Laut Caribbean
Laut Caribbean لاؤت کاريببيان | |
---|---|
Koordinat | 15°N 75°W / 15°N 75°WKoordinat: 15°N 75°W / 15°N 75°W |
Jenis | Laut |
Luas permukaan | 2,754,000 km2 (1,063,000 bt2) |
Kedalaman maksimum | 7,686 m (25,217 ka) |
Laut Kariba atau Laut Carribean merupakan sebuah laut tropika yang terletak di Hemisfera Barat, sebahagian daripada Lautan Atlantik, terletak di tenggara Teluk Mexico. Laut Carribean terletak di plat Carribean dan bersambung dengan plat Amerika Selatan.
Gugusan Antillen Besar termasuklah pulau-pulau Cuba, Hispaniola, Jamaica, Puerto Rico dan Antillen Kecil.
Laut Caribbean merupakan sebuah laut masin dengan keluasan 2754,000 km². Titik paling dalam ialah di Palung Cayman di antara Cuba dengan Jamaica sedalam 7686 m di bawah paras laut. Di sepanjang pesisirnya terdapat teluk dan tanjung yang berpontensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan. Antaranya Teluk Venezuela, Teluk Darien, Golfo de los Mosquitos dan Teluk Honduras.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nama Carribean berasal dari nama etnik Indian Amerika lewat abad 15. Setelah Christhoper Columbus sampai di Laut Carribean pada 1492 dalam perjalanannya menuju ke benua kecil India. Penjelajah Sepanyol memanggilnya Antillas untuk tanah daratan. Lautnya digelar Laut Antilles. Selepas kejayaan Christopher Columbus, banyak koloni dibina di Amerika Tengah, Amerika Utara dan Amerika Latin. Budaya Eropah dibawa masuk bersama dengan perdagangan hamba abdi untuk peladang-peladang Eropah ini. Persaingan sering berlaku dan timbul pula aktiviti lanun yang cukup menggerunkan.
Hari ini terdapat 22 buah negara pulau di Laut Carribean dan 12 negara di sempadannya. Cuaca tropika di sini menjadikan perdagangan arak cukup berharga. Aktiviti pelancongan, pelayaran antarabanga, scuba diving dan lain-lain cukup menarik di sini.
Geologi
[sunting | sunting sumber]Laut Carribean terletak pada plat Carribean yang berusia 20,000 tahun hingga 570 juta tahun. Laut Carribean terbahagi kepada 5 buah lembah / basin , dipisahkan oleh banjaran dan gunung di dalam air.
Lokasi paling dalam ialah di Cayman Trough sedalam 7686 meter.
Gempa bumi di bawah laut selalu menyebabkan tsunami. Saintis mendakwa terdapat 12 gempa bumi berlaku pada kadar 7.6 magnitud sejak 500 tahun lalu.
Ekologi
[sunting | sunting sumber]9 % terumbu karang dunia terdapat di Laut Carribean yang meliputi 50,000 km². Terumbu karang ini sangat sesuai dengan iklim tropika yang panas dan menjadi habibat pelbagai jenis hidupan marin. Suhu airnya mencecah 85 darjah Fahrenheit , sesuai untuk tumbuhan alga. Tumbuhan seni ini menjadi makanan terumbu karang dan membentuk pelbagai warna , pelbagai corak.
Iklim
[sunting | sunting sumber]Iklim di Laut Carribean dipengaruhi oleh Arus Humbolt dari utara. Angin yang bertiup berpusing di sekitar Laut Carribean. Oleh itu banyak berlaku ribut dan taufan. Ribut tropika ini dibentuk / berpunca dari Taufan Atlantik. Biasanya berlaku pada bulan Ogos hingga September.
Biasanya 9 taufan berlaku setiap tahun dan 5 daripadanya mencecah tahap 3. Dari tahun 1494 hingga 1900 berlaku 385 ribut taufan. Terumbu karang di dasar laut turut rosak akibat gelombang pasir laut yang begitu besar.
Aktiviti ekonomi
[sunting | sunting sumber]170 juta tan petroleum disedut keluar dari dasar Laut Carribean. Sejumlah setengah juta tan ikan ditangkap setiap tahun sebagai sumber protein. Aktiviti manusia ini menyebabkan pencemaran laut seperti tumpahan minyak, terumbu karang rosak teruk, permukaan laut berminyak dan hidupan seni tidak lagi dapat hidup.
12 juta pelancong datang ke sini setiap tahun. Dari 1991-1992 sahaja lebih 8 juta pelancong pelayaran berada di Laut Carribean.