Pergi ke kandungan

Jean-Bédel Bokassa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-Bédel Bokassa semasa lawatan negara ke Romania pada bulan Julai 1970

Jean-Bédel Bokassa (Sebutan bahasa Perancis: [ʒɑ̃ bedɛl bɔkasa]; 22 Februari 1921 – 3 November 1996), juga dikenali sebagai Bokassa I dari Afrika Tengah dan Salah Eddine Ahmed Bokassa, ialah seorang pegawai tentera dan ketua negara Republik Afrika Tengah (CAR) dan negara penggantinya, Empayar Afrika Tengah hasil rampasan kuasa, dari 1 Januari 1966 hingga 20 September 1979. Dalam tempoh ini, beliau berkhidmat hampir sebelas tahun (1 Januari 1966 – 4 Disember 1976) sebagai presiden (presiden seumur hidup 1972–1976), dan hampir tiga tahun beliau menduduki takhta sebagai Maharaja (4 Disember 1976 – 20 September 1979). Republik Afrika Tengah dipulihkan setelah penggulinagan Bokassa. Gelaran imperial Bokassa tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.