "Calgary's Earth Hour effort uses more power, not less". Global Calgary. 2008-03-30. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "Edmontonians cut power consumption by 1.5 per cent during Earth Hour". Edmonton Journal. 2008-04-01. Dicapai pada 2008-04-07.
- ^ "Lights Out for Asia in 'Earth Hour'". Associated Press. March 2008. Dicapai pada 2008-03-29.[pautan mati kekal]
- ^ Potter, Mitch (March 2008). "Scandinavia darkens". Toronto Star. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "Furtado headlines free Earth Hour concert in Toronto". CBC. March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-09. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "Earth Hour at York's Observatory". York University. March 2008. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "David Dunlap Observatory". WWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-31. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "Celebrate Earth Hour at the Science Centre". Ontario Science Centre. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "Tel Aviv rocks to Earth Hour". Toronto Star. Dicapai pada 2008-03-31.
- ^ "Earth Hour". Google. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-05. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ http://electronics.howstuffworks.com/oled2.htm
- ^ "The Weather Network - Earth Hour 2008". The Weather Network. Dicapai pada 2008-03-30.
- ^ "Building-in Earth Hour, 24 hours a day'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-31. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "The United Nations Climate Change Conference in Bali'". Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ Going Nuclear: A Green Makes the Case, The Washington Post, April 16, 2006
- ^ France closes its last coal mine, BBC, Aprl 23, 2004
- ^ France: Vive Les Nukes Diarkibkan 2008-01-30 di Wayback Machine, "60 Minutes," CBS, April 8, 2007
- ^ Hot idea: Fight warming with nuclear power, MSNBC, July 7, 2005
- ^ Environmentalists For Nuclear Energy
- ^ a b c Soloman, David (2007-05-09). "Rage, rage against dimming of the light". The Australian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-02. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ Bolt, Andrew (2008-03-28). "Earth Hour coverage should be grounded". Herald Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-30. Dicapai pada 2008-03-31.
- ^ a b "Information about Earth Hour 2008, history, 2007 - Earth Hour 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-31. Dicapai pada 2009-03-27.
- ^ SkyNews: The Canadian Magazine of Astronomy & Stargazing, March/April 2008, page 37, "Earth Hour too early?"
- ^ "Media Watch: Flicking The Switch". ABC. 2007-04-09. Dicapai pada 2008-03-29.
- ^ "Age blighted by bias, selling its soul | The Australian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-23. Dicapai pada 2009-03-27.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2009-03-27.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Businesses and individuals worldwide turn lights off as part of Earth Hour 2008 |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Earth hour |
- Earth Hour - Official global website
- [1] - Official Earth Hour Kids website
- Earth Hour Canada - Official Canadian website
- Earth Hour US - Official US website
- Christchurch Earth Hour Diarkibkan 2008-10-02 di Wayback Machine - Christchurch and Canterbury, New Zealand information
- Earth Hour 2008 - a collection of Earth Hour 2008 news articles and press releases
- Video: Earth Hour in Boulder, Colorado.