2 Disember
Penampilan
(Dilencongkan daripada 2 Desember)
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
2 Disember merupakan hari ke-336 (hari ke-337 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 29 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Emiriah Arab Bersatu (1971) dan Laos (1975).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1804 - Mahkota Charlemagne digunakan untuk kemahkotaan Napoleon I dari Perancis (gambar) di Katedral Notre Dame, Paris.
- 1805 - Perang Pakatan Ketiga: Angkatan Perancis yang diketuai Napoleon I menewaskan tentera Rusia-Austria pimpinan Czar Alexander I.
- 1823 - Presiden Amerika Syarikat James Monroe mengeluarkan Doktrin Monroe, yang menentang dasar penjajahan Eropah di Dunia Baru.
- 1942 - Projek Manhattan: Ahli-ahli sains yang diketuai Enrico Fermi memulakan tindak balas rantai nuklear selenggara diri yang pertama di dalam reaktor nuklear kajian Chicago Pile-1 (gambar).
- 1971 - Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Sharjah, dan Umm al-Qaiwain bergabung untuk membentuk Emiriah Arab Bersatu.
- 1975 - Pathet Lao menggulingkan kerajaan setiaraja di Vientiane, memaksa Raja Savang Vatthana turun takhta, dan mengasaskan Republik Demokratik Rakyat Lao.
- 1978 - Revolusi Iran: "Protes Muharram" terjadi.
- 1988 - Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri Pakistan, ketua kerajaan wanita pertama di sebuah negara majoriti Muslim.
- 1993 - STS-61: NASA melancarkan bolak-balik angkasa lepas Endeavour dalam misi membaiki Teleskop Angkasa Hubble (gambar).
- 2007 - Keputusan Referendum Perlembagaan Venezuela 2007 menolak pindaan yang dicadangkan Presiden Hugo Chávez.
- 2008 - Mahkamah Perlembagaan Thailand membubarkan tiga parti dalam kerajaan campuran, dan Perdana Menteri Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.
- 2009 - Rwanda menjadi negara pertama diisytiharkan bebas periuk api di bawah Perjanjian Ottawa.
- 2010 - FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
- 2012 - Bekas Perdana Menteri Borut Pahor terpilih sebagai Presiden Slovenia.
- 2012 - Argentina memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I buat kali ketiga.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1547 - Hernán Cortés, penakluk Mexico