SS
Schutzstaffel | |
Adolf Hitler memeriksa perbarisan Leibstandarte SS Adolf Hitler di Klagenfurt pada April 1938. Heinrich Himmler berdiri dibelakang sebelah kanan Hitler. | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 4 April 1925 |
Agensi-agensi terdahulu | |
Dibubarkan | 8 Mei 1945 |
Agensi yang mengambil alih |
|
Jenis | Separa tentera |
Bidang kuasa | Nazi Jerman Taklukan Eropah |
Ibu pejabat | SS-Hauptamt, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin 52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E |
Kakitangan | 1,250,000 anggota (Februari 1945) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif Separa tentera |
|
Agensi induk | NSDAP |
Agensi-agensi anak |
|
Schutzstaffel (SS) (Bahasa Melayu:"Skuad Pelindung" atau "pengawal perlindungan",disingkatkan secara universal kepada SS atau , bukan dalam perkataan Roman atau Gothik tetapi ditulis seperti cahaya petir mengikut abjad purba sig runes - SS juga dikenali sebagai Pasukan Berseragam Hitam) merupakan sebuah organisasi besar separa tentera yang berada dibawah Adolf Hitler dan Parti Nazi (NSDAP). Ia bermula pada penghujung tahun 1920 sebagai sebuah unit kecil pengawal tetap yang dikenali "Saal-Schutz" (Pelindung Dewan),dibentuk dari sukarelawan NSDAP bagi menjaga keselamatan mesyuarat-mesyuarat Parti Nazi di Munich. Selepas itu pada tahun 1925, Heinrich Himmler menyertai unit ini yang kemudian diperbaharui dan dinamakan semula "Schutzstaffel". Dibawah kepimpinan Himmler (1929-45), ia berkembang dari sebuah formasi kecil kepada satu organisasi terbesar dan paling berkuasa dalam Reich Ketiga. Dibina berasaskan ideologi Nazi, SS dibawah pemerintahan Himmler telah bertanggungjawab bagi kebanyakkan jenayah menentang kemanusiaan semasa Perang Dunia II (1939-1945). SS,bersama-sama Parti Nazi, telah diisytiharkan sebuah organisasi jenayah oleh Tribunal Tentera Antarabangsa dan diharamkan di Jerman selepas tahun 1945.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]SS berkembang dari sebuah unit kecil separa tentera kepada satu pasukan terkuat yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Führer, "Skuad Pelindung" Parti Nazi ini mempunyai hampir sejuta anggota (kedua-dua di barisan depan dan sebagai polis politik),berjaya menggunakan banyak pengaruh politik dalam Reich Ketiga sama seperti Wehrmacht, angkatan tentera tetap Jerman.
Mengikut Perbicaraan Nuremberg, seperti kebanyakkan siasatan jenayah perang dan perbicaraan yang dijalankan, SS telah dipertanggungj awabkan keatas majoriti besar jenayah perang Nazi. Terutamanya, dalam melaksanakan Holokus (kemusnahan ras). Sebagai sebahagian dari fungsi pemusatan bangsanya, SS menyelia pengasingan dan perpindahan bangsa Yahudi daripada populasi jajahan takluk, merampas aset-aset mereka dan mengangkut mereka ke kem tahanan dan ghetto (setinggan) yang mana mereka boleh digunakan sebagai buruh paksa (sementara menunggu penghapusan) atau terus dibunuh.
Bermula dengan cawangan kecil Sturmabteilung (Pasukan Penggempur atau "Pasukan Berseragam Coklat",disingkatkan sebagai SA), SS meningkat dari segi saiz dan kuasa kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bagi terhadap Adolf Hitler, berbanding dengan SA,yang dilihat separa bebas dan satu ancaman kepada hegemoni Hitler keatas parti. Dibawah Himmler, SS memilih ahli-ahlinya mengikut ideologi Nazi. Menubuhkan polis elit dan unit-unit tentera seperti Waffen-SS, Hitler menggunakan SS bagi membentuk satu golongan manusia yang didakwa lebih hebat dalam ketulenan bangsa dan kebolehan terhadap rakyat Jerman dan rupa bangsa yang lain, menjadi model untuk wawasan ketuanan bangsa Nazi. Semasa Perang Dunia II, unit-unit SS beroperasi disamping tentera darat tetap Jerman (Heer). Bagaimanapun,menjelang peringkat akhir peperangan, SS cuba menguasai Wehrmacht dalam usaha untuk menghapuskan ancaman-ancaman terhadap kuasa Hitler semasa melaksanakan strategi perang yang dilihat semakin menuju kegagalan.
Di pilih untuk melaksanakan "Penyelesaian Terakhir" Nazi bagi bangsa Yahudi dan kaum-kaum lain yang dianggap rendah (atau musuh-musuh negara), SS adalah pemimpin dalam melakukan pembunuhan,penderaan dan penghambaan keatas lebih kurang 12 juta orang. Kebanyakkan mangsa adalah orang Yahudi atau Poland atau keturunan Slavic yang lain. Bagaimanapun, kumpulan etnik yang lain seperti Roma (Gipsi) juga menjadi mangsa utama. Tambahan lagi, pembersihan SS telah diperluaskan kepada mereka yang mengancam "kebersihan kaum" atau ideologi Nazi - termasuk pesakit mental atau orang cacat anggota,homoseks dan penentang-penentang politik. Ahli-ahli pertubuhan buruh dan mereka yang bersekongkol dengan kumpulan (keagamaan,politik,sosial dan sebagainya) yang menentang rejim, atau dilihat menentang usaha-usaha kerajaan Nazi,telah ditangkap beramai-ramai;ini termasuklah para paderi semua agama,pengikut Jehovah,Freemason,Komunis dan ahli Kelab Rotary.
Menjangka kekalahan, sebilangan besar anggota SS cuba melarikan diri ke negara-negara Amerika selatan. Pelarian ini dikatakan telah dibantu oleh satu pertubuhan yang dikenali sebagai ODESSA, singkatan bahasa Jerman bagi Organisation der ehemaligen SS - Angehörigen, diterjemah sebagai Organisasi Bekas Anggota SS. Ramai yang ditangkap dan di dakwa oleh pihak kuasa Bersekutu di Perbicaraan Nuremberg bagi jenayah perang, dan penjenayah-penjenayah SS yang masih bebas menjadi sasaran pasukan polis dibeberapa negara Bersekutu,Jerman Barat,Jerman Timur,Austria dan Israel.
Pihak Nazi menganggap SS sebagai satu unit elit, atau "Pengawal Praetorian" parti,dengan semua anggota SS dipilih berdasarkan ketulenan bangsa dan kesetiaan pada Parti Nazi. Pada peringkat awal SS, calon-calon pegawai mesti membuktikan mereka berketurunan Jerman sejak tahun 1750. Mereka juga dikehendaki membuktikan nenek moyang mereka bukan dari kalangan Yahudi. Kemudian, apabila perang semakin terdesak ia sukar untuk mengesahkan keturunan calon-calon pegawai, bukti peraturan keturunan telah digugurkan.
Berbeza dengan Allgemeine SS (sayap politik) yang berseragam hitam, Waffen-SS (sayap tentera) berubah menjadi tentera darat kedua Jerman disamping Wehrmacht dan beroperasi bersama dengan mereka, terutama dengan Heer.
Pangkat-pangkat khas dan uniform
[sunting | sunting sumber]SS di bezakan daripada cawangan lain tentera Jerman, parti Nasional Sosialis,dan para pegawai kerajaan Jerman oleh struktur pangkat, insignia unit dan uniform mereka. Uniform serba hitam SS telah direka oleh SS-Oberfuhrer Prof. Karl Diebitsch dan pereka grafik SS-Hauptsturmfuhrer Walter Heck. Uniform ini jarang dipakai selepas perang bermula,bagaimanapun, Himmler mengarahkan uniform serba hitam ini digantikan untuk kegunaan yang lain. Mereka telah dihantar ke timur sebagai unit bantuan polis dan ke barat sebagai unit Germanic-SS seperti yang terdapat di Belanda dan Denmark. Bagi menggantikan uniform hitam, askar SS memakai uniform warna kelabu bumi (Erdgrau) atau kelabu padang (kelabu kehijauan) Tentera Darat dengan insignia tersendiri. Uniform-uniform ini telah dibuat oleh beratus kilang pakaian yang di lesenkan bawah RZM (Reichszeugmeisterei - Pejabat Kuatermaster),termasuk Hugo Boss, dengan pekerja terdiri dari tawanan perang dan buruh paksa. Ada yang diperbuat dari kem tahanan. SS juga mencipta uniform perangnya sendiri. Pada mulanya mereka menggunakan kain wool yang sama seperti uniform biasa Wehrmacht tetapi kemudian mereka memakai smock terbalik dan pelindung helmet yang dicetak dengan corak penyamaran dengan sebelah berwarna coklat kehijauan "musim bunga" dan sebelah berwarna coklat keperangan "musim gugur". Pada tahun 1944 Waffen-SS mula menggunakan uniform penyamaran serba guna yang dicadangkan untuk mengganti uniform kain wool.