13 September
Penampilan
(Dilencongkan daripada September 13)
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
13 September merupakan hari ke-256 (hari ke-257 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 109 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Venda (1979) dan Hari Perayaan Santo John Chrysostom (Kristian Barat).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 533 – Flavius Belisarius dan legionnya menewaskan Gelimer dan orang Vandal dalam Pertempuran Ad Decimum berdekatan Carthage, dan memulakan semula "Penaklukan Barat" di bawah pemerintahan Maharaja Rom Timur Justinian I.
- 622 - Nabi Muhammad SAW keluar dari rumah, lalu bersama-sama dengan sahabat karib baginda, Abu Bakar as-Siddiq, memulakan perjalanan berhijrah ke Yathrib.
- 1229 – Anak lelaki ketiga Genghis Khan, Ögedei Khan diisytiharkan sebagai Khagan Empayar Mongol.
- 1814 – Perang 1812: Kubu McHenry di Baltimore diserang British, memberi ilham kepada Francis Scott Key untuk menulis lirik The Star-Spangled Banner, yang kemudian menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1847 – Perang Amerika-Mexico: Enam orang remaja yang dikenali sebagai Wira Los Niños bertempur bermati-matian untuk mempertahankan sebuah akademi tentera di Istana Chapultepec, Bandar Raya Mexico semasa Pertempuran Chapultepec.
- 1945 - Bekas Sultan Selangor iaitu Tengku Musa Uddin telah ditahan oleh British dan dibuang ke Pulau Cocos selama setahun.
- 1956 – IBM mempamerkan 305 RAMAC (gambar), komputer komersil pertama yang menggunakan storan cakera magnet.
- 1987 – Bahan beradioaktif diambil daripada sebuah hospital terbiar di Goiânia, Brazil, mencemarkan beratus-ratus orang.
- 1993 – Selepas satu siri rundingan rahsia di Norway, pemimpin PLO Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin (gambar bersama-sama dengan Presiden A.S. Bill Clinton) secara rasmi menandatangani Perjanjian Damai Oslo.
- 2007 – Google Lunar X Prize diperkenalkan oleh Peter Diamandis.
- 2013 – Empat defendan dewasa dalam kes rogol Delhi 2012 dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
- 2017 - Halimah Yacob, dipilih sebagai Presiden Singapura ke-8 selepas disahkan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya Presiden Singapura 2017.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1947 - Abdul Ajib Ahmad, seorang Menteri Besar Johor ke-12
- 1963 - Hisham Abbas, penyanyi dan pelakon lelaki Mesir
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2022 – Jean-Luc Godard, pengarah filem Perancis (lahir 1930)[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pulver, Andrew (13 September 2022). "Jean-Luc Godard, giant of the French new wave, dies at 91". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).