28 Jun
Penampilan
(Dilencongkan daripada Jun 28)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
28 Jun merupakan hari ke-179 (hari ke-180 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 185 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Vidovdan di Serbia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1785 - Sultan Ibrahim Shah berjaya merampas kembali Kuala Selangor dan menghalau Belanda pulang ke Melaka dengan hanya satu serangan waktu malam.
- 1846 - Pemain klarinet Belgium Adolphe Sax mendapat paten bagi saksofon.
- 1880 - Perompak bank dan wira rakyat Australia Ned Kelly ditangkap di Glenrowan, Victoria.
- 1914 - Archduke Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya Sophie, Duchess Hohenberg (gambar) dibunuh di Sarajevo oleh pejuang kebangsaan Serbia Gavrilo Princip dalam peristiwa yang memangkinkan Perang Dunia Pertama.
- 1919 - Persetiaan Versailles dimeterai dan menamatkan Perang Dunia Pertama.
- 1969 - Rusuhan Stonewall menentang Jabatan Polis Bandar Raya New York bermula, menjadi titik perubahan gerakan hak homoseksual moden.
- 1978 - Mahkamah Agung A.S. melarang sistem kuota dalam kemasukan ke kolej, tetapi mengesahkan bahawa rancangan tindakan afirmatif yang memberi kelebihan kepada kelompok minoriti adalah mengikut perlembagaan.
- 1988 - Singapura menandatangani memorandum persefahaman dengan Malaysia untuk pembelian gas asli luar pesisir Terengganu. Dan bersetuju untuk membayar harga premium tidak kurang daripada S$20 juta kepada Malaysia. Perjanjian ini ditandatangani oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew bersama Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga membuat peruntukan supaya Singapura mengambil lebih banyak air dari Malaysia.
- 1990 - Mahkamah Amerika Syarikat mendapati syarikat Paperback Software bersalah melanggar hak cipta kerana meniru rupa dan sistem menu Lotus 1-2-3 dalam atur cara hamparan kerjanya.
- 2010 - Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baharu yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.
- 2023 - pembubaran Dewan Undangan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu bagi penggal ke-14 bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-15 berlangsung