Pergi ke kandungan

Havana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolaj Havana

Nama penuh bandar Havana (Jawi: هاۏانا; bahasa Sepanyol ialah Ciudad de La Habana . Biasanya dipanggil La Habana atau rasminya San Cristóbal de la Habana.

Jumlah penduduk 2.2 juta, bandar terbesar di Cuba dan di Kepulauan Caribbean. Kedudukannya 144km tenggara Florida. Havana satu daripada 14 wilayah Cuba.

Ia terletak di Timur Laut Semenanjung Cuba, menghadap Selat Florida .

Havana mula dijelajah oleh orang Eropah ketika Sebastián de Ocampo pada 1509.

Penjelajah Diego Velázquez de Cuéllar menjumpai Havana pada 25 Ogos 1515 di bahagian pantai Selatan pulau ini yang dikenali dengan nama Surgidero de Batabanó.

Bandar Havana yang asal bukan lokasi sekarang. Havana dipindahkan ke lokasi sekarang yang dikenali sebagai Puerto de Carenas pada 1519.

Sebenarnya Havana adalah pelabuhan perdagangan yang membekalkan bekalan makan dan minuman kepada ahli pelayaran dan pedagang. Pelabuhan ini sering diserang oleh lanun yang bermaharaja lela di laut Carribean. Ini termasuklah orang Peranchis bernama Jacques de Sores. Berlaku perebutan antara Peranchis dan Sepanyol untuk memonopoli perdagangan di sini.

Antara barang dagangan ketika itu ialah emas, gangsa, alpaca, bulu dari Andes, emerald dari Colombia, kayu mahogani dari Cuba dan Guatemala, kulit dari Guajira, rempah-ratus, pewarna dari Campeche, jagung, dan koko.

Beribu-ribu kapal dari seluruh dunia bertemu dan memunggah barangan di pelabuhan Havana lalu dihantar ke Sepanyol.

Pada 1563, pejabat Ketua Gabenor Cuba pindah dari Santiago ke Havana. Pada 20 Disember 1592, Raja Philip II dari Sepanyol menetapkan Havana sebagai sebuah bandar raya.