1988
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1988. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1988 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1988 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Jumaat. Ia berlangsung dari 11 Jamadilawal 1408 hingga 22 Jamadilawal 1409.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1 Mac - Ipoh mendapat status Bandaraya.
- 3 Mac - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam menjadi masjid terbesar di Malaysia.
- 28 Jun: Singapura menandatangani memorandum persefahaman dengan Malaysia untuk pembelian gas asli luar pesisir Terengganu. Dan bersetuju untuk membayar harga premium tidak kurang daripada S$20 juta kepada Malaysia. Perjanjian ini ditandatangani oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew bersama Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga membuat peruntukan supaya Singapura mengambil lebih banyak air dari Malaysia.
- 31 Julai – Jeti Terminal Sultan Abdul Halim runtuh di Butterworth mengakibatkan 32 orang terbunuh dan mencederakan 1,674 orang.
- 1 Ogos - Kuching mendapat status Bandaraya.
- 8 Ogos - Pelancaran Indovision, sebuah stesyen televisyen satelit
- 31 Ogos - Jalur Gemilang terbesar dipasang di Angkasapuri dan menjadi bendera paling besar di Malaysia.
Tarikh tepat tidak pasti
[sunting | sunting sumber]- Mikropemproses 80386SL diperkenalkan dengan keupayaan 32-bit dan menggunakan struktur bas data luaran 16-bit.
- Perisian anti-virus avast! diterbitkan oleh syarikat Perisian ALWIL, sebuah syarikat di Prague, Republik Czech.
- Kad aksara Cina Legend menerima Anugerah Kemajuan Sains-Teknologi Nasional yang tertinggi di China.
- Legend Hong Kong diasaskan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 5 Januari - King Nassar, pelakon dan penyanyi lelaki Indonesia
- 9 Januari - Laura Basuki, pelakon wanita Indonesia
- 1 Februari - Baddrol Bakhtiar, pemain bola sepak Kedah, Malaysia
- 9 Februari - Ajun Perwira, pelakon lelaki Indonesia
- 28 Mac - Liyana Jasmay - pelakon Malaysia
- 20 Mei - Putri Ayudya, pelakon wanita dan model Indonesia
- 12 Jun - Bobby Maulana, pelakon lelaki Indonesia
- 26 Ogos - Danielle Savre, pelakon Amerika Syarikat
- 10 September - Dimas Anggara, pelakon dan penyanyi Indonesia
- 16 September - Mariam Hussein, pelakon wanita Iraq
- 6 Oktober - Horikita Maki, artis Jepun
- 15 Oktober - Jamila, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi
- 25 Oktober - Tiz Zaqyah, artis Malaysia
- 7 Disember - Emily Browning, pelakon Austrailia
- 7 Disember - Christoph Watrin ahli kumpulan pemuzik Jerman iaitu US5
- 14 Disember - Vanessa Anne Hudgens, pelakon dan penyanyi asal Amerika.
- 15 Disember - Idris Khan, artis Malaysia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 17 Mac- Tun Tan Siew Sin — Bekas Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Kewangan dan Presiden MCA (Lahir:1916)
- Tengku Ampuan Afzan, Sultanah Pahang
- 18 Disember- R Arumugam — pemain bola sepak Malaysia
- Aini Jasmin(Aini bt. Jasmin)1923-1988.Pelakon era 60-an