Raising the Flag on Iwo Jima
Raising the Flag on Iwo Jima (Melayu: Menegakkan Bendera di Iwo Jima) ialah sebuah gambar foto bersejarah yang diambil pada 23 Februari 1945 oleh Joe Rosenthal. Ia menggambarkan lima tentera Marin Amerika Syarikat dan seorang ahli kor Tentera Laut Amerika Syarikat menegakkan bendera Amerika Syarikat di atas Gunung Suribachi ketika Pertempuran Iwo Jima dalam Perang Dunia Kedua.
Gambar foto ini menjadi sangat popular; ia dicetak semula oleh beratus-ratus penerbitan. Kemudiannya, ia menjadi satu-satunya gambar foto yang menerima Hadiah Pulitzer untuk Fotografi pada tahun sama penerbitannya, dan dianggap sebagai salah satu gambar zaman perang yang paling penting dan paling mudah dikenalpasti di Amerika Syarikat, dan mungkin juga gambar foto yang paling banyak dihasilkan semula sepanjang masa. Tiga tentera Marin yang digambarkan dalam foto ini, Harlon Brock, Franklin Sousley dan Michael Strank telah dibunuh dalam pertempuran beberapa hari kemudian. Tiga pemacak bendera yang terselamat ialah anggota Marin Rene Gagnon, Ira Hayes, dan Ahli Kor Tentera Laut John Bradley. Ketiga-tiga tersebut menjadi selebriti setelah mereka dikenalpasti berada dalam gambar foto tersebut.
Imej ini kemudiannya digunakan oleh Felix de Weldon untuk mengukir Memorial Perang Kor Marin yang didedikasikan pada 1954 kepada semua Marin yang terkorban untuk negara mereka pada zaman dahulu dan masa kini. Memorial ini terdapat bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington di luar Washington, D.C. Acuan asal ukiran ini terdapat di dalam kawasan Akademi Ketenteraan Marin, sebuah akademi persiapan kolej persendirian yang terletak di Harlingen, Texas.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.