Muammar Gaddafi
Muammar al-Gaddafi مُعَمَّر القَذَّافِي | |
---|---|
Ketua Negara Libya | |
Dalam jawatan 1 September 1969 – 20 September 2011 | |
Presiden | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Setiausaha Agung Kongres Rakyat Libya | |
Dalam jawatan 2 Mac 1977 – 2 Mac 1979 | |
Perdana Menteri | Abdul Ati al-Obeidi |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Abdul Ati al-Obeidi |
Perdana Menteri Libya ke-13 | |
Dalam jawatan 16 Januari 1970 – 16 Julai 1972 | |
Didahului oleh | Mahmud Sulayman al-Maghribi |
Digantikan oleh | Abdessalam Jalloud |
Pengerusi Majlis Perintah Revolusi Libya | |
Dalam jawatan 1 September 1969 – 2 Mac 1977 | |
Perdana Menteri | Mahmud Sulayman al-Maghribi Abdessalam Jalloud Abdul Ati al-Obeidi |
Didahului oleh | Idris I dari Libya* |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Pengerusi Kesatuan Afrika | |
Dalam jawatan 2 Februari 2009 – 31 Januari 2010 | |
Didahului oleh | Jakaya Kikwete |
Digantikan oleh | Bingu wa Mutharika |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sirte, Libya | 7 Jun 1942
Mati | 20 Oktober 2011 Sirte, Libya | (umur 69)
Pasangan | Fatiha al-Nuri (Cerai) Safia Farkash (1970–kini) |
Tandatangan | |
| |
Muammar Muammad Abu Minyar al-Gaddafi (Bahasa Arab: معمر محمد أبو منيار القذافى) (7 Jun 1942- 20 Oktober 2011) lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi ialah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tidak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[1]. Tempoh pemerintahan yang hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[2]
Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[3][4][5] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[6] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[7][8]
Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri. Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte dan berjaya ditembak mati.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Gaddafi merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik, iaitu satu-satunya anak lelaki ibu bapanya dan mempunyai tiga orang kakak, antaranya ialah Ateeqa (lahir 1935), Zadma (lahir 1937), (salah seorang daripadanya meninggal akibat kanser) dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau berketurunan suku Arab Badwi Berber , Qadhadhfa dan beberapa artikel menyatakan bahawa ibunya, Aisha binti Niran asalnya beragama yahudi tetapi menukar agamanya kepada Islam sejak berkahwin dengan bapanya, Abu Meniar dan berasal daripada Netanya. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911. Menurut bapanya, dia seorang ulat buku dan boleh menjadi tertutup (atau pendiam), dan juga mentaati kedua ibu-bapanya dan kakak-kakaknya tetapi seorang paranoid.
Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Rampasan kuasa tentera
[sunting | sunting sumber]Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).
Sosialisme Islam dan Pan-Arab
[sunting | sunting sumber]Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab, nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam". Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan al-Kitāb al-Akhḍar'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.[9]
Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi cedera parah di sebuah terowong di bawah lebuh raya di kampung halamannya Sirte,Libya. Sirte terletak kira-kira 360 km di timur Tripoli.
Konvoi beliau dihujani bom dari jet pejuang NATO. Pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan NTC kemudian telah mengheret beliau dan menembak mati.Ketika ditangkap , beliau masih bernafas dan kedua-dua kakinya cedera .Sumber lain menyatakan Gaddafi ditembak mati oleh pengawalnya sendiri. Jenazah beliau akan diterbangkan ke Misrata.
Tentera NATO terutama Perancis telah membantu penduduk tempatan memburu dan mengusir tentera Gaddafi. Selama beberapa bulan, tentera NATO mengebom di merata-raya tempat yang disyakki menjadi kubu persembunyian Gaddafi , anak-anak dan penyokongnya.
Mustafa Abdel-Jalil selaku Perdana Menteri Interim mengesahkan kematian Gaddafi. Beliau adalah pemerintahan pertama yang dibunuh dalam siri kebangkitan Arab di Timur Tengah. Video klip yang disiarkan oleh Al Jazeera jelas menunjukkan wajah Gaddafi yang cedera. Gambar kamera telefon bimbit menunjukkan mukanya berdarah-darah.Setiausaha Agung PBB ,Ban Ki-moon turut mengesahkan kematian Gaddafi. Namun keamanan di Libya masih jauh di hadapan .
Komander NTC, Abdul Hakim al-Jalil menyatakan bahawa jurucakap Kolonel Gaddafi, Moussa Ibrahim telah ditawan dan Ketua Tentera Libya, Abu Bakar Younus Jabr, telah dibunuh. Anak sulungnya Saif al-Islam berjaya ditangkap tetapi laporan lain menyatakan Saif telah dibunuh.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kira Salak. "National Geographic article about Libya". National Geographic Adventure.
- ^ Charles Féraud, "Annales Tripolitaines", versi Arab "Al Hawliyat Al Libiya", terjemahan Mohammed Abdel Karim El Wafi, Dar el Ferjani, Tripoli, Libya, jil. 3, m/s. 797.
- ^ Protesters deserve to die, Gaddafi says Gulf News
- ^ "Gaddafi defiant as state teeters – Africa". Al Jazeera English. 23 Februari 2011. Dicapai pada 30 Februari 2011. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Middle East and North Africa unrest". BBC News. 24 Februari 2011. Dicapai pada 30 Februari 2011. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ ICC requests Gaddafi arrest warrant Xinhua
- ^ War crimes court issues Gaddafi arrest warrant The Guardian
- ^ "Libya: ICC issues arrest warrant for Muammar Gaddafi". BBC News.
- ^ Iman, Iltizam (22 April 2021). "Muammar Gaddafi dan Buku Hijau". Karyasama.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Muammar Gaddafi |
- Tapak web peribadi Diarkibkan 2008-01-15 di Wayback Machine
- Interview with Gaddafi on Youtube
- Libyan PM denies responsibility
- "Gaddafi Plays Quietly, But He's Still in the Game," The New York Times, 17 Mac 1991.
- Reuters article on Gaddafi's Unified Africa - during G8 summit meetings on relieving African debt[pautan mati kekal] 4 Julai 2005 22:08 (UTC)
- "Meeting Muammar" Diarkibkan 2005-04-04 di Wayback Machine oleh Vivienne Walt, Slate.com, 16 Disember 2004
- Straight Dope article on the many spellings of Muammar's name
- Libya news and views
- Anti-Gaddafi website Diarkibkan 2009-01-22 di Wayback Machine
- Gaddafi: A Living Myth - Performance by Asian Dub Foundation in conjunction with ENO
- "Colonel Bogey" Diarkibkan 2009-01-29 di Wayback Machine oleh Gisle Tangenes, BitsofNews.com, 2 September 2006
- "You are not alone" International humanitarian mission in support of the Bulgarian Medics in Libya Diarkibkan 2008-12-29 di Wayback Machine
- alwasla Libya web directory
- Qadhafi Talks Up 'Direct Democracy'
- Muammar Gaddafi di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Jewish refugees from Arab countries
- Unknown immigration from Libya has swelled ranks of Italian Jewry
- Timeline about Jews in Libya[pautan mati kekal]
- Gadhafi ready to compensate Jews who fled Libya Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- As part of his ‘charm offensive,’ Gadhafi courts former Libyan Jews?[pautan mati kekal]
- Is Libya Contagious? Diarkibkan 2008-10-14 di Wayback Machine