Henri-Philippe Petain
Dalam jawatan 11 Julai 1940 – 19 Ogos 1944 | |
Didahului oleh | Albert Lebrun (Presiden Republik Perancis) |
Digantikan oleh | Charles de Gaulle (Presiden Kerajaan Sementara) |
Dalam jawatan 16 Jun 1940 – 11 Julai 1940 | |
Didahului oleh | Paul Reynaud |
Digantikan oleh | Pierre Laval (sebagai Naib Pengerusi Jemaah Menteri) Pétain kekal Ketua Kerajaan nominal sehingga 18 April 1942 |
Dalam jawatan 9 Februari 1934 – 8 November 1934 | |
Perdana Menteri | Gaston Doumergue |
Didahului oleh | Joseph Paul-Boncour |
Digantikan oleh | Louis Maurin |
Dalam jawatan 1 Jun 1935 – 7 Jun 1935 | |
Perdana Menteri | Fernand Bouisson |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Henri Philippe Benoni Omer Joseph Pétain 24 April 1856 Cauchy-à-la-Tour, Pas-de-Calais, Empayar Perancis Kedua |
Mati | 23 Julai 1951 Île d'Yeu, Vendée, Perancis | (umur 95)
Parti politik | Tiada |
Pasangan | Eugénie Hardon Pétain |
Anugerah awam | Legion of Honor Medalla Militar Sepanyol |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Perancis Perancis (Vichy) |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Perancis |
Tahun khidmat | 1876–1944 |
Pangkat | Marsyal Perancis |
Perang/Pertempuran | Pertempuran Verdun Rif Wars, Morocco |
Henri Philippe Benoni Omer Joseph Pétain (24 April 1856 – 23 Julai 1951), lebih dikenali sebagai Philippe Pétain (Perancis: [fi.lip pe.tɛ̃]), Marsyal Pétain (Maréchal Pétain atau The Lion of Verdun), ialah seorang panglima perang Perancis yang mendapat gelaran berprestij Marsyal Perancis, dan kemudian telah menjadi Ketua Negara Vichy Perancis (Chef de l'État Français), dari tahun 1940 hingga 1944. Pétain, berusia 84 tahun pada 1940, merupakan ketua negara tertua Perancis.
Disebabkan kepimpinan tenteranya yang luar biasa semasa Perang Dunia I, terutama sewaktu Pertempuran Verdun, beliau telah dilihat sebagai seorang wira negara Perancis. Di ambang kejatuhan Perancis pada Jun 1940, Pétain telah dilantik Perdana Menteri oleh Presiden Lebrun di Bordeaux, dan Kabinet memutuskan untuk berdamai dengan Jerman. Keseluruhan kerajaan berpindah sementara ke Clermont-Ferrand, kemudian ke bandar spa Vichy di tengah Perancis. Kerajaannya mengundi bagi mengubah Republik Ketiga Perancis yang tercemar kepada Negara Perancis, iaitu sebuah rejim autoritarian.
Petain menyertai kerajaan Paul Reynaud pada tahun 1940 semasa penjajahan Jerman. Disebalik mengukuhkan moral Perancis yang merudum, Petain menggesa perjanjian gencatan senjata, ini melemahkan mereka, tidak seperti Charles de Gaulle, yang ingin terus berjuang. Beliau mengambil alih kuasa dan menawarkan Jerman gencatan senjata pada 22 Jun 1940. Beliau berkhidmat sebagai ketua regim Vichy iaitu kerjasama baru dengan Jerman Nazi sehingga kegagalannya, dibicara selepas perang dan dihukum mati, tetapi de Gaulle menukar hukumannya kepada penjara seumur hidup..
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Henri-Philippe Petain |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Paul Reynaud |
Perdana Menteri Perancis 1940–1942 |
Diikuti oleh: Pierre Laval |
Didahului oleh Albert Lebrun (Presiden) |
Ketua Negara Perancis 1940–1944 |
Diikuti oleh: Charles de Gaulle (Pengerusi Kerajaan Sementara) |
Gelaran pemerintah | ||
Didahului oleh Albert Lebrun dan Justí Guitart i Vilardebó |
Putera Bersama Andorra 1940–1944 bersama Justí Guitart i Vilardebó (1940) dan Ramon Iglesias i Navarri (1942–1944) |
Diikuti oleh: Charles de Gaulle dan Ramon Iglesias i Navarri |
Templat:Heads of state of France Templat:Heads of government of France